Saturday, July 4, 2009

Blood

Cellular component of blood consist of red blood cell (erythrocytes), platelets & white blood cell (leucocytes).

Erythroctes

#It have large surface area to volume ratio for gaseous exchange.
#Although small in size, but each of them contain 250 million of haemoglobin(oxygen-carrying pigment that give red colour to blood)

Leucocytes

*colourless & have nucleus
*not contain haemoglobin
*divided into to : 1)granular
2)agranular (see image)


*the function of leucocytes is to fight infection in the human body especially in the insterstitial fluid.
* they also produce immune response against foreign substances that enter our body.

Wonders of Human Body

1) Function of body circulatory system is for transporting the nutrients & oxygen needed in cell at the same time carries waste materials away from it.

2) 3 major components of the circulatory system is-
a)Blood- connective tissue made of liquid plasma,blood cell & platelets.
(medium of transport in human & animal)
b)heart- muscular pump, regulate blood all over the body
c)blood vessel- vessels (artery,vein,capillary)

But in arthropods(insects), the medium of transport is called haemolymph.

Function of blood


1)Blood transport oxygen from lung to the cells & carbon dioxide from cell to the lung to be exhaled.
2)Blood also transport hormones,nutrients & waste product.
3)Blood helps in regulating pH of the body fluid, control body temperature and water content in cell.
4)Blood clot also protect our body from excessive lost of blood.

Function of haemolymph

It transport nutrient, water, inorganic salt & orgnic substance throughout the haemocoel, but it do not transport respiratory gases because gases are transported via tracheal system.

Image of human circulatory system

Sunday, June 21, 2009

Peranan Serta Sumbangan MARDEC Di Malaysia




Apabila tanaman getah dibawa masuk ke Tanah Melayu, seratus sembilan tahun dahulu, getah mula ditanam secara meluas di seluruh negara. Tanaman ini mula menjadi sumber pendapatan utama negara disebabkan kegunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari-hari. Jika dilihat, penanaman getah ini sebenarnya masih perlu kepada penambahbaikan demi masa depan industri getah negara.Bertitik tolak dari itu, Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) telah ditubuhkan pada 20 September 1969. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk menigkatkan taraf serta kualiti pekebun kecil getah supaya mencapai piawaian antarabangsa serta memastikan keberlansungan pasaran getah negara.

Antara peranan terbesar MARDEC dalam industri ini adalah pemasaran getah-getah tempatan ke serata pasaran. Hal ini selaras dengan tujuan utama penubuhan badan ini. Pada awal penubuhannya, MARDEC telah membina tiga buah kilang pemprosesan yang terletak di Meru (Selangor), Rantau (Negeri Sembilan), dan di Grisek (Johor). Namun begitu, dalam masa beberapa tahun sahaja, MARDEC telah berjaya membuka lebih banyak kilang di seluruh Malaysia. Untuk memastikan kadar penjualan getah tetap stabil dari semasa ke semasa, badan ini telah berusaha untuk bekerjasama dengan peladang-peladang di seluruh pelosok tanah air serta menubuhkan anak-anak syarikat bagi memperluas lagi industri berasaskan getah.

MARDEC juga berperanan dalam meningkatkan mutu serta kualiti getah tempatan. Penyelidikan serta penambahbaikan kualiti serta struktur getah tulen adalah sesuatu yang diperlukan demi untuk menyaingi kualiti getah sintetik yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengusaha kilang kerana mutunya yang menyamai getah tulen dan yang lebih penting jauh lebih murah. Oleh itu, MARDEC telah berganding bahu bersama-sama dengan RISDA untuk menjalankan penyelidikan kualiti getah dengan menubuhkan Pusat Penyelidikan Getah Malaysia(PPGM). Atas pelbagai usaha, MARDEC telah muncul sebagai pengeluar Getah Mutu Malaysia atau Standard Malaysian Rubber (SMR). Dengan adanya SMR, kerajaan dapat memastikan hanya hanya getah berkualiti serta bermutu tinggi sahaja yang dieksport.

Melalui pelbagai usaha seperti yang telah dinyatakan, Malaysia telah muncul sebagai salah sebuah negara pengeksport getah serta bersama-sama beberapa buah syarikat pengeksport getah luar negara terutamanya negara-negara serantau. Bagai aur ditanam betung yang tumbuh, MARDEC telah dianugerahkan dengan sijil pengiktirafan ISO 9001 kerana mencapai kedudukan sebagai pengeluar serta pemborong utama perusahaan getah kecil-kecilan di dunia. Buat masa sekarang, dianggarkan MARDEC telah mengeluarkan sebanyak dua ratus lima puluh ribu juta tan getah SMR, susu getah(lateks) serta getah khas yang lain. Pencapaian ini adalah sesuatu yang patut dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya para pekebun getah baik secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran.


Kini,kita sebagai rakyat Malaysia khususnya dari golongan pekebun getah patut berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh MARDEC. Jika dahulu, mereka seringkali berdepan dengan masalah mendapatkan tempat pasaran, harga geta yang tidak menentu dan lain-lain lagi. Namun, dengan adanya MARDEC pekebun-pekebun kecil dapat menarik nafas lega. MARDEC telah memberikan perkhidmatan membeli secara terus kepada lebih kurang seratus ribu orang pekebun kecil getah. Secara tidak lansung, pembelian getah dalam bentuk cecair atau beku memberi banyak faedah kepada pekebun getah. Hal ini adalah disebabkan tawaran harga belian yang berpatutan serta kompetatif harga getah oleh MARDEC.

Penubuhan MARDEC juga bolehlah di andaikan seperti pucuk dicita ulam mendatang kerana bertepatan dengan dasar kerajaan iaitu Dasar Ekonomi Baru(DEB). Ini dapat di buktikan dengan pertambahan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan getah. Nasib pekebun-pekebun kecil getah juga semakin terbela kerana harga getah semakin terkawal serta susah untuk jatuh di pasaran. Boleh dikatakan, hampir enam puluh lima peratus daripada jumlah pekebun getah semakin terbela dan mendapat pelbagai kemudahan.

Masihkah kita ingat akan misi Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan negara? Penglibatan MARDEC dalam perusahaan getah sedikit sebanyak telah membuatkan impian Perdana Menteri kelima kita menjadi kenyataan. Pelebaran sayap badan ini dengan membuka cawangan-cawangan di rantau Asia Tenggara membolehkan industri getah negara semakin berkembang serta membuatkan ekonomi Malaysia bertambah kuat serta boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara yang jauh lebih kedepan dalam hal sebegini seperti Thailand dan China.

Tidak dapat dinafikan lagi yang MARDEC memainkan peranan besar dalam memangkin industri berasaskan getah di negara kita. Hari ini, MARDEC tetap menjadi nadi penggerak pemprosesan, pemasaran, jualan dan eksport getah yang mengutamakan kualiti serta kepuasan pelanggan di serata dunia. Malah, peranan MARDEC sebagai “duta kecil” negara dalam memperkenalkan keupayaan Malaysia dalam bidang ini seterusnya menarik lebih ramai lagi pelabur luar ke negara kita tidak boleh dipersoalkan
lagi oleh semua warga Malaysia. Kesimpulannya, kewujudan MARDEC diharap dapat meneruskan status Malaysia sebagai negara yang berpotensi dalam industri getah bahkan menjadi contoh kepada negara yang baru berjinak-jinak dalam bidang perindustrian ini.


Oleh:


NUR AZAM
…………………………………………
(Nur Azam bin Mohd Napis @ NA_SR)
5 Ibnu Sina, SMK Tuanku Muhammad, K. Pilah.

Sunday, June 7, 2009

Dilema Kesufian dan wahdatul wujud



Jika kita selak kembali buku-buku sejarah terutamanya buku teks, dalam bab Penyebaran Islam Ke Asia Tenggara, kita akan dapati kebanyakan tokoh penyebar Islam yg datang ke bumi Nusantara ini adalah ulama'2 sufi.

Ulama' ini telah berjaya memikat hati para penduduk Nusantara utk memeluk Islam kerana kebijaksanaan mereka mengasimilasikan budaya tempatan dengan Islam. Dan kesannya dapat dilihat sampai sekarang terutamanya dalam amalan seperti kenduri selepas kematian, upacara kelahiran, berendoi, perkahwinan dan lain2.

Antara tokoh-tokoh penyebar Islam tersebut ialah, Syeikh Abdul Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin Ar-Raniri, Wali Songo, Para Habaib dan Syarif dari Tanah Arab terutamanya Hadaramaut dan dari India. Walaupun begitu, berlaku juga perselisihan pendapat dikalangan para penyebar Islam ini. Sebagai contoh, perselisihan antara Ulama' besar Acheh Syeikh Hamzah Fansuri & Syeikh Shamsuddin Al-Sumaterani dengan Syeikh Nuruddin Ar-Raniri.

Perkara yang diperdebatkan ialah berkenaan pegangan tasawuf Syeikh Hamzah & Syeikh Shamsuddin yg dikatakan terpesong dari landasan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah. yeikh Nuruddin menuduh ajaran tasawuf Syeikh Hamzah merupah ajaran sesat lagi menyesatkan dan patut ditentang habis-habisan. Bertitik-tolak dari itu, berlakulah permusuhan antara pengikut Syeikh Hamzah dan Syeikh Nuruddin sedangkan perselisihan ini pada mulanya berlaku antara 2 tokoh tersebut. Maka banyaklah kitab-kitab karangan Syeikh Hamzah dibakar dan ini menyebabkan beratus-ratus karya keilmuan Islam terhapus sama sekali...

Punca sebenar perselisihan adalah ketidakfahaman konsep ajaran tasawuf yang dibawa oleh Syeikh Hamzah Fansuri yg terkenal dgn jolokan ajaran "WAHDATUL WUJUD". Konsep WAHDATUL WUJUD telah disalah fahami oleh segelintir masyarakat lantaran kurangnya ilmu mereka dalam mentafsir intipati ajaran ini. Pada hemat saya, ajaran ini menekankan tentang kepentingan menerapkan Jiwa Tauhid yang sebenar-benarnya dalam diri seorang manusia agar tidak tersesat dari landasan agama. Seorang yang mencapai makam ini juga dikatakan telah mencapai tahap Iman Haqiqat(semua perkara yg dipandang pada hakikatnya hanya Allah sahaja)sumber-Buku teks pendidikan Islam tingkatan 5.

Disini saya sertakan karya Syeikh Hamzah Fansuri yang popular iaitu Syair Perahu Dagang
yang mengisahkan jalan sebenar yang perlu ditempuh sebelum mengadap Allah Azza wa Jalla di Mahkamah Pengadilan yang Maha Adil nanti. Diharap, segala kesulitan yg dihadapi ketika membaca, pohonkan Allah supaya membuka pintu hati untuk memberi kefahaman yg sebenar. Insya Allahu Taala...

