Tuesday, December 7, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Assalamu 'alaikum.... Salam Ma'al Hijrah
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..

Segala puji & puja kepada Allah tuhan pentadbir sekalian alam, pemilik segala Cahaya. Selawat & sesempurna  salam serta penghormatan ditujukan khas buat Nabi Besar kita Baginda Abal-Qasimi Muhammad, ahlil-bait, & sahabat-sahabat baginda seluruhnya.

Terasa lama sungguh tak mengemaskini laman blog bertuah ini, disebabkan kesibukan dan kerja-kerja yg 'bertebaran' pabila masuk sahaja semester 2 di pusat Matrikulasi yg amat saya "cintai" ini.
hahahahaha =D
Lagipun, baru-baru ini, keputusan Peperiksaan Semester Pusat Matrikulasi (PSPM) baru sahaja diumumkan. dan diumumkanlah result saya yg hanya sekadar cukup2 makan. Tapi itu semua tidak penting, kita semua perlu bersyukur, itulah hakikatnya dalam kehidupan, sikap penerimaan dalam segala ketentuan yang Maha Berkuasa.

Hari ini, telah tibalah kita semua dalam tahun baru 1432 hijriyah. Masuklah kita kedalam bulan Muharram. Sesuatu yg signifikan bagi setiap orang yg telah masuk kedalam tahun yg baru, ingin menukarkan kembali persepsi kita dalam kehidupan. Kita akan memasang niat & azam yang baru, muhasabah diri. Apa yg perlu lagi diperbaiki dalam liku-liku memenuhi kehidupan didunia ini.
Insya Allah, dalam tahun baru ini, kita dapat sama-sama utk menggandakan usaha, menjazamkan tekad serta sebulat suara menuju kembali kearah tujuan yg sama, yakni..... Mardhatillah.... Menuju Ridha Allah.....
Point penting yg dapat saya pelajari dalam menuntut ilmu di Matrikulasi ini ialah "Nothings valuable when it comes easy". Ya!!!!! Sama bunyinya dgn peribahasa Melayu yang kita semua belajar dari sekolah rendah dulu... "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".Ini adalah fasa hijrah dalam penghidupan kita dimuka bumi Allah yang luas, bermula dari susah menuju kepada kesenangan.

Semua individu, tak kira berkedudukan atau tak, miskin atau kaya, tua bahkan muda sekalipun menghadapi kesukaran walaupun berbeza-beza dari segi pemahamannya. Baginda Muhammad SAW menghadapi kesukaran dalam berdakwah dikalangan kafir quraisy, maka turunlah perintah untuk berhijrah ke Yathrib sehingga terwujudlah Daulah Islamiyah di bumi Madinah al-Munawwarah.
Persoalannya, adakah semangat Hijrah itu masih ada dalam diri kita semua? Tidak mengapa, perlahan-lahanlah....... Saya pun begitu jua, kita semua memang perlukan masa...... Apa yg penting??? Keikhlasan kita untuk menuju hijrah itu sendiri. Selebihnya tugas Allah-lah yg menentukan.

 Harap-harap, tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga kita dilimpahkan dgn kesenangan utk menghadapi kesusahan ini... (lebih2 lagi di Matrikulasi... ;P huhuhu....)


Selamat Menyambut Tahun Baru Islam, 1432 hijriyah.....
Waminallahit-taufiq wal hidayah. Wassalam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, November 19, 2010

Korban oh Korban...

Bismillahi.. Salam.. =)

Hari ni kita buka satu cerita, cerita pasal korban. Saban tahun, kita akan menyambut 2 hari raya, Raya Eidul Fitri pada 1 Syawal & Raya Eidul Adha pada 10 Zulhijjah.

Kita tgk ramai org akan beraya sakan bila Eidul Fitri, tapi bila raya Eidul Adha, senyap je masjid... Tak lah pulak berlambak orang solat. Kata orang, ''raya haji JE (bak kata En. Mohd, ckgu Kemahiran Dinamika SEM1 =).... utk org yg dah pegi haji la.. org2 tue..." wakakakaka.... Apa lah punya konsep.
Sepatutnya, raya korban ni patut diambil pengajaran oleh semua org, especially org2 muda & tak terkecuali org tua.
Kenapa???

