Sunday, April 5, 2009

Selamat bertugas DS Najib & Welcome to UMNO Tun Mahathir.


Saya ingin mengucapkan berbanyak tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana perlantikannya sebagai PM MAlaysia ke-6 Jumaat lepas. Saya berharap segala janji-janji serta usaha untuk Penjenamaan Semula Politik Malaysia serta segala pembaharuan UMNO akan berjalan dengan jayanya. Saya akan terus berusaha untuk mendukung PM kita ini dia mentaati Allah dan Rasul dan marilah kita sebagai rakyat Malaysia berganding bahu dalam semua aspek ekonomi, pelajaran, politik dan lain-lain lagi demi menaikkan martabat negara tercinta ini ke seantero dunia.

Selamat kembali juga kepada Tun Mahathir yang telah menerahkan kembali borang keahlian UMNO kpd DS Najib semalam. Semoga keberadaan Tun didalam UMNO dapat mengembalikan imej serta keekuatan baru dalam politik Malaysia. Tun juga telah menyatakan bahawa dia akan turut serta dalam kempen di Bukit Selambau dan memastikan BN utk menang dlm pilihanraya kali ini.


Kepada Pak Lah pula.. Selamat bersara saya ucapkan, jasa anda sebagai PM tidak akan kami lupai walaupun tidak sumbangan besar dalam pembangunan negara kerana tidak sempat melaksanakannya. Dasar keterbukaan, serta Prinsip Islam Hadhari hasil cetusan Paklah amat penting dalam membentuk Modal Insan rakyat Malaysia. Saya rasakan bahawa eloklah kita nobatkan Pak Lah sebagai Bapa Modal Insan.

Sebelum mengundur diri dan menutup kalam tinta maya ini, harapan saya sebagai seorang anak muda MAlaysia ialah supaya MAlaysia akan terus aman makmur dan jauh dari segala sengketa. Kepada para Poliitikus baik dari pos kerajaan mahupun pembangkang, jauhilah sifat melampau-lampau, ingatlah pesan Baginda Junjungan bahawa sifat melampau-lampau dalam sengketa adalah salah satu ciri-ciri munafik. mahukah kita termasuk dalam golongan ini? Na'uzubillahi min dzalik..
Apa yang saya harapkan ialah kita tidak kembali lagi kepada krisis politik 2008 yang amat memalukan, sudahlah ekonominya tak berapa stabil ditokok pula dgn politik yang linkup. Kalau ini berterusan jawapannya= Malaysia 2020 pun entah kemana....

Fikir-fikirkanlah

Inilah yang kita mahukan, biar ideologi politik berbeza, masih dapat duduk bersama...

1 comment: