Saturday, December 6, 2008

SALAM EIDUL ADHA

Assalamu 'alaikum wbt....



Firman Allah yang bermaksud,

"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban ( atau lain2nya) supaya mereka menyabut nama Allah sebagai tanda syukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka (iaitu) binatang2 ternak yang disembelih itu. Kerana tuhan kamu semua ialahTuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-Nya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang2 yang tunduk taat" Surah Al-Hajj:34

Bersama kita merafakkan rasa syukur kita kehadrat Illahi kerana dgn nikmat dan kurnianya,dpt kita sekali lagi sampai dan menyambut Aidil Adha yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Seperti yang telah diketahui, Hari Raya Aidil Adha jatuh pada bulan Zulhijjah, antara bulan2 penting dalam kalendar Islam. Berkebetulan pula beriringan dengan Ibadah Haji di Makkah.

Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan kerana saling berkait rapat dgn kisah pengorbanan yang
paling agung dalam Islam iaitu peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail.
Baginda yang amat sayang akan anaknya kerana itulah satu2nya anak yang dikurniakan.

Apabila mendapat wahyu daripada Allah supaya mengorbankan anaknya, Baginda seakan terkejut dan tidak tahu membuat apa2, dimintalah pendapat dari anaknya sendiri Nabi Ismail, tapi Ismail tetap yakin dan menyuruh ayahnya tetap melaksanakan perintah tersebut.
Dipendekkan cerita, tatkala Ibrahim Khalilullah hendak menyembelih, maka Allah SWT telah menukarkan Ismail dengan kibas. Maka kita disyariatkan untuk menyembelih binatang ternakan seperti kambing, lembu, kibas, unta dll.

Kita juga digalakkan utk memperbanyakkan amal sepanjang Hari Raya dan Hari Tasyrik, seiring sabda Rasulullah yang mengatakan bahawa pahala ibadah kita akan digandakan sepanjang hari tersebut.

Semoga hari raya ini menjadi hari yang penuh berkat serta marilah kita bersama mengambil iktibar tentang kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim.
Salam Eidul Adha.......

Waminallahit taufiq wal hidayah, Astaghfirullahal Adzim.......
Assalamu 'alaikum.

2 comments:

  1. Raya korban tahun ni nampaknya diwarnai sedikit duka di seluruh negara. banjir di pantai timur, 2 tanah runtuh dalam masa singkat di KL, tak kurang kes kemalangan yg terus jadi mimpi ngeri rakyat Malaysia.

    "tidaklah Allah menguji manusia itu dengan dugaan yang tidak mampu ditanggungnya"

    --SELAMAT 'IDUL ADHA 1429H--

    ReplyDelete