Konsep korban sentiasa berlegar dalam kehidupan seharian kita, terutamanya bagi org2 yg mengaku dirinya ber"ISLAM" & ber"IMAN". Kita mesti faham yg setiap sesuatu yg tinggi nilainya dan susah untuk digapai amat perlukan pengorbanan.

Cuba buka Al-Quran, Surah As-Saffat ayat 102-107. Kisah tentang bapa kita Nabi Ibrahim Khalilullah bersama  Nabi Ismail as. Baginda diberi tugasan yang amat berat sekali, MENYEMBELIH ANAK SENDIRI, yang mana Nabi Ismail merupakan satu-satunya anak Baginda sebelum lahirnya Nabi Ishak. Tatkala nak menyembelih anak, Allah pun berfirman yg Dia hanya memberikan cubaan buat Ibrahim & ahli keluarganya serta Allah telah pun menerima korbannya. Maka diberikanlah penghormatan buat Nabi Ibrahim serta ahli keluarganya sehingga keturunan itu lahirlah Nabi Junjungan kita SAW.

Kisah tu mungkin dah biasa didengar org, tapi apa pula signifikannya dalam hidup kita??? Hidup aku terutamanya???

Apabila difikirkan balik, terlalu banyak ujian yg Allah bagi. Kadang2 diri ni terfikir nak menyerah sahaja. Betul, itulah yang aku selalu fikir. Tapi, aku masih ingat lagi dgn nasihat sahabat2 yg amat aku sayang selepas Allah, Rasul serta ahli keluargaku. KAU HEBAT, BLEH PUNYA.....AKU TAU KO BLEH.....=)
Terima kasih buat semua ibu yg sentiasa mendoakan aku.
Terima kasih juga buat sahabat yg sentiasa bagi semangat kat aku, tak keterlaluan juga kalau aku umpamakan semuanya spt. Nabi Ismail yg sentiasa mendorong ayahnya utk melaksana perintah korban tu.

Memang benar, aku & sahabat2 sedang menempuh jalan ini, JALAN PENGORBANAN. Serius, sebelum masuk Matrikulasi, aku tak pernah pun nak berkorban masa utk nak siapkan kerja Add Max, apa tak nya.. kalau tak tahu jawab..... Tutup buku terus tidur.... hahahahaha
Tapi kat Matrik cubalah buat macam tu, nak kena terajang dgn lecturer la jawabnya. Bersengkang matalah jawabnya. =P....Tgk tu, menuntut ilmu juga suatu pengorbanan, yg bukan semua org boleh laksanakan melainkan dia adalah seorang PELAJAR/MAHASISWA/PENUNTUT....apa2 saja lah gelarannya.

Kena korbankan masa, senang-lenang tgk tv, jalan2 dgn kawan2..... Macam2 lagi lah.... Ni sekarang bdk2 UITM dah start cuti.... best betul!!!  Dapat ke tak nak join dgn dia org semua? Wallahu a'lam.... Kalau ada rezeki adalah... Kalau tak, mungkin ada masa yang lain. Yang penting aku tak lupakan semua org....

Semoga segala yang kita lakukan ini diterima disisi Allah dan Rasulnya sebagai pengganti binatang korban yg  tak mampu utk kami mendapatkannya... InsyaAllah....

 Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya (Al-Hajj; 37)

Ya Allah jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa bersabar dalam segala ujian,
Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat
&
Sentiasa tunduk merendahkan hati serta tawadhuk dalam setiap tempat dan keadaan,
Amin.

         Waminallihitt-taufiq... Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha & hari2 Tasyrik..... Wassalam =)


Monday, November 1, 2010

Sejarah.... Ilmu Kemanusiaan yang Kian dilupakan

Bismillahi Taala...


Situasi biasa masa kita di sekolah menengah dulu, Betul tak???
"Sejarah??? Boringnye, malas la nak bace citer pnjg2 cmni!!!''
''Arrgghh!!! sejarah, bnyk nak baca, pi mampuslah" 
Itulah dia nilai sejarah, pada kita yang masih tertutup minda.

Kenal lagi tak dengan buku bertuah ni??? huhuhu

 Sejarah, suatu ilmu kemanusiaan yang amat penting dalam pembentukan jati diri suatu bangsa. Dengannya seseorang bisa sahaja mengenal siapakah diri kita sebenarnya, siapa pula pembela, & siapa pula petualang bangsa. Dengan sejarah jualah, kita dapat mengenal asal-usul, titik tolak permulaan terbinanya tamadun, zaman keemasan, hinggalah kepada kehancuran/kejatuhannya.

Tapi apa sudah jadi dgn anak-anak muda Malaysia sekarang ni. Habis semuanya dilupakan.. Dek terlalu mengejarkan apa yang dinamakan KEMAJUAN/KEMODENAN/PEMBAHARUAN, dan lain2 istilah yg sama makna dengannya.
Istilah-istilah yang saya sebutkan diatas adalah sesuatu yang amat dituntut, apatah lagi kita sekarang berada diera yang serba-serbi memerlukan penambahbaikan dari sisi akademiknya (terutama dalam bidang Sains & Teknologi), politiknya serta materialismenya (ekonomi, perindustrian & kewangan).

Sedarlah wahai anak-anak muda Malaysia, kemajuan teknologi yang dicapai, ekonomi yang kian mencambah keuntungannya, tidak akan membawa apa2 makna sekiranya sikap kecintaan kepada AGAMA, BANGSA & TANAH AIR hilang entah kemana.
Untuk apakah kekayaan, ilmu, pengaruh serta kedudukan dicari jika ianya lahir dari jiwa yang tidak lansung mengenal siapakah dirinya yang sebenar serta asal-usulnya.
Takut-takut nanti, kepandaian yang ada pada diri digunakan untuk merosakkan bangsa. Mahukah kita?????

Saya sendiri masih teringat, ketika menuntut di salah sebuah SBP yang terkenal di ibu negara, kedengaran kata-kata "buat apa kita nak blaja sejarah, sedangkan kita aim nak amik bidang kedoktoran ngan engineering, btul x??? Buang masa je blaja.."
Alahai, terkilan amatlah saya mendengarnya, anak Melayu kita kian lupa akan sejarah bangsanya. Dikatakan mempelajari sejarah adalah membuang masa, lebih menguntungkan jika belajar subjek sains yang sudah tentu mendatangkan pulangan dlm bentuk kerjaya bertaraf profesional.(Tahukah kita maksud sebenar profesional?)

Tetapi ingatlah
"Roh bagi maju mundurnya suatu bangsa adalah SEJARAHnya"
kerana
"sekiranya kita tidak mempelajari sejarah, kita diingatkan bahawa bangsa kita akan dihukum untuk mengulanginya. Bekalan sejarah bijak dapat kita bawakan melalui masa depan yang masih belum terpakaiyang masih boleh kita rebutkan untuk Malaysia, untuk sastera kita."
(Muhammad Haji Saleh, Sasterawan)

"Siapa yang tidak tahu akan sejarah pasti akan mengulanginya"
(Tun Mahathir Mohammad, Mantan PM)


mahukah kita dihukum sebegitu rupa, Mengulang.... Mengulang...... Mengulang kembali kesilapan yg dilakukan oleh org2 terdahulu..
Inilah dia kepentingan sejarah. 
Kalau ada yang mengatakan dalam Islam tak ada pun sejarah2 ni, yang ada cuma menuju kemajuan...
Lihatlah, Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, Surah Hud, ayat 120

''Dan kesemua kisah dari Rasul-Rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu, dan dalam surah ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran & peringatan bagi orang-orang yang beriman"
(Maha Benarlah kalimah-kalimah Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung)
Nah, tengoklah sendiri, Al-Quran terang-terang mengungkap tentang pentingnya kisah-kisah terdahulu (ie sejarah) dalam pembangunan ummah. Mengapa kita mahu menafikan lagi peranan sejarah dalam pembinaan karakter & jati diri bangsa???? Persoalan itu saya serahkan kepada anda untuk menjawabnya.. =)
Saya pasti, anda akan mendapatkan jawapan yang sama dgn yang saya fikirkan. InsyaAllah...