Syair Perahu
Karya Hamzah Fansuri


Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i'tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba'id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu 'azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na'am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
"yakin akan Allah" nama pawangnya.

"Taharat dan istinja'" nama lantainya,
"kufur dan masiat" air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
"Allahu Akbar" nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

"Wallahu a'lam" nama rantaunya,
"iradat Allah" nama bandarnya,
"kudrat Allah" nama labuhannya,
"surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam'ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma'rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da'im dan ka'im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma'rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

Sunday, May 31, 2009

Sajak-MELAYU

MELAYU


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah Mualaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal Universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silatulrrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran."

Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh Satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Hasil Nukilan :
Dato' Dr. Usman Awang

Tuesday, May 19, 2009

Ensiklopedia Islam- E


(Syeikh Nazim Adil Al-Haqqani, Mufti Besar Cyprus Utara, Sedang menunaikan Solat)
F
Fikih

Satu hal penting dalam pembahasan shalat adalah fikih. Karena fikih sebagai kompilasi hukum Islam di dalamnya memuat aturan-aturan, tata cara dan prosedur penyelenggraan ibadah, termasuk penyelenggaraan ibadah shalat. Sholat dalam fiqih adalah rangkaian gerak gerik yang kita mulai dengan niyat, talbiratul ihram, dan lalu diahiri dengan salam, diawali dengan “Allahu akbar” yang diahiri dengan ucapan “assalamu alaikum”. Artinya kita tidak akan dapat melakukan sholat tanpa melakukan tahap serta syarat dalam fiqihiyah tersebut. Akan tetapi rutinitas sholat fiqiyah tersebut hanya menonjolkan sisi fisik dari penyembahan terhadap Tuhan, serta kecendrungan yang muncul adalah shalat hanya dimaknai sebagai sebuah kewajiban hamba terhadap Tuhannya, sehingga sholat hanya rutinitas yang menjemukan bagi umat manusia.
Kalau diperhatikan dari maknanya “fiqh” berasal dari bahasa Arab “fiqhun”, berarti pemahaman yang mendalam atas tujuan gerakan (perbuatan) dan perkataan. Makna ini diambil dari pengertian kata Fiqh dalam Al qur’an.
Famali haa ulaai al qaumi yakaduna yafqahuna hadiitsa ......
.....maka mengapa orang-orang itu (kaum munafiq) hampir-hampir tidak memahami (yafqahuna) pembicaraan sedikitpun ( QS, An Nisa, ’: 78)
.....mereka memilki hati, akan tetapi tidak dapat memahami (QS, Al A’raf [7] : 179 )
waman yuridillahu bihi khairan yufaqqihu fi addin .....
.....barangsiapa yang dikehendaki Allah suatu kebaikan, maka Allah pahamkan dalam beragama.
Fiqh shalat secara khusus memiliki kelengkapan makna dan pemahaman yang terkandung dalam setiap gerakan dan ucapan yang disyariatkan oleh Allah Swt. Sehingga setiap gerakan seperti takbir, rukuk, sujud, iftirasy, tahiyyat dan salam tidak hanya sekedar bergerak. Akan tetapi merupakan sebuah simbol-simbol gerak rasa kepatuhan dan kecintaan hati seorang hamba kepada tuhannya. Itu sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh umatnya shalat dengan gerakan yang tumakninah, dan tidak dilakukan dengan terburu-buru. Karena setiap gerakan dalam setiap rakaat mempunyai faidah yang berpengaruh terhadap tubuhnya. Pada saat berdiri tumakninah maupun rukuk dan sujud dengan tumakninah, tulang-tulang maupun otot akan merasakan istirahat. Demikian juga setiap bacaan yang diucapkan akan memberikan pengaruh kepada perubahan jiwa bagi yang shalat dengan merendahkan hatinya. Karena setiap berdoa, berarti berhubungan dengan Yang Maha Menciptakan.
Rasulullah menuntun tata cara shalat secara khusus dan bersifat mahdhah. Yaitu suatu syariat yang bersifat baku dan tidak boleh ada seorangpun yang merubah tatanan shalat ini. Dasar ini mengacu kepada sabda Rasulullah “shallu kama raitumuni ushalli, shalatlah kalian sebagaimana kalian melihat Aku shalat".
Tuntunan praktis yang diajarkan rasulullah kepada para sahabat ini, disampaikan turun-temurun sampai kepada umat Islam sekarang. Walaupun ada perbedaan sedikit masalah furu’ (cabang-cabang) tetapi tidak merubah rukun ketetapan prinsip syar’i. Hal ini hanya disebabkan karena perbedaan dalam memahami peristiwa yang dilakukan Nabi dalam menjalankan ibadah shalat yang memang menyesuaikan kondisi jamaah pada waktu itu.

Banyak hadist Rasulullah yang menceritakan bahwa beliau selalu mengkontrol gerakan shalat dan kekhusyu’an para sahabat ketika melakukan shalat. Ketika diantara ada jamaah yang salah melakukan ruku’ atau sujud. Beliau langsung menegur dan membetulkan shalatnya, lalu jamaah yang lainnya mengikutinya. Namun berita-berita pengajaran Nabi kepada jamaah tidak selalu lengkap yang kita peroleh dari ahli fiqh. Karena dalam setiap pengajaran dan praktek yang dilakukan oleh nabi kepada para sahabat berbeda-beda. Terkadang nabi shalat gerakannya agak dipercepat ketika menghadapi jamaah yang sepuh. Dan terkadang pula Nabi shalat membutuhkan waktu yang lama, sehingga pernah dikeluhkan oleh sahabat yang mengikuti berjamaah dengan Beliau. Dengan adanya perbedaan kondisi dan situasi yang dibawakan oleh Nabi, menyebabkan seolah-olah shalat yang dilakukan diberbagai negara Islam itu berbeda-beda. Karena kebanyakan umat mengira shalat nabi hanya melakukan satu gaya
saja. Sehingga ketika ada seorang dari mazhab yang lainnya melaksanakan shalat yang berbeda, dianggap bid’ah dan sesat. Hal inilah yang menyebabkan perdebatan pada kalangan masyarakat, karena ketidaktahuan proses sejarah rilwayah dan dirayah hadist maupun mustahul hadist.
Sahabat Nabi memperoleh kedudukan sangat penting dalam fikih.
Pertama, sebagai ahli hadits karena mereka adalah orang yang berjumpa dengan Rasulullah saw dan meninggal dunia sebagai orang Islam. Karena itu, dari mereka pula kita mewarisi ikhtilaf (perbedaan) di kalangan kaum Muslim.
Kedua, era sahabat juga dikenal sebagai masa berakhirnya masa tasyri'. Inilah embrio ilmu fiqh yang pertama. Bila pada zaman tasyri' orang memverifikasi pemahaman agamanya atau mengakhiri perbedaan pendapat dengan merujuk pada Rasulullah, maka pada zaman sahabat rujukan itu adalah diri mereka sendiri. Sementara itu, perluasan kekuasaan Islam dan interaksi antara Islam dengan peradaban-peradaban lain menimbulkan masalah-masalah baru. Dan para sahabat merespon situasi ini dengan mengembangkan fiqh (pemahaman) mereka.
Ketika menceritakan ijtihad pada zaman sahabat, Abu Zahrah menulis: Di antara sahabat ada yang berijtihad dalam batas-batas al-Kitab dan al-Sunnah, dan tidak melewatinya; ada pula yang berijtihad dengan ra'yu bila tidak ada nash, dan bentuk ra'yu-nya bermacam-macam; ada yang berijtihad dengan qiyas seperti Abdullah bin Mas'ud; dan ada yang berijtihad dengan metode mashlahat, bila tidak ada nash.
Dengan demikian, zaman sahabat juga melahirkan prinsip-prinsip umum dalam mengambil keputusan hukum (istinbath; al-hukm); yang nanti diformulasikan dalam kaidah-kaidah ushul fiqh.
Ketiga, ijtihad para sahabat menjadi rujukan yang harus diamalkan, perilaku mereka menjadi sunnah yang diikuti. Al-Syathibi menulis, "Sunnah sahabat r.a. adalah sunnah yang harus diamalkan dan dijadikan rujukan". Dalam perkembangan ilmu fiqh, madzhab sahabat - sebagai ucapan dan perilaku yang keluar dari para sahabat - akhirnya menjadi salah satu sumber hukum Islam di samping istihsan, qiyas, mashalih mursalah dan sebagainya. Madzhab sahabat pun menjadi hujjah. Tentang hal ini, ulama berbeda pendapat. Sebagian menganggapnya sebagai hujjah mutlak; sebagian lagi sebagai hujjah bila bertentangan dengan qiyas; sebagian lainnya hanya menganggap hujjah pada pendapat Abu Bakar dan Umar saja, berdasarkan hadits "berpeganglah pada dua orang sesudahku, yakni Abu Bakar dan Umar"; dan sebagian yang lain, berpendapat bahwa yang menjadi hujjah hanyalah kesepakatan khulafa' al-Rasyidin.
Karena posisi sahabat begitu istimewa, maka tidak mengherankan bila mazhab sahabat menjadi rujukan penting bagi perkembangan fiqh Islam sepanjang sejarah. Tentu saja, menurut kesepakatan ahl al-sunnah, di antara para sahabat itu yang paling penting adalah khulafa al-rasyidun. Bila mereka sepakat, pendapat mereka dapat membantu memecahkan masalah fiqh; bila mereka ikhtilaf, mazhab sahabat menimbulkan kemusykilan yang sulit diatasi.
Fiqh para sahabat (khulafa rasyidun) adalah fondasi utama dari seluruh bangunan fiqh Islam sepanjang zaman. Fiqih shahabi memberikan dua macam pola pendekatan terhadap syari'ah yang kemudian melahirkan tradisi fiqh yang berbeda. Ikhtilaf di antara para sahabat, selain mewariskan kemusykilan bagi kita sekarang, juga - seperti kata 'Umar ibn Abdul Aziz - menyumbangkan khazanah yang kaya untuk memperluas pemikiran.
Setelah Nabi Muhammad saw meninggal dunia, orang-orang Islam bertanya pada sahabat dalam urusan hukum-hukum agama. Tidak semua sahabat menjawab pertanyaan mereka, dan mereka pun tidak bertanya pada semua sahabat. Sebagian sahabat sedikit sekali memberi fatwa, mungkin karena ketidaktahuan, kehati hatian, atau lagi-lagi pertimbangan politis. Sebagian lagi banyak sekali memberi fatwa, mungkin karena pengetahuan mereka, atau karena posisinya memungkinkan untuk itu.
Menarik untuk dicatat, bahwa dalam khazanah fiqh ahl al-Sunnah para khalifah sedikit sekali memberi fatwa atau meriwayatkan al-hadits. Abu bakar meriwayatkan hanya 142 hadits, Umar 537 hadits, Utsman 146 hadits, Ali 586 hadits. Jika semua hadits mereka disatukan hanya berjumlah 1411 hadits, kurang dari 27% hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah (Abu Huraiah meriwayatkan 5374 hadits). Itu karena para tabi'in, yakni mereka yang berguru pada sahabat, umumnya bukanlah murid al-Khulafa al-Rasyidin.

