Sunday, January 29, 2012

Menguap vs. Bersin ~~ Dibenci vs. Disukai..

Assalamu 'alaikum wbt. buat semua, moga anda semua berada dlm 'afiat hendaknya.

Alhamdulillah, puji bagi Allah serta syukur yg tak terhingga sebab hamba yg lemah ini diberikan kekuatan oleh Rabbul Jalil utk kembali muncurahkan tinta maya yg hamba rasa tiadalah bernilai ba sebutir mutiara di "lautan elektronik" semacam tulisan para blogger di luar sana. Tapi, peduli apa dgn semua tu, janji kita ikhlas utk mencurahkan segala perkongsian yg sy rasa boleh memberi manfaat buat diri sdr, rakan-rakan, & para pengunjung dr kalangan blogger bahkan sesiapa yg sudi bertandang. Syukran jazilan. Allah berkati anda semua. =)

Sebenarnya, jika dihitung2 boleh lah diagak hampir 5 bulan rasanya sy tak menge'post' apa2 coretan & makalah dalam blog sy yg bertuah ni. Kenapa???

(1) Masuk je tengah bulan 8/2011 yg lepas, semua org dah sibuk nak bersiap2, tingkatkan ibadah Ramadhan (yo2 oo je =P, sebenarnya dah heboh nak beraya!)

(2) Bila masuk plak bulan 9, almaklum saja; HARI RAYA EIDUL_FITRI =)) jd sy beraya sakan, sebelum tiba saat yg paling2 ''dinantikan''.... MASUK IPTA!!

(3) Bila dah bergelar mahasiswa (cewahhh... mcm la hebat bona kau jang oi.! haha), byk komitmen lain yg perlu diutamakan. Masih lg terkapai2 dgn environment studi yg agak baru.

(4) Sebenarnya... hilang punca nak menulis... hmmm... Wallahu a'lam.... mungkin mood swing sikit.

Cemburu jgk bila tgk kawan2 lain dpt update diorg punya blog selalu. Tapi nak buat macam mana, cemburu hanya tinggal nama tanpa sebarang perbuatan lansung... =P Apalah yg aku meraban ni, tajuk entri lain, cerita yg di tulis lain... haihhh... =,="

Baiklah, kita teruskan pd tajuk utama entri ye. =P
Sebenarnya, nak berkongsi sedikit ilmu berkenaan ttg kebaikan bersin & keburukan menguap yg sy baca dr buku "ISLAMIC MEDICINE~Key to a Better Life" karangan Yusuf Al-Hajj Ahmad. Buku ni isinya sangat la bagus sebab memuatkan pelbagai info berkenaan tips2 perubatan, peranan, fungsi serta kelebihan buah-buahan, herba dan makanan tambahan dari perspektif Al-Quran & Sunnah serta pandangan saintifik dari para pengamal perubatan a.k.a para doktor/saintis/dietitian kontemporari. Buku ni maklong yg punya, dia beli masa dia buat haji baru2 ni. =)


Ok... Sy mulakan dulu dgn hadis Nabi Besar kita yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. yg maksudnya lebih kurang begini :
"Allah menyukai orang2 yg bersin serta membenci (tidak menyukai) perbuatan menguap. Jika salah seorang daripada kamu bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah, pentj.), katakanlah padanya "YarhamukAllah". Manakala bagi yang menguap pula, ianya adalah daripada syaitan. Jika diantara kamu (berasa ingin) menguap, hendakalah dia menahannya seboleh mungkin, kerana apabila dia menguap syaitan akan mentertawakannya." 
(Al-Bukhari)

Menurut Ibnu Hajar, Al-Khattabi telah menyatakan bahawa makna perkataan 'menyukai' dan 'dibenci' dalam hadis tersebut adaah seperti berikut:
Menyukai padanya adalah disebabkan tenaga dalaman badan, membuka rongga-ronga dan liang badan serta disebabkan kurangnya makan. Manakala dibencinya pula disebabkan lebihnya makan bertambahnya berat badan. (Seperti banyak makan serta mencampur-adukkan pelbagai jenis makanan~~mcm selalu je aku wat ni?? =,="
Jika sesuatu itu disukai, tentu saja ianya boleh mendatangkan kelegaan dan kelapangan dalam beribadah, memberi tenaga dan sewaktu dgnnya. Manakala perkara yang dibenci boleh mendatangkan benda yg sebaliknya. pikir2kan... huhu ^_^