(akan bersambung...)
Wallahu a'lam, Waminallahit-taufiq wal hidayah... Wassalam

Tahukah anda asal-usul bangsa melayu???
Sejarah Melayu/Sulalatus-Salatin, darinyalah, bangsa asing mengenal ketamadunan Melayu, bkn dari kelapa sawit & getah2 yg ditanam. Fikir2kan lah. (Afala tatafakkarun??)









Wednesday, October 20, 2010

Siapa Bodoh...... Siapa Bijak?????

Bismillahi Taala....

 Salam.... Lama rasanya diri ni tak datang menjenguk2 blog nan bertuah ni.... Maklumlah, studi dkt Matrik ni, memang sibuk selalu....

Tapi, teragak pula nak menulis.... Idea pula tak kunjung tiba... dalam menyelusur kealam siber, melayari FB... terjumpa akan suatu kata2 yg amat baik sekali jika saya paparkan untuk dibuatkan pedoman. Supaya senanglah buat diri yang hina ini membuat cermin.... Siapa sebenarnya kita dihadapan Khaliq, adakah semulia2 manusia atau sehina2 kejadian????? Tak lupa juga, dengan siapakah kita berkawan, adakah kawan yg kita kagum dan dicanang sebagai pandai? Tahukah kita bezanya pandai dgn bijak pada pandangan para Arifbillah(org2 yg mahir dlm ilmu2 ketuhanan).

 Oleh itu, sama2 lah kita tatap sejenak, kata2 hikmah dari seorang 'alim yang masyhur pada zamannya,
 Syeikh Ibnu 'Atha'illah as-Sakandari, pengarang kitab Al-Hikam yg masyhur bagi pengkaji2 serta pencinta ilmu ketuhanan/kesufian.




" Dan sekiranya engkau berkawan dengan seorang yang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsu, itu lebih baik daripada berkawan dengan seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelar bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebut bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahwa semua amal perbuatanya hanya semata-mata untuk kerida'an Allah dan bersih dari dorongan hawa nafsu.

Sebaliknya apakah arti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatan.

Dalam sebuah hadist :
Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, karena itu hendaknya seseorang itu memperhatikan siapakah yang harus dikawaninya/ditemaninya.

Ahli syair berkata :
Siapa yang bergaul dengan orang yang baik, akan hidup mulyanya, dan yang bergaul dengan orang-orang yang rendah akhlaqnya, pasti tidak mulya."

               waminallahi-taufiq, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... =)

Wednesday, July 28, 2010

Lawatan Hormat.. =)

Bismihi Ta'ala..

Sejak sekian lama x berada di alam blog ni, buat julung kalinya hamba melakukan lawatan kerja n kunjungan hormat ke blog yg bertuah ini. Agaknya, dah hampir 3 bln tak usik2.... ntah2 dah naik selawah....hahahah.. Mana tak nya, tau2 dah dpt panggilan masuk PLKN, punya la geram!!!!
Tapi Allah lebih tau apa yang terbaik buat diri ini. Mula2 masuk je, dah dpt rasa dah aura yg amat menyakitkan hati.... Namun, lama2 hilang jgk, sbb dapat ramai kawan kat sana... Kebanyakannya berasal dari Malaysia Timur. =)

Apa yg dapat aku pelajari semasa berada di sini pertamanya ialah erti kesabaran. Mmg tak dpt dinafikan, jiwa ragaku terseksa disana... hahahaha... Elok2 tgh syok2 mandi n pakai sabun, tiba2 air nak bilas badan tak ada. ARRGGGGHHH!!!! angin satu badan dibuatnya. Nasib baiklah air tu muncul balik, kalau tak... Bau sabun Protex la aku sepanjang hari. =)
Lepas tu, hari-hari nak berkawad saja, nak pergi makan pun kawad, nak pergi solat subuh pun kawad, nak pergi kelas pun kawad.... NAK TIDO PUN KAWAD!!!!
Nasib baiklah nak pergi jamban tak payah kawad, kalau tak, mau saja aku terajang kem komandan tu....hahahaha... Hai... Mcm2 lagi lah.....

Lagi satu, dalam kem ni lah, aku dapat bergaul dgn pelbagai kaum.. Tak kira Cina, India, Iban, Kadazan, Bugis, Sungai dan mcm2 lagi lah.... Melayu apatah lagi. Malaysia mmg kaya dgn pelbagai budaya dan latar belakang. Aku bangga. Sekurang-kurangnya, aspirasi negara untuk melahirkan integrasi kaum dapat dilihat melalui pelbagai aktiviti dalam kem ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yg perlu diambil kira serta dibuat penambah-baikan.