Abu Sangkan

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Hari Ibu buat semua kaum ibu tidak kira dimana sahaja anda berada anda berada. Jasa ibu tidak bertepi, dari dahulu hingga kini.
Wahai ibu engkaulah wali, doamu dikabul Rabbul Izzati.
Duhai ibu penawar duka, tak kira pangkat, tempat dan juga masa.
Engkau ibu sepanjang zaman, insan pilihan disayang Tuhan.
Engkau ibu dijunjung agama, disebut Rasul, Nabi dan Quran.

Oleh itu, marilah kita semua tidak kira tua dan muda walau berbeza agama serta kedudukan, ucapkanlah Selamat Hari Ibu kepada ibu yang tercinta. Adalah amat malang bagi umat masa kini yang makin hilang kewarasan serta kesedaran, mengherdik ibu masing-masing. Teringat pula saya akan Hadith Rasulullah yang bermaksud "salah satu tanda akhir zaman ialah apabila para ibu melahirkan tuannya sendiri". Benarlah sabda Rasul jika dilihat dalam konteks masa kini.

Apakan tidaknya, ibunya diperlakukan seperti orang kelas bawahan. Diherdik, dihamun, disepak terajang oleh binatang yang bertopengkan insan. Ingatlah wahai insan, Allah melarang kita untuk berbicara dengan ibu dengan kasar walaupun berkata "uhh" atau "ahh!!". Tetapi lihatlah sekarang, ibu sendiri ditengking...
Saya ada lihat dipekan, seorang ibu menunggu sahaja anaknya yang sedang bermain "games" di pusat komputer. Wah, seperti itu sekali ibu dilayan! Anak bagaikan tuan besar yang membiarkan ibu seperti orang bodoh menunggu diluar pusat komputer.

Saya sendiri mengaku yang kadangkala perlakuan saya sendiri melukakan hati ibu. Oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan sesuatu sebaik mungkin untuk menyenangkan hati ibu lebih-lebih lagi pada hari ibu ini..

for all MOTHER!!!Prophet Muhammad said what for you:)
Holy Quran Lokman/14
And We have enjoined man in respect of his parents-- his mother bears him with faintings upon faintings and his weaning takes two years-- saying: Be grateful to Me and to both your parents; to Me is the eventual coming.

And your Lord has commanded that you shall not serve (any) but Him, and goodness to your parents. If either or both of them reach old age with you, say not to them (so much as) "Ugh" nor chide them, and speak to them a generous word.
HOLY QOR'AN ISRAA/23



Doa yang baik untuk diamalkan:

RABBIGH FIRLI WALI-WALIDAYYA, WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SAGHIRAA.

(Ya tuhan kami, ampunkanlah dosa ibu bapa kami dan kasihilah mereka, sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil)

ALLAHUMMA ANZILIRRAHMAH, WAL BARAKAH, WAL MAGHFIRAH, WASSALAMAH, WA SYAFAATAN NABIYUNA MUHAMMAD (S.A.W) KHUSUSAN ALAINA WA 'ALA AULADANA FID DUNYA WAL AKHIRAH
(Ya Allahu, turunkanlah rahmat,berkat, keampunan, dan keselamatan, serta syafaat Nabi kami, Muhammad SAW khusus keatas kami dan kedua orang tua kami di dunia dan akhirat)

Amin... Ya Rabbal Alamin..

Lagu My Mother_ karya Yusuf Islam

Friday, April 17, 2009

Siri Ensiklopedia Islam - D


Siri Ensiklopedia Islam - D

Do'a

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina". (QS. Al Mu'min [40]: 60).

"Doa adalah senjata orang yang beriman dan tiangnya agama serta cahaya langit dan bumi". (HR. Hakim);

Doa adalah bentuk permohonan seorang hamba kepada Allah SWT. Doa juga menjadi salah satu cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi dengan Sang khalik. Doa merupakan inti ibadah sekaligus menjadi senjata bagi orang-orang beriman. Doa juga menjadi kunci bagi terbukanya pertolongan Allah SWT.

"Shalat adalah do'a", demikian menurut sebuah hadis. Ibadah shalat, yang dimulai dari takbir dan ditutup dengan salam, di dalamnya banyak memuat ungkapan-ungkapan yang mengandung pujian dan doa. Karena prinsipnya, shalat menjadi cara hamba untuk menunjukkan kebaktian dan permohonan kepada Sang Khalik. Hakikat doa adalah penuntun bagi seseorang untuk mengubah dirinya agar menjadi lebih baik. Allah SWT berfirman dalam Al Quran surat Al Baqarah ayat 186,

"Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran".

Al Baqarah ayat 201,
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".

Dalam Al Quran surat Al A'raaf ayat 55 Allah SWT memerintahkan umat-Nya untuk berdoa dengan sikap merendahkan diri dan suara yang lembut,

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas".

Namun, selain keharusan berdoa dengan merendahkan diri dengan suara yang lembut, kita juga harus memiliki adab dan tata cara berdoa yang benar. Yakni memelihara keyakinan di dalam hati, bahwa doa kita akan dikabulkan, bersungguh-sungguh dalam berdoa, berbaik sangka kepada-Nya, dan mengulang-ulang doa sebanyak mungkin.

Sikap doa ini telah diajarkan nabi pada waktu duduk iftirasy dalam shalat, diawali memohon ampunan atas dosa-dosa yang telah kita lakukan (rabbighfirli) , memohon dikasihani (warhamni),memohon ditutup aib kesalahan diri (wajburni),memohon diangkat derajat hidup didunia dan diakhirat (warfa'ni), memohon dilimpahkan rejeki (warzuqni), memohon diberi petunjuk dan tuntunan (wahdini),memohon diberikan kesehatan lahir dan bathin (wa afini) dan memohon ampunan atas segala kehilafan (wa'fuanni).

Doa-doa ini diucapkan secara berulang-ulang memberikan dampak kepada mental dan spiritual seseorang apabila dilakukan dengan serius, bukan sekedar membaca. Mengapa demikian? Karena doa yang diucapkan dengan jelas dan diulang-ulang akan tersimpan dalam memori otak si pendoa. Apabila diniatkan oleh hatinya, akan mempengaruhi respons otak yang menghantarkan impuls listrik keseluruh syaraf otak dan seluruh tubuhnya. Kalau sudah tertanam dalam pikiran bawah sadarnya, akan bekerja secara otomatis mempengaruhi gerakan otot, tulang dan organ tubuh yang lainnya. Karena otak telah diprogram secara terus menerus berupa kata-kata positif. Dan program inilah yang menggetarkan seluruh syaraf yang mendorong sekujur tubuh dan pikirannya untuk berbuat seperti yang telah ditanamkan berulang-ulang. Karena otak merupakan motor penggerak yang memiliki jaringan listrik yang amat rumit ke seluruh anggota tubuh manusia. Motor menggerak ini bekerja atas informasi yang ditanamkan melalui data yang tersimpan dalam memori otaknya. Data ini menghasilkan gerak reflek tanpa harus dikendalikan pikiran sadarnya. Maka dari itu, mengapa shalat harus dilakukan dengan sadar dan mengerti apa yang diucapkan. Karena akan mempengaruhi gerakan perilakunya sesuai data yang ditanamkan secara berulang-ulang tersebut. Apabila didalam menjalankan shalatnya tidak dilakukan dengan serius dan tidak diinginkan oleh hatinya, maka gerakan bawah sadarnya juga akan terjadi sesuai data yang kita masukkan dalam pikiran kita, yang disebut Neuro Linguistic Programing (NLP).

Shalat telah membentuk pikiran positif yang ditanamkan berulang-ulang dalam otak , sehingga membentuk program bawah sadar menjadi karakter tubuh dan gerakan. Apabila shalat dilakukan dengan perasaan malas, maka akan tercipta secara otomatis tubuhnya menjadi malas untuk melaksanakan shalat ketika mendengarkan suara adzan dikumandangkan. Demikian pula dengan doa yang diulang-ulang. Seluruh tubuhnya akan merespons apa yang telah tertanam dalam pikiran bawah sadarnya dan mempengaruhi perilakunya. Sehingga setiap saat dorongan dalam bawah sadarnya akan berbuat seperti apa yang diinginkan dalam pikirannya. Misalnya, ketika seseorang dalam doanya ingin mempunyai rumah atau mobil. Jika niatnya ditanamkam benar-benar dari hatinya, maka otak akan merespons niat kita tersebut sehingga disimpan dalam memori.
Dari memori terjadi pemrograman yang akan menggerakkan seluruh syaraf pada otak. Dan syaraf akan mengendalikan tubuh untuk berbuat secara otomatis untuk meraih apa yang dicita-citakan. Disamping itu, gelombang pikiran otak akan selalu bergetar yang dihantarkan oleh gelombang elektromanetik yang akan memancarkan energi keseluruh alam. Getaran pikiran ini akan selalu memancar tanpa henti menembus tanpa halangan. Sehingga dengan mudah pikiran kita ditangkap oleh pikiran yang memancar pula dari pihak yang lain tanpa disadarinya. Dan terjadilah proses hukum alam saling bertemu dalam gelombang yang sama. Pikiran positif akan bertemu dengan pikiran positif, dan pikiran negatif akan bertemu dengan pikiran negatif. Inilah yang dimaksudkan dengan The Law Of Atraction.

Di dalam berdoa, disamping pengaruhnya terhadap mental dan tubuh, juga terjadi hubungan khusus dengan Sang Maha Pencipta. Ketika sesesorang memanjatkan doanya, ruhaninya menembus tertuju kepada pusat energi yang paling tinggi, yaitu Allah Swt. Dengan melakukan doa secara khusus dan penuh keyakinan, sesungguhnya ia sedang meraih energi Tuhan yang selalu terpancar kepada jiwa orang yang mendekati-Nya. Energi Tuhan,hanya bisa turun kepada hati yang pasrah dan merendahkan diri. Kekuatan pasrah akan menghasilkan intuisi dan kecerdasan spiritual yang luar bisa.

Abu Sangkan

Waminallahit-taufiq wal hidayah...

Friday, April 10, 2009

Syeikh Muhammad Said Linggi 2

Artikel Kedua

Shaykh Muhammad Said Linggi Mursyid Thariqat Ahmadiyah

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

ASAL USUL

Selain nasab ke atas sebelah lelaki yang berasal dari Hadhralmaut, dapat dipecahkan lagi bahawa datuknya, Haji Idris itu berkahwin dengan Hajah Rahimah binti Khatib Musa bin Amaluddin bin Awaluddin. Dalam Kanzul Mu`id tertulis bahawa Awaluddin dimasyhurkan dengan Dato' Awal anak Faqih yang dimasyhurkan dengan Daeng Abdul Malik. Bahawa keturunan ini ada hubungan dengan Daeng Kemboja, yang dimasyhurkan dengan Marhum Janggut Yamtuan Muda Riau. Marhum Janggut pula adalah putera Upu Daeng Perani.

