Monday, October 27, 2008

KRISIS DALAMAN PALESTIN

Seperti yang kita ketahui, saban hari krisis dalaman Palestin semakin meruncing. Musuh mereka sekarang ini bukan sahaja Israel, tetapi saudara kandung mereka. Krisis Hamas-Fatah hari ini bukan sahaja memburukkan situasi politik negara mereka, tetapi menenggelamkan agenda sebenar memperjuangkan kemerdekaan Tanah Suci Islam ketiga iaitu Baitul Maqdis.

Seingat saya, tahun lepas perjanjian damai antara dua kumpulan terbesar pejuang Palestin ini telah termetrai di hadapan Baitullah dengan menjadikan Kerajaan Arab Saudi sebagai orang tengah. Maka bermulalah kerajaan Perpaduan diantara Hamas-Fatah. Namun begitu, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Baru sahaja beberapa bulan, mereka bertelagah kembali. Apakah mereka lupa yang mereka janjikan ditanah suci, dihadapan Rumah Allah yang mulia!!

Allah telah berfirman didalam Al-quran
'wa'tasimu bihablillahi jamiau wala tafarraku'
(dan berpeganglah kamu pada tali Allah, dan jangan kamu bercerai-berai).

Masing-masing mendabik dada yang menyatakan mereka lah yang benar, lebih Islami. Tapi lihatlah, apakah mereka lupa akan ayat Allah ini.

Rasulullah juga ada bersabda yang bermakna lebih kurang begini- sesiapa yang yang sembahyang dengan berkiblatkan kiblat orang Islam & makan sembelihan orang Islam maka dia orang Islam. tetapi di Palestin, mereka berbunuhan. Tidakkah perbuatan ini jelas sekali bercanggah dengan firman Allah & sabda Junjungan Mulia yang menyuruh orang Islam bersatu hati dan saling bantu membantu. Bak kata pepatah orang Melayu 'Cubit peha kiri, terasa peha kanan'. Tapi orng Fatah bunuh orang Hamas tak pula rasa apa-apa, dah terlebih bius agaknya sampai kebas satu badan.

Fatah yang selama ini menjadi tunjang bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan Al-Aqsa seterusnya PAlestin, tiba-tiba tunduk menjadi boneka Israel & Amerika Sykt. Apa sebenarnya yang berlaku? Amerika &Israel senang sekali apabila orang Palestin bekerja dibawah mereka kerana ini memudahakan mereka menjalankan rencana mereka yang licik itu. Tetapi baru-baru ini, atas gesaan negara-negara Islam & Arab serantau satu lagi perjanjian damai akan diusahakan bagi mencapai objektif utama Umat Islam.

Kami di SKY RANGE (WIO) & seluruh umat Islam khususnya di Negeri Sembilan & amnya di Malaysia mendokan agar usaha damai antara mereka akan berkekalan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

1 comment:

  1. salam wbt.
    mungkin lepas nie boleyh bongkar kan pasal syria dan lubnan pula..

    ReplyDelete