Jika kita lihat dari segi pandangan saintifik, pelbagai teori serta hipotesis telah diberikan oleh para pengamal perubatan moden berkenaan dgn menguap dan manakah puncanya? Antara teori yg paling masyhur adalah menguap adalah tindak balas biologi yg berlaku apabila otak dan badan manusia kekurangan oksigen, dan oksigen td tidak cukup untuk membekalkan gas2 respiratori yg mencukupi pada bhg2 tertentu badan. Kekurangan oksigen tidak hanya berlaku sewaktu kita mengantuk, tetapi juga ketika tidak bermaya, letih bahkan sebelum berlakunya kematian secara biologi mahupun hakiki... =)

Sistem Pernafasan/Respiratory tract manusia
Perlu diketengahkan bahawa menguap merupakan proses inhalasi (inhalation/sedutan) yg dalam, melalui mulut. Mulut adalah jalan yg tidak natural dlm proses inhalation udara kerana tidak mempunyai mekanisme yg lengkap seperti mucus dan bulu hidung utk menapis bendasing2 yg terdapat di udara kita. Cuba bayangkan, berapa banyak habuk yg kita telan masa kita menguap??? Itu belum lg tengok rupa masing2... Sungguh mengerikan.. hehehe =P

Ngantok bebenor gamaknye adik kite neh...hahaha
Itulah sebabnya, Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita menahan seboleh mungkin, menutup mulut dgn tapak tgn kanan/menutup mulut dgn belakang tangan kiri kita. Inilah adabnya.

Bersin pula adalah perkara yg sebaliknya. Ianya cukup berkuasa, sehinggakan ada fakta menyebut kelajuan angin hembusan bersin td boleh mencapai bermeter2 jauhnya. Hebattt!!! Bersin juga berlaku secara tiba-tiba & mengeluarkan udara secara paksa drpd paru-paru dan trek respitarori manusia tetapi dgn tindak balas natural badan utk menyahkan segala impurities, habuk, mikrob dan lain2 bendasing yg mampu mengganggu kelancaran sistem pernafasan manusia. Hebatnya sistem badan kita berfungsi. Tak perlu kepada servis dgn mekanik mcm kereta2 yg hilang power aircondnye....=) MasyaAllah... =) 

Aaaaa...choww!!!! Jgn lupa sebut Alhamdulillah, kita pulak mendoakan mereka2 yg bersin dgn ucapan YarhamukAllah ;)

Selamat beramal semua... daaaaa..... wassalam





Sunday, August 21, 2011

aL-kISaH- "Bangun Semua, ASSALAMU 'ALAIKUM CIKGUUU!!!"

Ku mulakan kalam ini dgn Basmalah, Hamdalah & Selawat atas Baginda Nabi & Ahli Keluarganya.. (Cewah!..hehe)



"Bangun semuaaaaaa..... Assalamu 'alaikum Cikguuuu!!!", ini lah ucapan yg hari-hari aku dgr pabila masuk saja dalam kelas. Tapi sekarang sudah hilang gemanya. Selepas mendengar sedikit kata-kata peransang & ucapan terima kasih drpd guru besar SK Padang Lebar, Pn Hajjah Mysiah; maka tepat pada tanggal 17 Ogos 2011, perkhidmatanku sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTL)/Guru Ganti ditamatkan.

Sebenarnya, selepas habisnya program matrikulasi, kita semua yg dah sah-sah masuk matrik dulu akan merasai cuti yg sungguh nikmat sekali selama 4 bulan lebih (YA, SUNGGUH NIKMAT KALAU DIISI DGN AKTIVITI BERFAEDAH...KALAU TAK! MATI KUTU LA ANDA!!! NGAHAHAHAH).
Maka aku buatlah keputusan utk mencuba nasib, mohon la jawatan sebagai Guru Ganti ni. Kerja lain tak mahu... almaklumlah, memilih punya budak! (ngahaha... =P).

Rupanya, bukannya mohon-mohon.... Dan-dan saja terus dapat. Nak masuk 3 bulan den tunggu baiii!!! Jadi, apalah yang aku buat sepanjang cuti tu? Seperti biasa online, online & online.. (Internet Addicted???). Main game, layan movie, baca buku & novel-novel Faisal Tehrani. Itu sajalah yang diulang-ulang. Makin lama makin bosan. Nak pergi jalan-jalan duit tak ado pulak. Sabar yo la. Nasib baik jugalah ada menyertai program Kemasukan Pelajar Baru Matrikulasi 2011/2012. Merasa la jadi "Abg Fasi" untuk seminggu & apa yang lebih penting dapatlah menyertai keluarga baru; KELUARGA FASI KMNS. =)

Sewaktu tgh handle program KMNS HOMECOMING DAY dibawah seliaan Persatuan Alumni KMNS, tiba-tiba, dapat la satu panggilan dari org yg tak dikenali. Rupa-rupanya Pegawai PPD (Pejabat Pelajaran Daerah). Aku ditugaska utk mengajar di SK Padang Lebar, Batu Kikir. Sekolahnya tak berapa jauh dari kampung. Jadi, aku duduk kampung saja la sepanjang mengajar di sana.