Hajah Rahimah (nenek Syeikh Muhammad Said) tersebut ibunya bernama Zulaikha binti Dato' Karkung berasal dari Minangkabau, termasuk kerabat ulama besar bernama Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi al-Minankabawi, penyusun kitab Kifayatul Ghulam.

Ibunya bernama Hajah Shafiyah binti Haji Muhammad Shalih al-Fathani (meninggal dunia pada 12 Rabiulakhir 1352 Hijrah). Ayah kepada ibunya ini adalah seorang ulama Patani yang mempunyai murid yang ramai. Neneknya (ibu kepada ibunya) bernama Hajah Maryam, beliau adalah keturunan Syeikh Abdur Rasyid al-Fathani, satu-satunya ulama Melayu yang pernah mengajar di Masjidil Aqsa.

PENDIDIKAN

Ketika mengikuti pengajian sistem pondok di Patani, Muhammad Said berguru kepada ulama terkenal, iaitu Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani (Tuan Minal), pengarang pelbagai kitab Melayu/Jawi. Guru-gurunya yang lain ialah Tok Nahu, Syeikh Muhammad Nuh Kedah, Tok Semela dan lain-lain. Semua ulama yang tersebut adalah murid pula kepada datuknya, Syeikh Abdur Rasyid.

Sewaktu berusia 17 tahun, beliau berangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya. Guru-gurunya di Mekah yang tersebut dalam Kanzul Mu`id sangat ramai, di antaranya yang berasal dari dunia Melayu ialah: Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Syeikh Zainuddin as-Sumbawi, Syeikh Wan Ali al-Kalantani dan Syeikh Ahmad al-Fathani.

Di Madinah, Muhammad Said pernah belajar kepada Sayid Jaafar al-Barzanji, Mufti Mazhab Syafie di Madinah al-Munawwarah. Beliau pernah pula mengembara memperdalam ilmu ke Mesir. Di sana beliau sempat belajar kepada Syeikh Syamsuddin al-Anbaby, Syeikh al-Azhar pada zaman itu. Juga beliau belajar kepada Syeikh Ahmad ar-Rifa'ie, ulama besar Mazhab Maliki di al-Azhar.

Di dalam bidang yang khusus, beliau menerima Thariqat Ahmadiyah ar-Rasyidiyah ad-Dandarawiyah daripada Sayid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi. Dengan Thariqat Ahmadiyah inilah beliau mencapai kemuncaknya sebagai Syeikh Mursyid Thariqat Ahmadiyah yang terbesar di dunia Melayu. Murid-muridnya dalam bidang Thariqat Ahmadiyah meliputi Cam di Kemboja, Patani, Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), Singapura dan Brunei Darussalam.

PENYEBARAN THARIQAT AHMADIYAH

Di dalam ulama dunia Melayu terdapat beberapa orang guru Muhammad Said, mereka ialah Syeikh Wan Ali Kutan, Tuan Tabal, Syeikh Ahmad al-Fathani dan lain-lain juga menerima Thariqat Ahmadiyah daripada Sayid Ibrahim ar-Rasyidi (meninggal dunia 1291 Hijrah/1874 Masihi). Beliau adalah guru pada Sayid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi (meninggal dunia 1327 Hijrah/ 1909 Masihi). Walau bagaimanapun pada peringkat awal Thariqat Ahmadiyah di dunia Melayu tidak berapa jelas perkembangannya.

Dengan kegigihan Muhammad Said, Thariqat Ahmadiyah berkembang dan tersebar dengan sangat lajunya. Thariqat Ahmadiyah mula mendapat sambutan yang luar biasa di Kota Bharu,Kelantan dan menimbulkan kontroversi antara murid-murid beliau dengan golongan yang tidak menyetujuinya. Untuk menenangkan suasana keresahan masyarakat, Raja Kelantan menulis tiga lembar surat pertanyaan yang ditujukan kepada Syeikh Ahmad al-Fathani di Mekah.

Di antara kandungan surat Raja Kelantan yang bertarikh Ramadan 1323 Hijrah (kira-kira 1905 Masihi) itu ialah, "Iaitu daripada sahaya Raja Kelantan Ibnu al-Marhum as-Sultan Muhammad, mudah-mudahan dipersampaikan kepada orang tua sahaya Wan Ahmad bin Wan Din Fathani yang mujawwir di dalam negeri Makkah al-Musyarrafah ... " Kalimat selanjutnya, "Maka adalah sahaya nyatakan kepada orang tua sahaya, bahawasanya telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik, tiada pernah jatuh lagi dahulunya. Iaitu datang seorang nama Haji Encik `Ied bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu Thariqat Ahmadiyah, yang dipanggil orang Thariqat Rasyidi ... "

Selanjutnya, "Maka yang mengajar itu kepada sekalian bagai Muslimin, daripada laki-laki dan perempuan, besar dan kecil, yang mempunyai ilmu atawa yang jahil. Bahkan kebanyakan mereka itu daripada juhhalun nas, yang tiada sembahyang, dan tiada mengetahui furudhul `ain, `aqidatul iman, dan lainnya. Dan setengah daripada mereka itu bangsa raja-raja dan anak menteri ... "

Syeikh Ahmad al-Fathani telah menjawab pertanyaan Raja Kelantan itu dalam tiga bentuk karangan. Yang pertama diberi judul Mir-atul A'ajib fi Jawabi Su-alil Majazib. Yang kedua ditulis dalam bentuk syair bahasa Melayu, diberi judul Syair Thariqah Shufiyah. Yang ketiga ditulis dalam bentuk syair bahasa Arab, diberi judul Syair Man Li Ya Sa'id. Kesimpulan kandungan keseluruhannya ialah merupakan ilmiah yang berdiri pada pelbagai kaedah keilmuan Islam.

PENULISAN

Syeikh Muhammad Said Linggi juga menghasilkan beberapa buah karangan, di antaranya yang disebut dalam Kanzul Mu'id, ialah: Risalah al-Fawaid, Kasyful Ghiba'an Haqiqatir Riba, Sullamut Ta'rif ila Ilmit Tashrif, Risalah al-Fath, Nazham Kesesatan Kaum Wahabi, Al-Kasyfu wat Tanfis `an Saiyidi Ahmad bin Idris, Syarh Kunuzil Jawahirin Nuraniyah dan Kaifiyat Mengerjakan Tarawih.

Semua judul yang tersebut di atas belum saya jumpai, namun ada dua buah karangan Syeikh Muhammad Said Linggi yang tidak disebut dalam Kanzul Mu'id ada dalam simpanan saya, ialah: Rasail Jawiyah, diselesaikan pada pertengahan Rabiulakhir 1323 Hijrah di Bandar Singapura. Cetakan huruf batu atau litografi tetapi tidak terdapat nama dan tempat di mana dicetak. Kandungannya merupakan kumpulan pelbagai hizib yang diamalkan para Auliya. Perbicaraan dimulai daripada Thariqat Syaziliyah dan diikuti dengan Thariqat Ahmadiyah yang dilengkapi dengan riwayat, silsilah dan berbagai-bagai wirid, amalan-amalan dan lain-lain yang ada kaitan dengannya.

Karangan Muhammad Said Linggi yang masih dalam bentuk manuskrip berjudul Silsilah Thariqah An-Naqsyabandiyah. Naskhah ini saya peroleh pada satu kampung di Negeri Sembilan daripada salah seorang murid Muhammad Said Linggi. Pada awal naskhah dinyatakan bahawa beliau menerima Thariqat Naqsyabandiyah di Mekah kepada Syeikh Usman Rais. Dinyatakan bahawa Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linqi ar-Rasyidiyah selesai menulis pada bulan Rejab (tanpa dinyatakan tahun). Naskhah yang dibicarakan ini adalah salinan, tanpa nama penyalin, yang diselesaikan pada 27 Safar 1360 Hijrah, iaitu kira-kira 15 tahun setelah Syeikh Muhammad Sa'id meninggal dunia.

KETURUNAN

Ketika Syeikh Muhammad Said meninggal dunia, beliau meninggalkan 16 orang anak. Sebagai pengganti menjadi Khalifah Thariqat Ahmadiyah adalah anaknya yang bernama Syeikh Haji Abdullah. Anak beliau yang banyak menghasilkan karangan ialah Haji Ahmad yang ketika hidupnya pernah menjadi Mufti Negeri Sembilan. Di antara anak Syeikh Muhammad Said yang sempat saya jumpai ada dua orang iaitu Haji Mansur (1970) dan Haji Tahir (1990). Pertemuan saya dengan kedua-dua anak beliau yang tersebut mempunyai kesan tersendiri.

Daripada Haji Mansur saya menerima sebuah buku manaqib yang berjudul Kanzul Mu'id. Beliau pula membaca secara hafal di hadapan saya syair bahasa Arab yang panjang karya Syeikh Ahmad al-Fathani yang termaktub pada akhir I'anah at-Thalibin karya Saiyid Abu Bakar Syatha.

Daripada Haji Tahir saya peroleh syair bahasa Arab juga karya Syeikh Ahmad al-Fathani yang pernah diserahkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani kepada muridnya Syeikh Muhammad Said Linggi. Syair tersebut diberi judul Man Li Ya Sa'id.

Selain itu saya juga sentiasa berhubungan mesra dengan beberapa orang cucu Syeikh Muhammad Said Linggi, di antaranya Datuk Haji Murtadza bin Haji Ahmad, sekarang Mufti Negeri Sembilan.

Pada tarikh 11 Mac 2004, malam Jumaat, saya bersama-sama Datuk Murtadza dan Ustaz Haji Nuruddin al-Banjari diberi kepercayaan menyampaikan ceramah dalam Forum Bicara Ad-Din di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sekudai, Johor.

Video Rancangan Jamiatul Ulama'- Episod Syeikh Muhammad Said Linggi.



Syeikh Muhammad Said Linggi

Dalam pautan kali ini,saya ingin memperkenalkan kepada semua ttg latar belkang seorng ulama' berpengaruh di Negeri Sembilan satu masa dulu iaitu Syeikh Muhammad Said Linggi.
Beliau mempunyai ilmu yang luas dalam bidang Fiqh, usuluddin, nahu dll. Dalam bidang Tasawuf pula, beliau seorang Syeikh Tariqat Ahmadiyah Idrisiyah.
Disini saya sertakan info ttg beliau yang yg dipetik dari jalansufi.com

Artikel Pertama:

SYAIKH MUHAMMAD SAID LINGGI (1875 -1926)

Oleh : Ismail Che Daud

Pada tahun 1905, masyarakat Melayu Kelantan menjadi gempar dengan sebab "telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik. tiada pernah jatuh lagi dahulunya iaitu datang seorang nama Haji Encik Sa'id bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu tariqat Ahmadiyah."