Setelah sebulan berada di kem, aku dapat tahu yang aku terpilih masuk ke program Matrikulasi. Mulalah pening.... Tak pasti sama ada nak masuk atau tak. Lama juga untuk nak buat keputusan. Tak lama lepas tu, aku dapat tau yang aku ditawarkan program diploma uitm... Fuh... Lagi pening!!!
Akhirnya, setelah puas berdoa, minta pandangan kawan2 dan guru2... Here I am....















At KMNS!!!!!
Memang, itulah pilihan aku, walaupun mmg agak berat pada mulanya. Namun, Allah lebih mengetahui yang terbaik buat diriku.
Memang terasa susah belajar kat sini, terutamanya Chemistry.. hmm...
Tapi, aku akan cuba yg termampu... "Faiza azamta, fatawakkal 'alAllah".
Memang tak sangka, pejam celik.. pejam celik... dah 3 bln belajar kat Matrikulasi. Tinggal lagi 7-8 bulan saja lagi utk aku menapak di sini.
Sekarang sebenarnya, aku tengah bercuti... Cuti Mid-Sem... Tp sebelum tu, ada UPS... bagi sahabat2 yg mengikuti program Matrik.. tentu anda semua tahu kan??? hehehehe...
Harap2 dapat result yang baik la... Tp serius, byk yang masih belum aku kuasai....

YA ALLAH, permudahkanlah jalanku ini, hapuskanlah kedukaan dan tambahkan lagi kepadaku ilmu yg bermanfaat, begitu juga buat sahabatku serta sesiapa yg sudi membaca blog ini...
Amin

Together, We Can Fly & Succeed.. =)

Waminallahit-Taufiq wal hidayah.... Assalamu 'Alaikum wrt.


Thursday, March 18, 2010

Bicara Sufi



Sekadar memetik sebuah puisi buah butir fikiran & ilham dari Masyaikh



"...ku pandang cahaya sehingga menjadi cahaya..."

''Aku melihat Tuhanku dengan mata dari mata hatiku
Aku berkata, “ Tidak ada keraguan, hanya Engkau yang ada, hanya Engkau, hanya Engkau!!! “
Engkaulah satu-satunya yang memasuki setiap rasa di manapun di dalam diri ini, kerana dimanapun rasa yang kucari di dalamnya ada Diri Mu.
Tidak ada cara untuk mengetahui Diri Mu, di manapun kami mencarinya, sebab di setiap tempat yang kami temui hanya Diri Mu
Tak akan sanggup aku berkhayal tentang Diri Mu, kerana kami tidak mengetahui tentang Mu
Tiada satu pengetahuanpun yang dapat mengetahui tentang Diri Mu kecuali pengetahuan yang datang dari Diri Mu untuk mengetahuinya
Dalam kehilangan diriku, aku melihat Diri Mu dan hanya menemukan Mu, dan semakin ku mencari diriku dalam Diri Mu yang kutemukan hanya Diri Mu''

Awliya' Allah yang terkasih!!!

Masyayikh naqshbandi haqqani.qaddasa Allahu sirrahum ajmai'n:

Waminallahit-taufiq wal Hidayah.. Assalamu 'Alaikum

Saturday, February 27, 2010

Mawlid di Seluruh Dunia



Gambar2 sambutan Mawlid diseluruh dunia

Baginda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bersama2 dlm perarakan Sambutan Mawlid di Negeri Sembilan, Malaysia


Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dlm 
majlis Mawlid "Dzikir Akbar Majelis Rasulullah SAW Berdoa Untuk Bangsa"  di Jakarta, Indonesia


26th Annual Mawlid Conference, Anjuran Minhajul Quran.
Pimpinan As-Syeikh Dr. Tahirul-Qadri, di Pakistan.


