Saturday, December 27, 2008

MANGKATNYA YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN


Beberapa jam tadi (antara pukul 12.30 tengah hari tadi), saya ada menerima pesanan ringkas daripada sahabat saya TEF_SR, yang juga merupakan anggota kerabat Di Raja Negeri Sembilan. Dia menyatakan yang Almarhum Tuanku Jaafar telah mangkat pada 11.30 tadi. Ini adalah satu berita mengejut yang saya terima hari ini dan juga seluruh rakyat Negeri Sembilan.
Baginda adalah seorang raja yang berjiwa rakyat dan juga merupakan Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke-1o. Pagi Ahad nanti, Undang Nan 4, Tunku Besar TAmpin dan Menteri Besar akan mengadakan mesyuarat untuk memilih Yamtuan yang baru. Jenazah Baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti, Isnin nanti selepas waktu Asar. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat Allah SWT. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Al-Fatihah.......

1 comment:

  1. innalillahi wainnailaihi rajiun
    semoga Yg Dipertuan Besar diterima di sisi Allah SWT

    ReplyDelete