Hari Isnin, dgn pakai smart2, pakai slack segala aku pergi melapor diri. Sampai saja, aku terus la bertegur sapa dgn cikgu-cikgu yang ada disana. Bak kata org tua-tua, jgn jd kera sumbang, tak pasal-pasal kena umpat dgn rakan-rakan sekerja. Alhamdulillah, aku diterima baik oleh semua cikgu-cikgu disana. Yang buat aku terharu, cikgu-cikgu kat sini suruh panggi diorg 'akak' sahaja, tak payah nak ber'cikgu2' dgn diorg. =')
Cuma guru besar & guru lelaki saja aku panggil gelaran "cikgu". Satu perkara yg unik di sekolah ni, cikgu leaki yg berkhidmat di sini cuma 2 org... YA, 2 ORG! Bila aku datang, cukup la korum jd 3 org.. Ganjil plak tu.. =,='

Aku ditugaskan utk mengajar murid Tahun 1, Tahun 2 & Tahun 4. Subjek utama : BAHASA MELAYU!
"Apo pulak den nak ajar ke' budak-budak ni nanti??? Kok suruh den mengajar Sains & Math ko, tak po la", aku bermonolog dalam hati.. =,='. Takpo2 think positive! hehe.....
Belek jadual mengajar balik... sekali ternampak, Subjek lain : MUZIK!!!! "Wamboi, apo namo eh ni!!!!! waaaaaaa... camno pulak nak mengajar bondo alah ni..... den lagu-lagu ni x roti do....", sekali lagi aku bermonolog sambil meraung-raung dalam hati ni... ='''(((

Jadi, aku terus la masuk dalam kelas, Cikgu Zain (Guru Penolong Kanan Akademik) memperkenalkan aku pada murid Tahun 1...

Cikgu Zain   : Salamu'alaikum murid-murid!
Murid           : Wa'alaikum salam wbt!! Cikgu!!
Cikgu Zain  : Baiklah murid-murid, hari ni, cikgu nak memperkenalkan seorang cikgu baru. Namanya
                    Cikgu Azam, hari ni dia cuma akan relief kelas kamu, sbb cikgu Aishah tak datang harini.
Murid         : Baiiikkk ciikgguuu!!!!

(Tiba-tiba terdengar bunyi semacam budak main game)

Cikgu Zain  : Heii!!!! Ridhuan!!! Apsal kamu main game ni! Cikgu ada kat depan ni ha, hormat sikit. 
                      Cikgu rampas game ni & bagi kat Cikgu Azam. hmmm....
Aku             : Apa pulak la masalah budak ni??? =,=' (Monolog lagi..hehe)

Aku pun terus la buat sesi perkenalan dgn budak-budak tu, tanya dah besar nak jadi apa, suka apa.... dan aku buat la lawak sikit-sikit. Nasib baik gelak! fuuuhhh....
Habis kelas, aku pun bagi la balik game tu kat Ridhuan, kesian.. Tak sampai hati nak rampas. (Baik tak cikgu Azam ni?? hehehe...)

Memang mencabar tugas seorang guru ni. Tak percaya, boleh la apply jadi guru sandaran nnti ye. NAk kawal kelas, nak tanda buku latihan (blm masuk bab tulisan lagi! adehh), nak cari bahan utk mengajar lagi, nak tarik perhatian mereka lagi. Yang paling aku malas sekali, nak buat Laporan Rancangan Pengajaran. Minggu-minggu nak kena hantar, guru besar nak check. Penat wooo..... Lagi satu, tekak pun boleh kering dek menjerit-jerit suruh budak diam. Memang la bertuah punya budak oi.
Kelas yang paling banyak kena denda dengan aku ialah kelas Tahun 4. Kali pertama tak siap, dimaafkan. Kali kedua tak buat, ok... Fine... Aku maafkan lagi. Kali ketiga tak buat, okey... Kita jalankan HUKUMAN. Kita "ketuk ketampi" ramai-ramai ye!!.
Kali keempat....... ARGGHHHH!!!! "Kau org semua nak kena pelempang cikgu ke ha!!!".
Tapi, disebabkan tak sanggup, aku buat hukuman alternatif yakni - LOMPAT KATAK 4 PUSINGAN!
Besok pagi, budak-budak tu mengadu yang kaki masing-masing sakit. "Padan muka", aku cakap kat budak-budak tu. Ngahahahahaha.....

