Monday, December 1, 2008

MUMBAI DAN MAKNA DISEBALIKNYA

Apa yang berlaku di Mumbai sejak dari penghujung bulan November baru-baru ini amat mengejutkan dunia lagi. Serangan yang diakui dilakukan oleh Deccan Mujahidin, suatu kumpulan yang belum pernah didengar oleh Pihak Berkuasa India. Tetapi perancangan yang dilakukan oleh mereka amat sistematik serta penuh strategi. Malah mereka seolah-olah mengajak pihak berkuasa berkonfrontasi.

Serangan bermula dari Hotel Taj, kumpulan ini menawan kebanyakan pengunjung dari barat, Israel dan yahudi khususnya. Kemudian, pada sabtu yang lalu, Pasukan Komando India mula menyerang Hotel Taj, Triden Oberoi, dan Pusat Yahudi utk menyelamatkan tawanan. Adegan tembak menembak berlalu selama 60 jam. Pasukan Komando telah berjaya meyelamtkan seramai 610 orang. Menurut sumber, setakat ini seramai 12 orang milatan telah terbunuh. Walaupun begitu, pihak berkuasa India masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga kerana ada kemungkinan yang adanya saki baki militan yang masih bersembunyi.

Ketua Pengarah Pengawal Keselamatan Kebangsaan India (NSG), JK Dutt mengatakan bahawa proses ini mengambil masa yang lama kerana semua militan tersebut terlatih.

Kebanyakan negara mengutuk serangan tersebut termasuk Malaysia dan Pakistan. Pakistan dituduh india menjadi dalang dalam kejadian ini. Pakistan menentang sekeras keras-keras dakwaan tersebut malah bersedia membantu, tetapi tetap dipandang sepi oleh India.

Tapi jika kita lihat, apakah sebenarnya dikehendaki oleh kumpulan ini? Apakah Motif mereka? Kumpulan ini hanya mengambil tebusan dari orang Barat dan Israel. Dan sudah tentulan selepas ini Kumpulan Anti-Islam menunjukkan taring mereka dan mencemuh Islam.
Tetapi kumpulan ini sebenarnya hanyalah untuk menunjukkan kepada "Kuasa Besar Dunia" yang sebenarnya mereka letih dengan pencabulan hak, pembunuhan, tekanan dan lain-lain kesempitan. Malah di India, Umat Islam seakan-akan terpinggir, lihat sahaja di Kashmir, umat Islam ditindas. Katanya mereka adalah penderhaka, pengganas dan pelbagai label buruk. Tetapi mereka sebenarnya mereka ingin meluahkan perasaan ketidakpuasan hati atas layanan kerajaan atas mereka.

Saya sebenarnya amat menentang keganasan yang menggunakan nama agama. Tetapi sebenarnya mereka letih, letih dengan barat, letih dengan pandangan serong masyarakat bukan Islam. Tetapi mereka tersalah cara untuk menunjukkan kemarahan.
Tetapi lain pula Keadaan di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Labenon. tindakan mereka hanyalah untuk menghalau penjajah yang terang-terangan membenci Islam. Mereka bukan lah pengganas seperti omongan Amerika.

Sepatutnya Umat Islam kembalikan kegemilangan dengan Ilmu kerana hanya dengan Ilmulah kita akan dapat membela agama.

ALLAH berfirman di dalam Kitab-Nya yang Mulia

" Iqra' bismirabbikal ladzi Khalaq"
Bacalah dengan nama tuhanmu Yang Maha Menciptakan (surah Al-Alaq, ayat 1)

fahami firman ini dan bersegera lah bangkit membela nasib umat yang semakin tersembam dek zionis dan musuh Islam yang keparat.
Bersama kita lahirkan Umar Al-Khattab, Muhammad Al-Fateh, Al-Biruni, IbnuSina yang baru dan bersema kita nantikan Kedatangan Al- Mahdi yang akan membawa kembali kegemilangan Islam.

Fikirkanlah....... Waminallahit Taufiq wal Hidayah ..... Astagfirullahal Adzim....
Wallahu A'lam

4 comments:

  1. kenapa garis keras selalu menggunakan tindakan yang membahayakan ini ya?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. n9 banyak illegal logging juga ya?
    di Indonesia banyak. di Kalimantan, Sumatera, dan pulau-pulau lainnya.
    Aparat kepolisian susah nak nagkap karena kekurangan anggota.

    ReplyDelete
  4. di sini polisi gak dpt nangkap penjahatnya kerana perlakuan ini dibalik kerajaan juga...

    ReplyDelete