Monday, November 3, 2008

SYEIKH BAHAUDDIN NAQSHBANDI

Tariqat Naqshbandiyah diasaskan oleh Seorang alim iaitu Shah Naqsyband Syeikh Bahauddin An-Naqsyband.
Syah Naqshband dilahir pada tahun 1317 masehi di Kampung qasrul Arifin berdekatan Bukhara (tempat kelahiran byk tokoh Islam salah satunya Imam Hadis yang terkemuka Ahli Sunnah - Imam Al-Bukhari). Selepah mempelajari Ilmu Syariah pada usia yang muda sekitar 18 tahun , beliau menyambung pengajian dengan dengan Syeikh Muhammad Baba As-Samasi, seorang yang mahir dalam bidang hadith di Asia Tengah. Selepas itu beliau menyambung pula pengajian dengan Syeikh Amir Kulal, dalam pengajian ilmu


Zahir Dan Batin/hakikat. Semasa belajar dgnnya, beliau mendapati yang murid2 lain Syeikh tersebut sering berzikir secara Jahar(kuat) dalam kumpulan. Tetapi Shah naqsyband lebih memilih untuk zikir sirr(senyap) dengan dilakukan dengan sendirian.
Beliau telah mengerjekan haji sebanyak tiga kali. selepas pulang, beliau mula berkelana ke Merv dan Bukhara. Di usia tuanya,dia pulang semula ke kampung halamannya, Qasrul Arifin.
Ramai orng datang kepadanya untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar. Beliau mengajar agama di sekolah dan madrasahnya. Sehingga kini madrasah ini masih ada dan bangkit semula sesudah jatuhnya rejim Komunis. Ia merupakan pusat penyabaran Islam yg terbesar di Asia Tengah.

Syeikh Bahauddin membawa pelajarnya dari kegelapan kepada cahaya kefahaman, beliau juga serin menekankan konsep Ihsan kepada semua pelajarnya sepertimana sabda Rasul Junjungan SAW iaitu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya.

Apabila Syah Naqsyband kembali Rahmatullah, Beliau dimakamkan di taman nya . Raja Bukhara memelihara madrasah dan masjidnya dan sentiasa menambah baik kompleksnya.

Pimpinan Tariqat Naqsybandi pada hari ini ialah Syeikh Nazim Al-Haqqani iaitu rantaian tariqat tersebut yg ke-40 dan timbalannya Ialah Syeikh Hisyam Kabbani. Syeikh Nazim kini menetap di Cyprus, dan ramai murid2 baru yang baiah kepadanya termasuklah dari Malaysia dan Indonesia. Kontroversinya, ada ulama' yang menentang Syeikh Nazim dan ada yang sampai melabelnya sesat. Nauzubillah. Tetapi kata sebagai seorang muslim yang baik hendaklah berfikiran terbuka dan ikutilah kaedah Ahli Sunnah yg mu'tabar supaya kita tidak mudah melemparkan tuduhan negatif kepada sesiapa juga.


(syeikh Nazim & syeikh Hisham)










Sumber: www.naqshbandi.org

5 comments:

  1. haaaaa ke Jogjakarta tanggal 23-26 Oktober 2008 yang lalu.
    Hasil potretan kamera sebagian dah di-posting, ini sisanya baru di-posting.
    agak telat dikitlah.

    template blog adat perpatih bagus.

    ReplyDelete
  2. pegawai klene-klene / kroco-kroco
    maksudnya adalah pegawai kecil yang bekerja dengan orang lain. belum punya jabatan/pangkat yang tinggi.

    ReplyDelete
  3. wah saya ada rencana mau jalan-jalan ke malaysia.
    tapi tunggu dululah. tunggu cukup duit.
    rencananya januari 09.

    ReplyDelete
  4. itu gunanya memperpendek "laman luar". di blog NA_SR baru 4, belum perlu pakai blogroll. tapi kalau udah lebih dari 20 link di laman luar, akan terasa mengganggu panjang halaman blog. jadi harus diperpendek, tetapi bukan dihapus. di tempat saya namanya : Blog temen-temen/Pranala Luar/Blogroll

    ReplyDelete