Sambutan Mevlid Syerif di Turki

Friday, February 26, 2010

Salam Mawlidur-Rasul..... Ya Qurrata a'yunina... Ya Muhammad SAW


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dalam banyak2 kurniaan yg Allah SWT berikan kepada kita... Satu2nya kurniaan terbesar yg tidak ada tolok bandingnya ialah Sayyidina Wa Mawlana Muhammad SAW.Sesuai dengan firman Allah yg bermaksud

dan tidak Kami utus kamu (Wahai Muhammad), melainkan sebagai Rahmat buat sekalian Alam
(Surah Al-Anbiya'; 107)
Dengan lahirnya Junjungan Besar kita, Muhammad SAW, maka berseri-serilah seluruh kehidupan didunia kerana diwarnai dgn kegembiraan & keberkatan dari Allah. Kerana itulah, Baginda digelarkan sebagai Nabiyur-Rahmah ( Nabi Pembawa Rahmat). Melalui Baginda jualah agama Islam disampaikan buat segenap umat manusia, yg membuahkan nikmat iman & Islam sehingga ke hari ini. Alhamdulillahi Rabbil-Alamiin.....


Mesej Sambutan Mawlid Baginda Muhammad Al-Mustafa

Mesej sebenar dalam kita merayakan Mawlid As-Syarif ini ialah untuk menterjemahkan manifestasi cinta kita kepada Nabi SAW. Kerana, cinta kepada Allah tidak akan sempurna selagi kita tidak mencintai Nabi SAW.
Perkara inilah yg sebenarnya menjadi intipati kepada hari besar Mawlid. Tanpanya, segala sambutan yg dibuat seperti perarakan sbg contoh adalah sia2 belaka.
Ikutilah perintah Allah & Rasul, perbaikilah segala amalan kita, contohilah akhlak Rasulillah & jalankanlah sunnahnya.
Hayatilah sirah perjalanan serta perjuangan dakwah Baginda SAW, yg mengajak para Musyrikin Makkah yg hidup dalam kegelapan, menuju kearah cahaya keimanan yg menyinar kedalam sanubari.


Selawat tanda Pengikat

Pengikat apa?? pengikat kita agar sentiasa berada dekat dgn Rasulullah SAW.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 56;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

Oleh itu, marilah kita sama2 melantunkan selawat & salam ke atas Baginda kerana tiada amalan yg lebih mulia daripadanya kerana Allah & para Malaikatnya sendiri turut berselawat membesarkan Baginda SAW, lebih2 lagi pada hari yg penuh barakah ini serta dalam bulan yg penuh mulia ini.



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Selawat dan Salam keatas Nabi Junjungan kita, Penyejuk Hati, Nuril-Hadi, al-Mustafa
MUHAMMAD SAW.
tidak lupa juga kepada Ahlil-Baitnya yg baik lagi suci, para Sahabat yg byk berjuang dalam menegakkan agama, & para pengikutnya sehingga ke akhir zaman... Insya Allah



Waminallahit-taufiq, Assalamu 'alaikum wbt.

Wednesday, February 24, 2010

Keramat "CINTA" Lombok

Bismillahi Ta'ala..


Dah lama NA_SR tak update blog ni.... mana tak nya, sibuk memanjang lebih2 lagi nak ikuti kelas memandu yg sungguh memenatkan {nak tercabut tgn dek memuleh2 steering kereta... =) } 
Ni dah dapat seru agar meng'update' blog yg bertuah ni.. huhuhu


Pagi ni, mcm biasa... selak surat khabar dulu, tiba2 muka depan terpampang cerita pasal cinta terlarang gadis2 kita dgn pemuda dari Lombok... hmmm.... Tak tau lah nak cakap mcm mana lagi..
Kenapa lah anak2 kita ni senang saja terjerat dalam perkara2 macam ni.... Allahu Allah
  
Yang lebih membimbangkan, kebanyakan yg terjebak dalam hal ini terdiri dari gadis belasan tahun yg NA_SR rasakan mempunyai masa depan yg cerah dan masih ada banyak lagi perkara yg perlu ditempuh. Bukan begini caranya kalau hendak bercinta... bila dah feel sgt, kawin lari... Pindah Indonesia..... Haih!!!
NA_SR sendiri sebagai salah seorang remaja yg masih muda, bak kata pepatah umur eh baru setahun jagung, darah eh bolun satampuk pinang (umurnya baru setahun jagung, darahnya belum setampuk pinang), boleh dikatakan baru nak belajar erti hidup... Baru lagi dalam mengenal selok-belok & liku2 hidup...