Demikianlah, antara salinan isi warkah pertanyaan daripada Raja Kelantan, bertarikh 14 Ramadhan 1323 (bersamaan 12 November 1905) yang diutus "kepada orang tua sahaya, Wan Ahmad bin Haji Wan Din Patani, seorang tokoh ulama' besar Alam Melayu yang menetap di kota Makkah. Haji Encik Sa'id -tokoh kontroversi yang telah mencetuskan keresahan tersebut itulah yang hendak kita perkenalkan pada kali ini.

Latar Diri Keluarganya :

Nama penuh Haji Encik Sa ‘id ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris anak Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin ‘Amaluddin bin Awaluddin @ Dato' Awal bin Faqih@ Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat. Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kola ilmu Makkah kerana menuntut ilmu. Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang berama Zalikha itu adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau. Manakala Dato' Awaluddin pula disebut-sebut sebagai penoroka daerah Linggi (1783) di Negeri Sembilan. Satu sumber lain mengatakan nasab sebelah datuk bapanya sampai kepada Saidina Abdullah bin Abbas, sepupu Rasulullah s.a. w. Dikatakan demikian kerana suami Hajjah Rahimah, iaitu Haji Abdul Mu'min Linggi bin Syaikh Muhammad Nakhoda Minangkabau bin Ahmad bin Umar bin Saleh bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut.

Bapanya sendiri, Haji Jamaluddin (1835 -188) adalah seorang tokoh ulama' Melayu Negeri Sembilan yang pernah diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram semasa bermukim di kola Makkah. Dia masyhur zahid, berpendirian memada dan dikmniakan pelbagai karamah yang pelik-pelik. Diceritakan, pada hari matinya, dia tidak meninggalkan sebarang wang walau sesen pun!

Ibunya, Hajjah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani adalah seorang Qurra' yang terkenal elok bacaannya lagi penyantun. Pernah menjadi guru Qira'at al-Quran baik semasa tinggal di Makkah, mahupun ketika berada di Patani. Murid-muridnya tidak terbilang kerana terlalu ramai.

Manakala datuk sebelah ibunya, Haji Muhammad Saleh al-Fatani yang masyhur keramat itn adalah seorang guru pondok yang teralung pada zamannya. Murid-muridnya tidak kurang 500 orang pada satu-satu masa. Haji Muhammad Saleh berkahwin dengan Hajjah Mariam, juga terkenal dengan kesalihannya. Bapa Hajjah Mariam. Syaikh Abdul Rashid al-Fatani(4) pun seorang tokoh ulama' yang termasyhur pada zamannya, dianugerahi Allah dengan beberapa banyak keistimewaan yang tersendiri.
Ringkasnya, Muhammad Said lahir di tengah-tengah rumpun keluarga alim alama' yang terkemuka dan yang alim turun-temurun.

Kelahirannya :

Muhammad Said dilahirkan di perkampungan Syi'b Ali Makkah "pada hari Sabtu yang keempat atau yang ketiga daripada bulan Sya'ban tahun 1292″ (5) yang bersamaan dengan 25 atau 18 September 1875.
Dipelihara ibu dan neneknya (Hajjah Mariam) kerana ketika itu bapanya sedang berkhidmat di Tanah Jawi.

Zaman Remajanya:

Pada tahun 1882, ketika bernsia 7 tahun, Muhammad Said dibawa pulang ke Patani, tanah tumpah darah ibunya. Beliau dibesarkan di sana sehinggalah umurnya meningkat 12 tahun.

Muhammad Said sungguh bertuah kerana ibunya seorang yang fasih dalam bidang qira'at al-Quran. lbu yang salihah inilah yang mendidik dan membentuk peribadinya. Lantaran itu tidak hairanlah jika beliau tergolong seorang kanak-kanak yang sangat elok akhlaknya lagi cerdas pula akalnya.

Guru-guru Awalnya :

Pada tahun 1887, barulah beliau dihantar mengaji di luar rumah. Empat orang gurul awalnya ialah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani (Tuan MinaI), Haji Awang (Tuan Semel atau Dato' Semela), Dato' Nahu dan Syaikh Muhammad Nuh yang berasal dari negeri Kedah. Beliau mempelajari ilmu-ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, nahu dan macam-macam ilmu lagi. Dikecualikan Tuan Minal, ketiga-tiga orang guru yang akhir itu adalah bekas murid datuknya Syaikh Abdul Rashid al-Fatani.
Muhammad Said adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, tekun belajar, malah pernh tidak tidur malam sampai terbit fajar kerana tidak menyedari matahari telah naik. Bahkan, ada "ketika-ketika mengalir kedua matanya akan darah daripada terlampau banyak menilik kepada kitab-kitab". (Risalah Kanz al Mu'id karangan anaknya Haji Ahmad).
Setahun kemudian (1888), bapanya meninggal dunia semasa berusia 54 tahun (Hijri). Dikebumikan di tanah perkuburan Linggi, Negeri Sembilan.

Ke Makkah :

Pada tahun 1895, ketika berumur 17 tahun, Muhammad Said belayar ke kota ilmu Makkah bertujuan mendalami pengajiannya. Antara puluhan gurunya tersenarailah nama-nama seperti berikut :-

1. Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
2. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani.
3. Sayyid Abi Bakr Syata.
4. Syaikh Ahmad al-Manshawi.
5. Syaikh Umar al-Shami.
6. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad Babasil (Mufti Shafi'i)
7. Syaikh Abdul Karim al-Daghastani.
8. Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Khayyat.
9. Syaikh Umar bin Abi Bakr Bajnnid.
10. Syaikh Mubammad Said bin Muhammad al-Yamani.
11. Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Minangkabau.
12. Syaikh Zainuddin Sumbawa.
13. Syaikh Wan Mnhammad Ali Kutan.
14. Syaikh Wan Ahmad bin Mnhammad Zain Patani.

Ke Madinah:

Muhammad Said termasuk seorang penuntut yang gigih dan bersemangat waja. Pernah bermusafir secara berjalan kaki ke Madinah kerana ziarah makam Rasulullah (sesudah beliau bermimpi menemui baginda). Semasa berada di Madinah beliau berpeluang berguru dengan Sayyid Ja'far al-Barzanji, Mufti Shafi'i.

Ke Mesir :

Kemudian meneruskan perjalanan ke Bait al-Maqdis dan akhirnya ke negara Mesir melanjutkan kefaharnan tentang selok-belok ilmu fiqh empat mazhab. Di sana beliau mendalami ilmn-ilmu syara', naql dan aqal. Antara lainnya berguru dengan Syaikh al-Jami' al-Azhar iaitu Syaikh Shamsuddin al-Anbani dan dengan Syaikh Ahmad al-Rifa'i al-Maliki, iaitu sebesar-besar ulama' Mazhab Maliki di dalam Azhar zaman itu (1896).

Pulang Ke Makkah :

Selanjutnya beliau pulang semula ke Makkah. Belajar ilmn tariqat dengan Syaikh Muharnmad bin Ahmad al-Dandarawi(7) (meninggal dunia di Madinah pada 19 Febrnari 1909). Akhir sekali Muhammad Said diberi ijazah tariqat Ahmadiyah, iaitu pada hujung tahun 1318 Hijrah (bersamaan pertengahan April 1901).
Alhasilnya., guru Muharnmad Said berjumlah 50 orang lebih. Belian diketahui alim dalam ilmu-ilmu alat, usuluddin, fiqh empat mazhab; juga ilmu ruhani, hikmat, falsafah, al-Qur'an dan sebagainya.

Sahabat-sahabatnya :

Antara sababat-sahabat seperguruan termasuk Tuan Mukhtar Bogor, Tuan Husain Kedah, Pat Wan Sulaiman Kedah, Haji Abdullah Pat Him Seberang Perai, Syaikh Uthman bin Abdul Wahhab Sarawak (meninggal 29 Julai 1921), Sidi Muhammad.

Anak-anaknya :

Sepanjang hayatnya Syaikh Muhammad Said disebut-sebut berkahwin sembilan kali dan dikumiakan 32 orang anak. Salah seorang isteri utamanya ialah Siti Zubaidah binti Haji Said Rembau.
Berikut disenaraikan anak-anaknya yang agak terkenal :

1. Haji Abdullah (1905-1956), Kampung Gedung Lalang, Ampangan, Seremban. Anak sulung yang mngambil tugas khalifah tariqat Ahmadiyah selepas kematiannya.

2. Haji Ahmad (6 April 1910 -7 Januari 1964). Khalifah yang kedua selepas Haji Abdullah. Pengasas Pondok Rasah (1935) dan Mufti Negeri Sembilan yang pertama (semenjak 1950); mendalami pengajian di Makkah dan mewarisi sifat kealiman bapanya. Mempunyai empat orang isteri dan 37 orang anak -8 orang telah lulus Universiti dalam negeri dan 8 orang lagi lepasan Universiti al-Azhar. Menghasiikan puluhan karya penulisan. termasuk Kanz al-Mu'id yang mengisahkan manaqib Syaikh Muhammad Said, juga merupakan sumber utama tulisan makalah ini.

3. Haji Abdul Rashid, Teluk Kurau, Singapura. Khalifah yang ketiga selepas Haji Abdullah dan Haji Ahmad. Sangat dihormati dan disegani orang-orang Melayu Singapura.

4. Baji Mansor, Ampangan, Seremban (meninggal I981).

5. Haji Mohammad Nor (meninggal 198l).

6. Haji Muhammad Hamid.

7. Haji Ibrahim (dengan isterinya, Hajjah Wan Safiah Kota Bharu) -bapa kepada Haji Idris Ibrahim, bekas Ahli Parlimen Setapak, Wilayah Persekntuan.

8. Haji Mahadi (1914 -20 Febuari 1983), Taman Maluri, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Anak kelapan dari 15 orang adik beradik dan yang paling manja sekali dalam keluarganya. Lulusan Madrasah al-Falah, Makkah. Seniman terkenal, berlakon dalam 76 buah filem. Lakonan sulungnya adalah secara kebelulan, iaitu sebagai pelakon lambahan dalam filem Penghidupan (1951). Anak Melayu yang perrtama menjadi Pengarah filem -Permata di Perlimbahan (1952). Semasa mudanya (1939) pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.

Peribadinya:

Syaikh Muhammad Said adalah seorang tokoh ulama' yang berperibadi sederhana. Tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidnp. Bersifat zahid, qana'ah, pemaaf, sabar, wara', tawadhu', pemalu, pemurah, kuat beramal dan berkhalwat. Dianggap sebagai seorang wali Allah dan doanya makbul. Beliau suka menolong orang yang dalam kesusuhan. Memandang makhluk-makhluk lain dengan penuh timbang rasa dan kasih sayang. Semenjak menuntut ilmu di Makkah dan di Mesir lagi telah terzahir kelebihan-kelebihan wara', salih serta keramatnya. Sebagai seorang ulama' yang amat dihormati dikenali di Negeri Sembilan beliau sangat dikasihi Tuanku Mohammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (mangkat 1 Ogos 1933) dan amat disayangi Dato' Kelana Ma'mur (1889 -1945).

