Monday, November 3, 2008

SEJARAH TARIQAT NAQSYBANDIAH


Atas permintaan kawan, kini saya akan memberitahu serba sedikit tentang sejarah tariqat Naqsybandiyah.

Gelar rantaian emas tariqat ini sentiasa berubah-ubah pada setiap zaman. Pada zaman Saidina Abu Bakar (R.A) sampailah kezaman Abu Yazid Al-bastami/ Ba Yazid tariqat ini bergelar Siddiqiyah. Dari zaman Ba Yzid sampai ke Zaman Syeikh Abd. Khalik Al-Ghujdawani ia bergelar Al-tayfuriyah. Dari zaman Syeikh Abd. Khalik sampai ke Shah naqshband ia bergelar Khwajaganiyah. Dan Pada zaman Shah Naqsyband ke zaman Saidina Ubaidullah Al-Ahrar& saidina Ahmad Faruqi barulah dikenal dengan nama Naqsyandiyah.

Maksud Naqshbandiah ialah berpegang/mengikat 'Naqsy' dengan baik sekali. Makna Naqsy ialah memasukkan atau mendalamkan nama Allah kedalam hati para murid. Rantaian tariqat ini dikatakan bersambung dengan Saidina Abu Bakar As-siddiq Salman al-Farisi, Jacfar as-Sadiq, Bayazid Tayfur al-Bistami, cAbdul Khaliq al-Ghujdawani, dan Muhammad Baha'uddin Uwaysi al-Bukhari, dan dikenali juga dengan nama Shah Naqshband(imam tariqat).

(bersambung - pengenalan Syeikh Bahauddin Naqshband.)

2 comments:

  1. haaaaa itu dah bisa tukaran link.
    mantap betul
    alamat sky range juga sudah saya tambahkan di tempat saya

    ReplyDelete