Friday, January 16, 2009

LIHATLAH DUNIA!!!



Apa yang kita tahu sekarang ini ialah telah masuk hari yg ke-22 pencerobohan Israel Laknatullah ke atas Gaza. Jika kita lihat Amerika Syarikat tetap dgn pendiriannya, "Hak Israel untuk mempertahankan diri". Satu logik yang bodoh.
segala pertuduhan dibuat untuk membenarkan segala perlakuan mereka. Amerika yang awalnya mahu menyokong resolusi PBB tentang kekejaman Israel, mendadak menyokong kembali kezaliman algojo yang tidak berkemaluan (baca:Israel). Setelah didedahkan, rupa-rupanya teori Amerika dikawal Yahudi Zionis ternyata benar. Bush mengaku yang Ehud Olmert menelefonnya kemudian menyuruh Bush mengambil sikap berkecuali dalam Penyokongan Resolusi Gaza. Satu lagi fakta lain, untuk memenangi jawatan Presiden Amerika, calon mestilah melobi dengan Persatuan Yahudi Zionis dan menyokong serta berjanji untuk mendukung segala tindak-tanduk mereka. Pada hemat saya, perlantikan Obama sebagai Presiden baru Amerika tidak akan membawa apa-apa perubahan pada rakyat Palestin kerana dasar luar mereka tidak akan memungkinkan itu berlaku. Bahkan Presiden-Presiden yang mendatang pun tidak ada gunanya.

PEMIMPIN-PEMIMPIN ARAB, SINGA ATAU KELDAI?




Inikah dia pemimpin Arab yang kita harapkan? Seorang taukeh besar minyak dunia, seorang lagi "Tuan Presiden Terhormat" Palestin. Tahukah anda, kedua-dua mereka ini mempunyai hubungan erat dengan Amerika? Hai penjaga Dua Tanah Suci, sedarlah!!!
Perlakuanmu memboikot persidangan Negara-Negara Arab kelmarin membuatkan Gaza terus bermandi darah. Sedarlah kami semua memerlukan sentuhan kuasamu wahai Raja Abdullah. Apa yang negara-negara Islam harapkan adalah Arab Saudi menjadi peneraju kepada memboikot segala hubungan dengan Amerika, sekat penjualan minyak kepada proksi kejahatan dunia itu, halau mereka dari seluruh Tanah Arab.
Saya memuji tindakan Presiden Venezuela & Cuba untuk memutuskan hubungan mereka dengan Israel. Tindakan mereka ini tamapak lebih Islamik dari Penjaga Dua Tanah Suci!!!
Saya juga menyokong penuh dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang tetap lantang menyuarakan bantahan serta sedia untuk bersatu demi Umat Islam sejagat.

Inilah dia sosok pemimpin Islam yang dinanti-natikan. Tidakkah Pemimpin Arab melihat semua ini. Ketepikanlah pegangan politik anda, ketepikanlah persengketaan mazhab, bersatulah untuk menyelamatkan dunia Islam.

LAGU PENYATUAN UMMAH

Akhir sekali, cubalah kita hayati lagu ini


2 comments:

  1. sadarlah engkau hai Sang Penjaga Dua Tanah Suci
    janganlah engkau menjadi budak dan boneka amerika
    engkau adalah Penjaga Dua Tanah Suci
    Sucikanlah tanah itu dari manusia-manusia terlaknat

    ReplyDelete
  2. manusia sering terleka, dgn harta lebih-lebih lagi

    Aslahallahu umural muslimin, sharafallah syarral mu'zin
    rabbana wa takabbal du'a

    ReplyDelete