Karya Tulisnya:

Walaupun Syaikh Muhammad Said ada menghasilkan beberapa banyak karangan sendiri juga terjemahan, kebanyakannya belum dicetak dan sukar diperolehi. Antara yang sudah dapat dikesan adalah seperti berikut :

1. Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyat fi Qawaid al- Tariqat al-Shadhilliyah. Ia disebut juga Risalah al Fawa'id atau Rasail Jawiyyah. Selesai terjemah pada akhir Rabiulawal 1323 (3 Jum 1905). Membicararakankan keistimewaan Sidi Ahmad bin Idris dan cerita-eerita yang bersangkutan dengan ajarannya, termasuk cara beramal dan pelbagai faedah lainnya. Tercap di tepinya al-Ahzab al-Irfaniyyah.

2. al-Ahzab al-Irfaniyyat Wa al-Awarad al-Nuraniyyah. Siap ditulis di bandar Singapura pada 15 Rabiulawal 1323 (3 Jun 1905). Bemkuran 18 1/2 tak 14 sentimeter dan tebalnya 200 muka. Mengandungi himpunan doa dan hizb.

3. Kashfal-Ghiba an Haqiqal al-Riba.

4. Sullam al-Ta'rif ila ‘Ilm al-Tasrif(ilmu sarf).

5. Risalah Farb (juga mengenai ilmu sarf).

6. al-Kashf wa al-Tanfis an Ashab Sidi Ahmad bin Idris.

7. Makalah Kaifiat mengerjakan Tarawih yang 10 rakaat.

8. Perjalanan mendirikan Jumaat.

9. Wazifah-wazifah bagi orang salik pada permulaan suluknya.

10. Manuskrip syair Arab tanpa tajuk, sepanjang 142 baris yang ditulisnya di Tanah Melayu. Mengupas tentang kesesatan Kaum Wahabi dan kekarutan mereka.

Meninggal Dunia :

Ajalnya tiba pada malam Ahad, 12 Rabiulawal l345 bersamaan 18/19 September 1926, ketika berusia 53 tahun (Hijriyah). Lebih 5000 orang mengiringi jenazahnya, termasuk Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ampangan., iaitu sebuah kawasan berbukit di bandar Seremban.
Beliau meninggalkan seorang ibu, seorang saudara perempuan kandung, seorang anak saudara dan beribu-ribu orang murid yang bertebaran di seluruh Semenanjung.
Sebagai mengenangkan jasa baktinya maka Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan (ditubuh 1959) yang mulai 1977 diambil alih pentadbirannya oleb Kementerian Pendidikan dilambangkanan sempenan namanya : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.

Dipanjangkan oleh,

(DATO' MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD)
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
14hb. Zulhijjah, 1419/lhb. April, 1999.

(Tamat)

Sumber: Dari simpanan peribadi Dato Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad.

Sunday, April 5, 2009

Selamat bertugas DS Najib & Welcome to UMNO Tun Mahathir.


Saya ingin mengucapkan berbanyak tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana perlantikannya sebagai PM MAlaysia ke-6 Jumaat lepas. Saya berharap segala janji-janji serta usaha untuk Penjenamaan Semula Politik Malaysia serta segala pembaharuan UMNO akan berjalan dengan jayanya. Saya akan terus berusaha untuk mendukung PM kita ini dia mentaati Allah dan Rasul dan marilah kita sebagai rakyat Malaysia berganding bahu dalam semua aspek ekonomi, pelajaran, politik dan lain-lain lagi demi menaikkan martabat negara tercinta ini ke seantero dunia.

Selamat kembali juga kepada Tun Mahathir yang telah menerahkan kembali borang keahlian UMNO kpd DS Najib semalam. Semoga keberadaan Tun didalam UMNO dapat mengembalikan imej serta keekuatan baru dalam politik Malaysia. Tun juga telah menyatakan bahawa dia akan turut serta dalam kempen di Bukit Selambau dan memastikan BN utk menang dlm pilihanraya kali ini.


Kepada Pak Lah pula.. Selamat bersara saya ucapkan, jasa anda sebagai PM tidak akan kami lupai walaupun tidak sumbangan besar dalam pembangunan negara kerana tidak sempat melaksanakannya. Dasar keterbukaan, serta Prinsip Islam Hadhari hasil cetusan Paklah amat penting dalam membentuk Modal Insan rakyat Malaysia. Saya rasakan bahawa eloklah kita nobatkan Pak Lah sebagai Bapa Modal Insan.

Sebelum mengundur diri dan menutup kalam tinta maya ini, harapan saya sebagai seorang anak muda MAlaysia ialah supaya MAlaysia akan terus aman makmur dan jauh dari segala sengketa. Kepada para Poliitikus baik dari pos kerajaan mahupun pembangkang, jauhilah sifat melampau-lampau, ingatlah pesan Baginda Junjungan bahawa sifat melampau-lampau dalam sengketa adalah salah satu ciri-ciri munafik. mahukah kita termasuk dalam golongan ini? Na'uzubillahi min dzalik..
Apa yang saya harapkan ialah kita tidak kembali lagi kepada krisis politik 2008 yang amat memalukan, sudahlah ekonominya tak berapa stabil ditokok pula dgn politik yang linkup. Kalau ini berterusan jawapannya= Malaysia 2020 pun entah kemana....

Fikir-fikirkanlah

Inilah yang kita mahukan, biar ideologi politik berbeza, masih dapat duduk bersama...

Monday, March 30, 2009

Manaqib Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki




Sayyid Prof. Dr. Muhammad ibn Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas ibn Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki al-Asy’ari asy-Syadzili lahir di Makkah pada tahun 1365 H. Pendidikan pertamanya adalah Madrasah Al-Falah, Makkah, dimana ayah beliau Sayyid Alawi bin Abbas al Maliki sebagai guru agama di sekolah tersebut yang juga merangkap sebagai pengajar di halaqah di Haram Makki. Beliau juga belajar kepada ulama-ulama Makkah terkemuka lainnya, seperti Sayyid Amin Kutbi, Hassan Masshat, Muhammad Nur Sayf, Sa’id Yamani, dan lain-lain. Sayyid Muhammad memperoleh gelar Ph.D-nya dalam Studi Hadits dengan penghargaan tertinggi dari Jami’ al-Azhar di Mesir, pada saat baru berusia dua puluh lima tahun.

Beliau kemudian melakukan perjalanan dalam rangka mengejar studi Hadits ke Afrika Utara, Timur Tengah, Turki, Yaman, dan juga anak benua Indo-Pakistan, dan memperoleh sertifikasi mengajar (ijazah) dan sanad dari Imam Habib Ahmad Mashhur al Haddad, Syaikh Hasanayn Makhluf, Ghumari bersaudara dari Marokko, Syekh Dya’uddin Qadiri di Madinah, Maulana Zakariyya Kandihlawi, dan banyak lainnya. Sayyid Muhammmad merupakan pendidik Ahlus Sunnah wal Jama’ah, seorang ‘alim kontemporer dalam ilmu hadits, ‘alim mufassir (penafsir) Qur’an, Fiqh, doktrin (‘aqidah), tasawwuf, dan biografi Nabawi (sirah). Sayyid Muhammad al-Makki merupakan seorang ‘aliim yang mewarisi pekerjaan dakwah ayahanda, membina para santri dari berbagai daerah dan negara di dunia Islam di Makkah al-Mukarromah.

Ayahanda beliau adalah salah satu guru dari ulama-ulama sepuh di Indonesia, seperti Hadratus Syaikh K.H. Hasyim Asy’ari, KH. Abdullah Faqih Langitan, KH. Maimun Zubair dan lain-lain. Dalam meneruskan perjuangan ayahandanya, Sayyid Muhammad sebelumnya mendapatkan sedikit kesulitan karena beliau merasa belum siap untuk menjadi pengganti ayahnya. Maka langkah pertama yang diambil adalah melanjutkan studi dan ta’limnya terlebih dahulu. Beliau berangkat ke Kairo dan Universitas al-Azhar Assyarif merupakan pilihannya. Setelah meraih S1, S2 dan S3 dalam fak Hadith dan Ushuluddin beliau kembali ke Makkah untuk melanjutkan perjalanan yang telah di tempuh sang ayah.

Disamping mengajar di Masjidil Haram di halaqah, beliau diangkat sebagai dosen di Universitas King Abdul Aziz- Jeddah dan Univesitas Ummul Qura Makkah bagian ilmu Hadith dan Usuluddin. Cukup lama beliau menjalankan tugasnya sebagai dosen di dua Universitas tsb, sampai beliau memutuskan mengundurkan diri dan memilih mengajar di Masjidil Haram sambil membuka majlis ta’lim dan pondok di rumah beliau. Adapun pelajaran yang di berikan baik di masjidil haram atau di rumah tidak bertumpu pada ilmu tertentu seperti di Universitas, akan tetapi semua pelajaran yang diberikannya bisa di terima semua masyarakat baik masyarakat awam atau terpelajar, semua bisa menerima dan mencicipi apa yang diberikan Sayyid Muhammad Maka dari itu beliau selalu menitik beratkan untuk membuat rumah yang lebih besar dan bisa menampung lebih dari 500 murid per hari yang biasa dilakukan selepas sholat Maghrib sampai Isya di rumahnya di Hay al Rashifah.

Begitu pula setiap bulan Ramadan dan hari raya, beliau selalu menerima semua tamu dan muridnya dengan tangan terbuka tanpa memilih golongan atau derajat. Semua di sisinya sama tamu-tamu dan murid murid, semua mendapat penghargaan yang sama dan semua mencicipi ilmu bersama. Dari rumah beliau telah keluar ulama-ulama yang membawa panji Rasulallah ke suluruh pelosok permukaan bumi. Di Indonesia, India, Pakistan, Afrika, Eropa, Amerika, apa lagi di Asia yang merupakan sebagai orbit dakwah Sayyid Muhammad al Maliki, ribuan murid murid beliau yang bukan hanya menjadi kyai dan ulama akan tetapi tidak sedikit yang masuk ke dalam pemerintahan. Di samping pengajian dan taklim yang rutin di lakukan setiap hari, beliau juga mengasuh pondok yang jumlah santrinya tidak sedikit, semua berdatangan dari penjuru dunia, belajar, makan, dan minum tanpa di pungut biaya sepeser pun bahkan beliau memberikan beasiswa kepada para santri sebagai uang saku. Setelah beberapa tahun belajar, para santri dipulangkan ke negara-negara mereka untuk menyiarkan agama. Sayyid Muhammad al Maliki dikenal sebagai guru, pengajar dan pendidik yang tidak beraliran keras, tidak berlebih- lebihan, dan selalu menerima hiwar dengan hikmah dan mauidhah hasanah. Beliau ingin mengangkat derajat dan martabat Muslimin menjadi manusia yang berperilaku, baik dalam muamalatnya kepada Allah dan kepada sesama, terhormat dalam perbuatan, tindakan serta pikiran dan perasaannya. Beliau adalah orang cerdas dan terpelajar, berani dan jujur serta adil dan cinta kasih terhadap sesama. Itulah ajaran utama Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki. Beliau selalu menerima dan menghargai pendapat orang dan menghormati orang yang tidak sealiran dengannya. Semua yang berlawanan diterima dengan sabar dan usaha menjawab dengan hikmah dan memecahkan sesuatu masalah dengan kenyataan dan dalil-dalil yang benar bukan dengan emosi dan pertikaian yang tidak bermutu dan berkesudahan. Sayyid Muhammad tahu persis bahwa kelemahan Islam terdapat pada pertikaian para ulamanya dan ini memang yang di inginkan musuh Islam. Sampai-sampai beliau menerima dengan rela digeser dari kedudukannya baik di Universitas dan ta’lim beliau di masjidil Haram.

