Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Hari Ibu buat semua kaum ibu tidak kira dimana sahaja anda berada anda berada. Jasa ibu tidak bertepi, dari dahulu hingga kini.
Wahai ibu engkaulah wali, doamu dikabul Rabbul Izzati.
Duhai ibu penawar duka, tak kira pangkat, tempat dan juga masa.
Engkau ibu sepanjang zaman, insan pilihan disayang Tuhan.
Engkau ibu dijunjung agama, disebut Rasul, Nabi dan Quran.

Oleh itu, marilah kita semua tidak kira tua dan muda walau berbeza agama serta kedudukan, ucapkanlah Selamat Hari Ibu kepada ibu yang tercinta. Adalah amat malang bagi umat masa kini yang makin hilang kewarasan serta kesedaran, mengherdik ibu masing-masing. Teringat pula saya akan Hadith Rasulullah yang bermaksud "salah satu tanda akhir zaman ialah apabila para ibu melahirkan tuannya sendiri". Benarlah sabda Rasul jika dilihat dalam konteks masa kini.

Apakan tidaknya, ibunya diperlakukan seperti orang kelas bawahan. Diherdik, dihamun, disepak terajang oleh binatang yang bertopengkan insan. Ingatlah wahai insan, Allah melarang kita untuk berbicara dengan ibu dengan kasar walaupun berkata "uhh" atau "ahh!!". Tetapi lihatlah sekarang, ibu sendiri ditengking...
Saya ada lihat dipekan, seorang ibu menunggu sahaja anaknya yang sedang bermain "games" di pusat komputer. Wah, seperti itu sekali ibu dilayan! Anak bagaikan tuan besar yang membiarkan ibu seperti orang bodoh menunggu diluar pusat komputer.

Saya sendiri mengaku yang kadangkala perlakuan saya sendiri melukakan hati ibu. Oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan sesuatu sebaik mungkin untuk menyenangkan hati ibu lebih-lebih lagi pada hari ibu ini..

for all MOTHER!!!Prophet Muhammad said what for you:)
Holy Quran Lokman/14
And We have enjoined man in respect of his parents-- his mother bears him with faintings upon faintings and his weaning takes two years-- saying: Be grateful to Me and to both your parents; to Me is the eventual coming.

And your Lord has commanded that you shall not serve (any) but Him, and goodness to your parents. If either or both of them reach old age with you, say not to them (so much as) "Ugh" nor chide them, and speak to them a generous word.
HOLY QOR'AN ISRAA/23



Doa yang baik untuk diamalkan:

RABBIGH FIRLI WALI-WALIDAYYA, WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SAGHIRAA.

(Ya tuhan kami, ampunkanlah dosa ibu bapa kami dan kasihilah mereka, sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil)

ALLAHUMMA ANZILIRRAHMAH, WAL BARAKAH, WAL MAGHFIRAH, WASSALAMAH, WA SYAFAATAN NABIYUNA MUHAMMAD (S.A.W) KHUSUSAN ALAINA WA 'ALA AULADANA FID DUNYA WAL AKHIRAH
(Ya Allahu, turunkanlah rahmat,berkat, keampunan, dan keselamatan, serta syafaat Nabi kami, Muhammad SAW khusus keatas kami dan kedua orang tua kami di dunia dan akhirat)

Amin... Ya Rabbal Alamin..

Lagu My Mother_ karya Yusuf Islam

No comments:

Post a Comment