Sunday, November 16, 2008

Hari Kemerdekaan Palestin

Baru semalam, Palestin sepatutnya menyambut apa yang dinamakan sebagai Hari Kemerdekaannya yang ke-10. Namun begitu,kebanyakan rakyat Palestin masa kini menganggapnya tak ubah seperti hari-hari biasa. Apa tidaknya, saban hari Zionis tetap menggila meroboh, membunuh, menyekat setiap kehidupan orang Arab Palestin yang Islam dan juga Kristian.

Apabila saya melihat slot berita di Astro Awani, rata-rata rakyat palestin yang ditemurah mengucapkan hal yang sama -"suatu hari yang biasa", "kemerdekaan diatas kertas" dan "omong kosong". Mereka sebenarnya berharap dengan tertubuhnya PLO ( Palestinian Liberation Organization) mereka dapat mengecapi kemerdekaan seperti dahulu. Sayang seribu kali sayang perisytiharan Kemerdekaan pada 1998 itu tidak bermakna. PLO yang ditubuhkan oleh pemimpin besar Palestin, Yasser Arafat nampaknya lari dari tugas sebenarnya, telah masuk kedalam kancah perang saudara HAMAS-FATAH!!
(Yasser Arafat dalam kenangan)

Rancangan damai antara dua kumpulan tersebut yang sepatutnya bersidang dalam majlis damai tajaan Kerajaan Mesir telah diboikot oleh oleh Hamas atas alasan Fatah tidak menepati janjinya untuk membebaskan pejuang mereka daripada tahanan. Semalam, "Datuk Bandar Yahudi" Baitul Maqdis mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan Israel akan tetap akan tetap menjadikan Al-Quds sebagai IBU NEGARA ABADI ISRAEL. Dana pembangunan Alquds akan ditambah bagi merealisasikan impian mereka itu.

Kenyataan ini sekaligus membukatikan, Baitul Maqdis tidak akan dibahagi dua. Jadi perjanjian yang dibuat dahulu sama sekali tidak membawa maksud apa-apa, PALSU!!!

Fikirkan lah hai segenap Umat Islam................... Wassalam

7 comments:

  1. kapan palestin bisa damai ya?

    mak saya sakit gula.
    dah kasi obat

    ReplyDelete
  2. x dilupakan as-syahid sheikh ahmed yassin dan abdel rahman rantissi(pengasas2 Hamas)

    ReplyDelete
  3. maaf..pembetulan
    abdel aziz al-rantissi (1947-2004)

    ReplyDelete
  4. lama tak nampak, maaf, lagi ada tugas banyak. ini baru muncul lagi.

    wah ganti template ya?
    mantap neh

    ReplyDelete
  5. wah udah ada perubahan tata letak ya

    makin bagus saja

    ReplyDelete