Semua ini beliau terima dengan kesabaran dan keikhlasan bahkan beliau selalu menghormati orang orang yang tidak sependapat dan sealiran dengannya, semasih mereka memiliki pandangan khilaf yang bersumber dari al-Qur’an dan Sunah. Adapun ulama yang telah mendapat gemblengan dari Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki, mereka sangat pandai, di samping menguasai bahasa Arab, mereka juga menguasai ilmu-ilmu agama yang cukup untuk dijadikan pegangan dan referensi di negara-negara mereka. Pada akhir hayat beliau saat terjadi insiden teroris di Saudi Arabia, beliau mendapatkan undangan dari ketua umum Masjidil Haram Syekh sholeh bin Abdurahman Alhushen untuk mengikuti “Hiwar Fikri” di Makkah yang diadakan pada tg 5 sd 9 DhulQo’idah 1424 H dengan judul “Al-qhuluw wal I’tidal Ruya Manhajiyyah Syamilah”, di sana beliau mendapat kehormatan untuk mengeluarkan pendapatnya tentang thatarruf atau yang lebih poluler disebut ajaran yang beraliran fundamentalists atau extremist (keras).

Dan dari sana beliau telah meluncurkan sebuah buku yang sangat popular dikalangan masyarakat Saudi yang berjudul “Alqhuluw Dairah Fil Irhab Wa Ifsad Almujtama”. Dari situ, mulailah pandangan dan pemikiran beliau tentang da’wah selalu mendapat sambutan dan penghargaan masyarakat luas. Pada tg 11/11/1424 H, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja Amir Abdullah bin Abdul Aziz yang isinya beliau selalu menggaris-bawahi akan usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah. Di samping tugas beliau sebagai da’i, pengajar, pembibing, dosen, penceramah dan segala bentuk kegiatan yang bermanfaat bagi agama, beliau juga seorang pujangga besar dan penulis unggul. Tidak kurang dari 100 buku yang telah dikarangnya, semuanya beredar di seluruh dunia. Tidak sedikit dari kitab-kitab beliau yang beredar telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggris, Prancis, Urdu, Indonesia dll.

Mafahim Yujibu an-Tusahhah (Konsep-konsep yang perlu diluruskan) adalah salah satu kitab karya Sayyid Muhammad, red.) bersinar layaknya suatu kemilau mutiara. Inilah seorang manusia yang menantang rekan-rekan senegaranya, kaum Salafi-Wahhabi, dan membuktikan kesalahan doktrin-doktrin mereka dengan menggunakan sumber-sumber dalil mereka. Untuk keberanian intelektualnya ini, Sayyid Muhammad dikucilkan oleh ‘rumah Najd’ dan dituduh sebagai “seorang yang sesat”. Beliau pun dicekal dari kedudukannya sebagai pengajar di Haram (yaitu di Masjidil Haram, Makkah, red.). Kitab-kitab karya beliau dilarang, bahkan kedudukan beliau sebagai professor di Umm ul-Qura pun dicabut. Beliau ditangkap dan passport-nya ditahan. Namun, dalam menghadapi semua hal tersebut, Sayyid Muhammad sama sekali tidak menunjukkan kepahitan dan keluh kesah.

Beliau tak pernah menggunakan akal dan intelektualitasnya dalam amarah, melainkan menyalurkannya untuk memperkuat orang lain dengan ilmu (pengetahuan) dan tasawwuf. Saat kaum Salafi-Wahhabi mendiskreditkan beliau, beliau pun menulis lebih banyak buku dan mendirikan Zawiyyah beliau sendiri yang menjadi “United Nations” (Perserikatan Bangsa- Bangsa) dari para ‘Ulama. Akhirnya, protes dari dunia Muslim memaksa kaum Salafi-Wahhabi untuk menghentikan usaha mereka mem-peti es-kan sang ‘alim kontemporer’ yang paling terkenal dalam mazhab Maliki ini. Beberapa di antara mereka bahkan mulai mendukung beliau. Kedengkian mereka sebenarnya didorong oleh fakta bahwa Sayyid Muhammad al-Maliki jauh lebih unggul untuk dijadikan tandingan mereka. Dengan sendirian saja, beliau mengambil Islam Sunni dari klaim tangan-tangan Neo-Khawarij Salafi-Wahhabi dan menempatkannya kembali ke tangan mayoritas ummat ini. Melalui berbagai karya-karyanya yang menonjol, beliau menyuntikkan kepercayaan diri yang amat dibutuhkan dalam perdebatan saat kaum jahil yang mengandalkan ijtihad pribadi mulai meracuni pemikiran umat Islam. Beliau wafat hari jumat tgl 15 ramadhan 1425 H ( 2004 M) dan dimakamkan di pemakaman Al-Ma’la disamping makam istri Rasulallah Saw. Khadijah binti Khuailid Ra. dengan meninggalkan 6 putra, Ahmad, Abdullah, Alawi, Ali, al- Hasan dan al-Husen dan beberapa putri-putri yang tidak bisa disebut satu persatu disini. Dan yang menyaksikan pemakaman beliau hampir seluruh umat muslimin yang berada di Makkah pada saat itu termasuk para pejabat, ulama, para santri yang datang dari seluruh pelosok negeri, baik dari luar Makkah atau dari luar negeri.

Semuanya menyaksikan hari terakhir beliau sebelum disemayamkan, setelah disholatkan di Masjidil Haram ba’da sholat isya yang dihadiri oleh tidak kurang dari sejuta manusia. Begitu pula selama tiga hari tiga malam rumahnya terbuka bagi ribuan orang yang ingin mengucapkan belasungkawa dan melakukan `aza’. Dan di hari terakhir `Aza, wakil Raja Saudi, Amir Abdullah bin Abdul Aziz dan Amir Sultan datang ke rumah beliau untuk memberikan sambutan belasungkawa dan mengucapkan selamat tinggal kepada pemimpin agama yang tidak bisa dilupakan umat. Ketika jenazah Sayyid Muhammad Al Maliki hendak dishalatkan di Masjidil Haram, ribuan warga kota Mekkah bergantian menggusung jenazahnya. Dikabarkan toko-toko di sekitar Masjidil Haram yang dilewati jenazah mematikan lampu sebagai tanda dukacita. Kebesaran keluarga Al Maliki, bukan hanya di Indonesia, tapi juga di negara-negara Afrika, Mesir, dan Asia Tenggara. Jadi tidak heran dengan meninggalnya Sayyid Muhammad Al Maliki umat Islam telah kehilangan satu ulama yang telah mengoreskan tinta sejarah perjuangan menegakkan kalimat tauhid di muka bumi ini yang menjadi tauladan buat kita semua.

Sumber : http://www.almihrab.com/berita.php?opo=detail&kd_berita=120&head=Manaqib&menux=6

Saturday, March 14, 2009

“MUHAMMAD RASULULLAH SAW NABI AKHIR ZAMAN (1)”


“MUHAMMAD RASULULLAH SAW NABI AKHIR ZAMAN (1)”



Diriwayatkan d ari Ibn Mas`ud RA, Berkata Jabir kepada Nabi SAW : ”Wahai Baginda Nabi SAW, kabarkan kepada kami sesuatu sebelum terjadinya sesuatu, Berkata Nabi SAW : "Wahai Jabir, Ketahuilah sesuatu sebelum dijadikannya sesuatu, maka Allah SWT menjadikan cahaya aku dari cahaya Allah SWT, Maka dari cahaya itu Allah menjadikannya seluruh alam semesta beserta isinya”.



Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Maka bersabda Nabi SAW :”Aku yang pertama diciptakan dan aku yang terakhir dibangkitkan di alam dunia”.



Turunlah cahaya tersebut melalui terwujudnya Nabi Allah Adam AS sampai kepada para Anbiya dan Rasul yang menyambungkan keturunan dari Nabi Ismail AS, anak dari Nabi Ibrahim AS yang keturunannya menyampaikannya kepada Sayyid Abdillah, maka cahayanya terlihat pada Sayyid Abdillah dan beliaupun menikah dengan Siti Aminah, begitupun turun cahaya tersebut kepada Ibunda Nabi Muhammad SAW, maka beliaupun mengandung Nabi Muhammad SAW dengan kasih sayang Allah SWT.



Sebelum detik-detik kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada kejadian besar sehingga tahun itu dinamakan Tahun Gajah dikarenakan Raja Abraha ingin menyerang Ka`bah dengan tentara gajah, tetapi kuasa Allah SWT Yang Maha Agung tidak diizinkannya tentara tersebut memasuki Kota Mekkah yang akhirnya Allah SWT mengirim balik tentara tersebut dengan tentara burung ababil dan telah jelas dikabarkan di dalam surat AL-Fiil yang menewaskan semua tentara bergajah bagaikan daun di makan ulat, begitulah penjagaan Allah SWT sebelum dilahirkan Nabi Muhammad SAW.

Tepat matahari pagi bersinar di bulan Rabiul Awwal pada tanggal 12 hari Senin, terwujudlah sosok yang mulia, anak yatim yang akan menggetarkan dunia, yang dikala ingin dilahirkan Allah mengirim dua suster atau bidan yang bernama Sayyidatina Mariyam dan Sayyidatina Assiyah yang untuk melayani kelahiran Nabi Muhammad SAW, maka terbukalah pintu-pintu surga dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta turunlah milyaran bidadari dan malaikat yang bertahlil, bertahmid dan bertasbih kepada Allah SWT karena bersyukur atas lahirnya Nabi Muhammad SAW. Maka bergetarlah kerajaan Allah SWT seraya suaranya Yang Maha Mulia untuk memuliakan Kekasih-Nya, maka lahirlah Beliau SAW yang bukan lahir dari kemaluan Ibunya dan tanpa setetes darahpun dan telah dikhitan, begitu pula matanya bagaikan dipakaikan sifat dan beliau dalam keadaan bersujud. Bergembiralah ahli dunia, padang pasir yang tandus berubah menjadi hijau dan berlipat-lipat buah-buahan , air dan makanan yang sebelumnya belum pernah terjadi di kota itu dan padamlah api majusi yang disembah oleh orang-orang durhaka selama ribuan tahun menandakan telah lahirnya Baginda Al-Musthofa Muhammad SAW.