Pak Cik aku pun pernah kata, selagi tak bagi rotan, tempik & cubitan sayang kat murid-murid, selagi itu la takkan 'passed' utk dapat title 'Cikgu'.
Aku dah lakukan semua tu, jadi... Kira 'passed' la tu.... ;)

Sebenarnya, pengalaman mengajar selama sebulan sememangnya mahal buat aku. Bergelar seorang guru walaupun sebentar merupakan penghormatan yg jarang org-org dapat.
Sampai bila-bila TABIK HORMAT aku buat semua guru yg komited & berdedikasi mendidik anak bangsa kita. Sampai disini saja dulu coretan picisan aku utk buat masa ini. Apa yang berguna; ambillah & amalkan. Kalau ada yang salah, tegurlah & hindari serta jadikan sempadan.

Waminallahit-Taufiq. Wassalam.

*Rindu jgk, nanti ada masa nak jumpa lah anak-anak murid tu.
Cikgu doakan kamu semua berjaya dunia akhirat.
Semua perangai kamu, cikgu dah tak ambil kisah dah, cikgu redhakan semuanya.. =')

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Kareem & Fakta2 Menarik ttgnya =)

Salamu'alaikum Warahmatullah pada para pembaca... (kalau ada.. hehe)

Dalam post yg terbaru kali ini, saya nak kongsilah sedikit fakta2 menarik tentang Puasa & Ramadhan hendaknya. Harap2 perkonsian kali ini dapat dimanfaatkan oleh kita Umat Islam dan sesiapa sahaja utk mendapatkan lebih maklumat secara santai & mendalam. 
Insya Allah...
 
Selamat membaca =)

Fakta 1
Tahukah anda, puasa sebenarnya telah disyariatkan oleh Allah pada umat2 terdahulu selain umat Nabi Muhammad SAW. Umat dari agama Masihi/Nasrani (Kristian) & Yahudi juga terkenal dengan ibadah puasanya. Bahkan umat2 lain yg diluar lingkungan agama Abrahamic/Ibrahimiah seperti Hindu, Buddha & Sikh juga mempunyai ibadat puasa walaupun berlainan perlaksanaannya dari cara Islam.

(Semak Al-Baqarah; ayat 183)

Fakta 2
Tahukah anda, sebelum puasa Ramadhan diwajibkan; Rasulullah SAW telah memerintahkan (baca : mewajibkan) umat Islam berpuasa pada bulan Muharram; secara spesifiknya pada 9 & 10 Muharram (hari Tasu'a & Asyura). Apabila ayat berkenaan Ramadhan diturunkan, Rasul SAW telah memberikan kata dua; samada puasa 9 & 10 diteruskan (sunat) atau ditinggalkan. 

(Semak : Sahih Muslim, Kitab Puasa; Hadis 2511)

Fakta 3
Tahukah anda, Ramadhan mempunyai 3 fasa? 
Ya! Fasa pertama ialah Fasa Rahmat, kedua ialah Fasa Maghfirah (Keampunan Allah) & Fasa ketiga iaitu Fasa Itqum-minan-naar (Perlepasan dari api neraka). Marilah kita memanfaatkan masa dgn ibadah ye =P

(Semak : Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Fakta 4
Tahukah anda bahawa Ramadhan adalah bulan yg diturunkan Al-Quran kepada kita? Sebahagian ulama' berpendapat ayat pertama diturunkan adalah ayat 1-5 Surah Al-Alaq manakala sebahagian ulama' pula mengatakan surah Al-Muddatsir. Berkenaan bilakah masanya pada bulan Ramadhan yg wahyu pertama diturunkan, ulama' masih mempunyai perbezaan pendapat. Sebahagian mengatakan pada 17 Ramadhan 13 tahun sblm Hijrah (6 Ogos 610), & sebahagiannya mengatakan pada 24 Ramadhan (13 Ogos 610).
Menariknya, kedua2 tarikh tersebut jatuh pada hari Isnin!

Fakta 5
Tahukah anda, makhluk yg bernama Syaitan dlm keadaan terbelenggu di dalam bulan Ramadhan? Ini telah dinyatakan oleh Rasul yg Mulia SAW, syaitan2 akan dirantai di bulan mulia ini, pintu2 rahmat dibuka dan pintu2 neraka ditutup rapat! Jadi, kenapa kita boleh juga tergoda dgn bermacam2 tarikan dan godaan? Ketahuilah, kita sebenarnya berdepan dgn musuh besar iaitu NAFSU.

(Semak: "Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dirantai". Hadis Riwayat Bukhari, Tirmidzi, Nasai, Malik dll.)

Ramadhan Kareem =')
Bersambung.......

Waminallahit-Taufiq.. Wassalam.

ni Wordless Wednesday aku! =P

Bismillah & Salam.. 

Memang nak kena la murid2 aku ni!!!! YA ALLAH... sabar2......
habis fadhilat Ramadhan Kareem aku..... haih....

Waminallahit-Taufiq, Wassalam