Allah SWT berfirman dalam Quran yg Mulia "Kami ciptakan manusia ni sebaik2 kejadian". 
Jadi pandai2 lah kita semua nak gunakan hati nurani & akal yg dikurniakan. Kalau bercinta tu, biar berpada.... seelok2nya dielakkan dulu... kalau masih sekolah, eloklah belajar saja dahulu.. & kalo yg dah abis tu, mcm yg NA_SR kata tadi la.... Berpada2....
Sememangnya manusia ni fitrahnya condong utk berpasang-pasangan... Memang itulah fitrah yg Allah jadikan buat manusia.. Sesungguhnya, CINTA itu indah... Tanpa cinta, maka tiadalah kehidupan dialam ini...


CINTA yg sebenar2nya adalah CINTA & TUNDUK KEPADA SANG PEMILIK CINTA... Itulah cinta sejati, yg menjadikan manusia itu SEBAIK2 CIPTAAN. Jadi utk menunjukkan jalan cinta yg sebenar, maka diutus kepada kita Nur & Rahmatan lil Alamin.. tak lain tak bukan Sayyidil Wujudi Muhammad SAW.
Jadi igtlah... dengan mengikut jalan ini... baru lah cinta kita kepada yg lain menjadi cinta diberkati... Bukan sekadar nafsu kotor!!


Apakan tidaknya.. demi kekasih.... sanggup anak2 gadis kita lari dari rumah... kerana nak ikut buah hati... Adoi... mmg PANDIR!!!!
Di rumah, semuanya cukup... kasih syg ibu bapa & keluarga, ada perlindungan, ada makan & tmpat tinggal, cukup pelajarannya...... Apa lagi yg mereka nak sebenarnya????
Lari plak ke negara org, hidup bukan tambah senang... tp BERTAMBAH PARAH.... Kadang2, rasa nak marah pun ada.... tapi NA_SR pasti.... ini bukan kesalahan satu pihak sahaja..


 Sepatutnya, para pekerja asing yg datang ke negara ini harus sedar dgn norma & cara hidup msykt sekeliling. NA_SR difahamkan yg adat istiadat msykt dari Lombok mmg berbeza... Bagi msykt Lombok (terdiri dari kaum Sasak) apabila mereka berkenan dengan seorang gadis & berniat utk mengahwaninya, gadis tadi akan dibawa lari..... Haaaa.... jgn terkejut... Mmg begitulah adat mereka. Selepas dibawa lari, beberapa hari selepas itu barulah rombongan meminang dari keluarga lelaki akan dtg ke rumah keluarga perempuan...


Kenal tak gadis yg ditengah2 tu? Kalo nak tau, dia ni la artis muda, Salsabila Yunan (NA_SR mula2 x kenal pun dia ni siapa..kahkahkah). Baru berusia 15 tahun, tapi lari ke Lombok bersama kekasih... dah kahwin pun...
Aih... parah betul....
Nasib baiklah dia dpt pulang dgn selamat ke Malaysia.. Sebab sebelum tu, dia hampir2 ditangkap oleh pihak Kepolisian Indonesia atas dakwaan memasuki Indonesia secara haram...




Yg si comel lote ni pula, Noorlaili Afizah namanya... bru 19 tahun.... Dia ni pun hampir2 nak lari ke Indonesia kerana nak ikut buah hatinya, Abg Sarjo... Pulang ke tanah Lombok... 
Tp Alhamdulillah, dia pulang kerumah dan menyesal atas perbuatannya itu... 


Bukan mereka berdua saja, byk lagi gadis2 lain yg lari ke Lombok.., ada yg dah pulang.... dan ada juga yg masih tinggal di Seberang sana.... Ntah mcm mana la nasib mereka... Moga2 takde lah perkara yg buruk berlaku pada mereka.... Amin


Wallahu a'lam... waminallahit-taufiq...


Assalamu 'alaikum wbt....

Friday, February 12, 2010

..Cinta..

Renungan buat kita semua, adakah benar atau tidak.. Fikir2kan lah... Semoga Allah Merahmati Anda semua..


