Wednesday, December 17, 2008

Padan muka sama Si Bush.. Ucap selamat utk Presiden Dunia.. hahahaha

Padan muka sama dia... booo. Tak tahu malu, habis semua dikebas, dipunah-ranahkan, lepas tu datang membawa macam alasan yang menutup agenda asalnya iaitu minyak dan memusnahkan kesatupaduan Umat Islam.

Berkenaan pengunduran tenteranya dalam masa beberapa tahun dari sekarang serta persaraannya pada bulan Januari depan. Datanglah Si Bangsat ini ke bumi Iraq dengan perangai lamanya yang muka tembok, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Maka berucaplah dia bersebelahan dengan PM Iraq, Nuri Al-Maliki tentang hal yang disebut diatas tadi. Sedang beriya-iya bercakap, maka bangkitlah seorang yang berani, seorang wartawan. Keberaniannya amat menyerlah.

Siapa dia? Dialah Muntazar Al-Zeidi, dia adalah salah seorang rakyat Iraq daripada jutaan yang lain, semua sengsara akibat perlagaan yang digubah oleh Si Bebal muka tembok tadi. Maka bangkitlah Sang Pemberani tadi, keluarlah dari mulutnya perkataan yang telah lama dipendam dalam hatinya bahkan seluruh penduduk Iraq. "Ini dia kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!!!". " Ini dia salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq".

Maka dicabutnya kasut yang dipakai dikaki. Dilontarlah kemuka Bush. Si Bush seakan kaget.... tapi sempat mengelak di sebelah Al-Maliki yang juga kelihatan terkejut. Bushhhhhhh.... terkena ke dinding kasut tadi.....cekap juga Si muka tapak kasut seorang ini. Memalukan, tak pernah lagi berlaku dalam dunia seorang Presiden dilontar kasut didalam majlis rasmi. Ini satu sejarah yang Bush akan ingat sampai mati. Tapi kasihan kepada Muntadar, ditangkap oleh tali barut, dibelasah sampai patah tulang rusuknya.
Bangkitlah seluruh Iraq dan seluruh dunia. Mulalah kasut tadi dijulang disetiap perarakan menuntut pembebasan wartawan tadi. Ini menunjukkan seluruh rakyat, tidak kira Sunnah Syiah satu kata tentang hal ini.

Semua turut simpati, anak Muammar Gaddafi mengurniakan Pingat Keberanian kepada Muntadar, barisan peguam bela Alayarham Saddam Hussein bersedia mengumpulkan pasukan pembelaan. Pemimpin dunia semuanya nak pecah perut dek tergelak mendengar hikayat ini... termasuklah Hugo Chavez yg tersenyum girang mendengar berita ini.

Biarlah Luncai terjun sama labu-labunya, biarlah Bush dengan kebodoh bangangannya itu. Pandai-pandailah semua pembaca menilainya, saya dengan pandangan saya, tuan-tuan pula bagaimana? Fikir-fikirkanlah wahai sekalian.....

Petikan Videonya....



Waminallahit-taufiq walhidayah..... Astaghfirullahal Adzim, Innaka Antal Ghafurur-Rahiim....
Wassalam

2 comments:

  1. alhamdulillah...padan muka Bush. SELAMAT BERSARA, TUAN PRESIDEN BERJIWA SYAITAN..

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha padan muka
    itulah orang yang tak tau malu

    ReplyDelete