Didalam satu syair yang menjelaskan tentang kepribadian Rasulullah SAW :



Allah sempurnakan kanjeng Nabi Tubuh dan ilmu serta perangai

Tak ada tubuh ilmu perangai Terlebih sempurna dari Nabi



Tubuh Nabi terbaik dengarlah Putih dan bersih bercampur merah

Wajahnya cantik tingginya sedang Mulutnya manis di pandang orang



Giginya rata putih bersinar Bagai mutiara sungguhlah benar

Lidahnya pasih terang dan nyata Kata-katanya bagai permata



Matanya terang sungguh umpama Mamakai sifat selama-lama

Alisnya terang jika di sifat Umpama bulan pertama tepat



Jidatnya bercahaya-cahaya luas Sebagai bulan malam empat belas

Jenggotnya tebal hitam rupanya Tubuhnya sangat harum baunya



Jika dilihat pertama kali Terasa seram haibah sekali

Tapi jika terus di ikuti Terasa cinta di dalam hati



Tangannya lemas di kata orang Sebagai bunga jika dipandang

Jika memegang tubuh seorang Tercium bau bukan kepalang



Sehingga dapat diketahui Orang tersebut di sentuh Nabi

Rambutnya ikal bukan keriting Kata-katanya wahyu dan penting



Cahayanya Nabi terang sekali Dan terlebih dari matahari

Maka tak terlihat bayangan Dicahayanya matahari dan bulan



Hati Nabi pun sepanjang umur Tak ngantuk meskipun mata tidur

Dan pula Nabi tak pernah mimpi Dan tak menguap sama sekali



Dan tubuh Nabi tak dihinggapi Nyamuk lalat karena harum suci

Jika berjalan enteng badannya Duduk dimajlis tinggi pundaknya



Dan sangat halus sebagai kapas Jalan di pasir tidak berbekas

Tatapi jika jalan di batu Terlihat bekas sudah lah tentu



Dan sungguh Nabi jika di pandang Umpama matahari yang terang

Maka dari jauh sungguh nyata Tampaknya kecil dipandang orang



Allah jadikan Nabi terlepas Dari apapun yang kurang pantas

Seakan-akan Nabi yang suci Dijadikan sekehendak Nabi



Ilmu Nabi luas sekali Tak seorang yang mengatasi

Karena diberi ilmu awwalin Demikianlah ilmu akhirin



Adalah Nabi sangat pemalu Bagaikan gadis zaman dahulu

(dipetik dari nurulmusthofa.org, seliaan Al-HAbib Hassan bin Ja'far As-Segaf)

Monday, March 9, 2009

Hukum Merayakan Mawlid An-Nabi (SAW)

Sebagai seorang yang jahil dari segi ilmu, ingin saya petik suatu fatwa mengenai sambutan Mawlid yg dinyatakan oleh seorang ulama' fiqh terkemuka dunia, Syeikh Yusuf Qaradawi. Saya berharap dapatlah kita sama2 mengerti sama2 apakah tujuan serta hukum sebenar masalah furu' ini.



Shaykh Qardawi Approves of Celebrating Mawlid

"Actually, celebrating the Prophet's birthday means celebrating the birth of Islam..."

-- Shaykh Yusuf Al-Qardawi

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, likely the most renowned Salafi scholar of the 20th century, in replying to the question on whether Mawlid should be celebrated replied:

We all know that the Companions of the Prophet, peace and blessings be upon him, did not celebrate the Prophet's birthday, Hijrah or the Battle of Badr, because they witnessed such events during the lifetime of the Prophet who always remained in their hearts and minds.

Sa`d Ibn Abi Waqqaas said that they were keen on telling their children the stories of the Prophet's battles just as they were keen on teaching them the Qur'an. Therefore, they used to remind their children of what happened during the Prophet's lifetime so they did not need to hold such celebrations. However, the following generations began to forget such a glorious history and its significance. So such celebrations were held as a means of reviving great events and the values that we can learn from them.

p Unfortunately, such celebrations include some innovations when they should actually be made to remind people of the Prophet's life and his call. Actually, celebrating the Prophet's birthday means celebrating the birth of Islam. Such an occasion is meant to remind people of how the Prophet lived.

Allah Almighty says: "Verily in the Messenger of Allah ye have a good example for him who looketh unto Allah and the last Day, and remembereth Allah much." (Al-Ahzab: 21)

By celebrating the Prophet's Hijrah, we should teach them values such as sacrifice, the sacrifice of the Companions, the sacrifice of `Ali who slept in the Prophet's place on the night of the Hijrah, the sacrifice of Asmaa' as she ascended the Mountain of Thawr. We should teach them to plan the way the Prophet planned for his Hijrah, and how to trust in Allah as the Prophet did when Abu Bakr told him: "We could be seen so easily, the Prophet replied saying: "O Abu Bakr! What do you think of two when Allah is their third?" "Have no fear, for Allah is with us." (At-Tawbah: 40)

We need all these lessons and such celebrations are a revival of these lessons and values. I think that these celebrations, if done in the proper way, will serve a great purpose, getting Muslims closer to the teachings of Islam and to the Prophet's Sunnah and life.

As for celebrating `Ashooraa', the Prophet, peace and blessings be upon him, celebrated this day by fasting only. He asked the Jews why they fasted on that day and they told him that it was the day that Allah saved Moses and the people of Israel. The Prophet replied saying: "We have more of a right to Moses than you." So he fasted on that day and ordered the people to fast on that day. He also said near the end of his life: "By Allah, if I lived longer I would fast on the 9th of Muharram." That is, that he would fast on the 9th and the 10th in order to be different from the Jews who fast on the 10th only. However, some of the Sunnis celebrate `Ashura as if it were a feast. The Shi`ah consider it a day of sadness and mourning, but all such things are innovations and are completely un-Islamic.

As for the second part of the question [what is exact birth date of the Prophet (s)], the exact date of the Prophet's birth is disputed , but it is most likely to be on Monday, 9th Rabee`Al-Awwal (20th or 22nd of April, 571 AC), the same year in which the invasion of the Elephants took place against the Ka`bah. And he, peace and blessings be upon him, passed away on Monday 12, Rabee` Al-Awwal in the eleventh year of Hijrah (8 June 632 AC.)

Allah Almighty knows best.

[Source: Mufti Islam Online Fatwa Committee Date: Date 19/Apr/2001: Fatwa ID: 34150]
May Allah bless Shaykh Al-Qardawi for asserting the truth!

Mari bermarhaban, berzanji rawi...

Ibn Qayyim on the Singing and Recitation of Poetry

`Allama Ibn Qayyim al-Jawziyya wrote in his book "Madarij as- Salikin," Vol. 1:
"the Prophet (s) also gave permission to sing in wedding celebrations, and allowed poetry to be recited to him. He heard Anas (r) and the Companions praising him and reciting poems while digging before the famous battle of the Trench (Khandaq) as they said: "We are the ones who gave bay'ah to Muhammad for jihad as long as we are living."

Ibn Qayyim also mentions `Abdullah ibn Rawaha's long poem praising the Prophet (s) as the latter entered Mecca, after which, the Prophet (s) prayed for him. He prayed that Allah support Hassan, another poet, with the Holy Spirit as long as he would support the Prophet (s) with his poetry. Similarly the Prophet (s) rewarded Ka'b ibn Zubayr's poem of praise with a robe. Ibn Qayyim continues, "`A'isha always recited poems praising him and he was happy with her."

Bacaan Marhaban




Mawlid Barzanji

Salam Mawlid Asy-Syariful Anaam, Muhammad Al-Mustafa

Tanggal 12 Rabi'ul Awal, tarikh keramat kelahiran seorang pembawa rahmat ke seluruh alam. Telah terpadamnya api sembahan majusi & bergegarnya istana kisra parsi
Marilah kita bersama memanjatkan kesyukuran dihari kelahiran Nabi SAW dan meneladani segala perwatakan dan jadikanlah beliau sebagai contoh ikutan dlm kehidupan.

Attirillahumma qabrahul karim,
bi'arfin syaziyin salatan wa taslim,
Allahumma Salli wa sallim wabarik alaih wa ala alih.

Saturday, February 21, 2009

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah s.a.w

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah s.a.w
Dipetik dari blog: amier5599.wordpress.com



Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)

Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita

Saturday, February 14, 2009

Ulang tahun Revolusi Islam Iran ke-30

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin, wassholatu wassalamu 'ala Rasulillahil Anaam, Syafi'una wa qudwatana.. Nashrumminallahi wa Nabiyyur Rahmatan lil 'alamiin wa 'ala Alihit-Thohiriin wa Ashabi Rasulillahi ajmain.

Ammaba'du

Bersyukur kepada Allah, yang telah mengurniakan kita segala kemudahan dan kesenangan. Semoga kita tetap diberi petunjuk dan hidayah untuk menuju ke jalan-Nya yang diredhai. Dalam pada krisis politik yang diharungi di Malaysia kini khususnya di Perak, saudara jauh kita pula sedang menyambut Hari Ulang Tahun Revolusi Islam di Iran. Rasanya, belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada mereka semua.

Sambutan ini adalah dalam rangka mengucapkan kesyukuran tertubuhnya Kerajaan Islam bermazhab Syiah di Iran yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeinei. Dengan tertubuhnya kerajaan ini, tumbanglah Rejim Syah Iran yang terkenal dengan menggunakan konsep realpolitik serta bersekongkol dengan Proksi Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Israel. Tidak tahan dengan kerenah Syah yang gilakan kuasa, rakyat Iran bangkit bersama-sama dengan pemimpin agama yang mereka sayangi, Ayatollah Khomeinei.

Pada tanggal 1 Februari 1979, bermulalah kerajaan baru dengan konsep "Wilayatul Fakih" dan Ayatolllah Khomeinei sebagai Rahbar(Pemimpin Tertinggi)nya.

Dengan ini, saya dengan besar hatinya bergembira bersama anda dengan tertubuhnya Republik Islam Iran. Atas dasar Ikatan Persaudaraan Islam, marilah kita bersatu hati dan tinggalkanlah segala pegangan melampau demi memartabatkan kembali Syiar Islam. Takbir!!!!!

Waminallahit taufiq wal hidayah, Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Foto-foto sampingan :


Barisan Pengawal Revolusi Islam Iran


Imam Khomeinei digambarkan sebagai penyelamat rakyat Iran daripada cengkaman Amerika dan Zionis yang bertopengkan Syah Iran


Ahmedinejad, Presiden Iran terkini.