~CINTA~

cinta itu bisa mensucikan akal, mengenyahkan kekhawatiran, mendorong untuk berpakaian yang rapi, makan yang baik-baik, memelihara akhlak yang mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, menjaga adab dan kepribadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang shalih dan cobaan bagi ahli ibadah~ibnu Qayyim~

Firman Allah
" Qul inkuntum tuhibbunallah, fattabi'uni yuhbibkumullah"
-Dan jika kamu mencintai Allah, ikutilah (ittiba') aku (Yakni Muhammad SAW), Allah akan mencintaimu-


Waminallahit-taufiq, Wassalamu 'alaikum...

Tuesday, January 26, 2010

Macam2 Hal (sorotan isu2 sensasi dlm bulan ini) !!!

Ku mulakan kalamku dgn nama Allah yh Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, serta selawat, keberkatan juga salam keatas Baginda Abal Qasim Sayyidina Muhammad, iaitu insan pilihan pembawa Nur, rahmat dan keselamatan keseluruh jagat... dan tidak lupa juga kepada Ahlil-Bait Rasulillah yg baik lagi suci serta para Sahabat yg menjadi bintang2 penunjuk arah keselamatan beragama buat seluruh ummah..

Dalam diam, kita seringkala tidak menyangka-nyangka dikejutkan dengan perkara yg boleh dikatakan sebagai isu sensitif buat warganegara Malaysia... apalagi kalau bukan isu agama. Semuanya bermula dengan kemunculan akhbar Herald yg pihak mereka membuat tuntutan agar nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian di Malaysia. Apalagi, beranglah seluruh umat Islam di Malaysia. Apa tidaknya, kalimah Allah yg menjadi hak milik ekslusif umat Islam mahu dijaja2 oleh pihak yg tidak sepatutnya.

Sekali lagi, kita dikejutkan yg Mahkamah Tinggi telah meluluskan permintaan pihak Herald utk menggunakan kalimah. Mujur, apabila rakyat menempelak pemimpin kita mula bersuara dan meminta pihak mahkamah mempertimbangkan keputusan tersebut demi menjaga sensitiviti umat Islam khususnya di Malaysia.
Badan2 NGO mula mengadakan rapat, lalu mengeluarkan resolusi menentang penggunaan nama ALLAH bagi org bukan Islam.

Namun, tak kurang juga yg sempat mengambil kesempatan menggunakan isu tersebut buat kepentingan politik (saya tak tuduh mana2 pihak, kalo salah nnti takut jatuh Fitnah pula... Bahaya..Huhuhu). Ada juga yg mengambil jalan mudah meluahkan isi hati dengan cara ekstrim yg jauh sekali tersasar dengan nilai2 murni bagi org yg mengaku diri mereka beragama. Perbuatan membakar Gereja2, bahkan Surau2 juga mula berleluasa.
Tapi akhirnya mereka2 yg durjana ini telah berjaya diberkas oleh pihak polis beberapa hari yg lalu. Syabas buat pihak polis !!! =)



(Surau di Muar & Gereja di Kuala Lumpur dibakar oleh individu yg x bertanggungjawab)


Persoalannya, 

  • Beginikah caranya reaksi kita dalam meluahkan ekspresi & ketidakpuasan hati?
  • Apakah ini amalan org2 yg menganggap dirinya beragama?
  • Adakah kebebasan & keharmonian beragama di Malaysia mula diganggu-gugat?
  • Siapa pula yg patut dipersalahkan?
Kita hayati firman Allah-

“...Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang-orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya...” [TMQ al-Hajj (22):40]

Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.[Al-Quran, Surah At-taubah-ayat 6]

Demikianlah KAMI jadikan kamu ummat yg adil dan moderat (wasathan) supaya kalian menjadi saksi atas manusia (QS 2:143)

Apa yang kita, orang Islam, boleh ambil pengajaran daripadanya. Sudah jelas, terang lagi bersuluh.. kita semua disuruh untuk tidak berlebih-lebihan (bersederhana-wasatha), tidak bersifat ekstrim, memberi layanan yg baik kepada ahlul-zimmah, dan yg paling penting TIDAK MEROSAKKAN APATAH LAGI MEMUSNAHKAN RUMAH2 IBADAH (hatta rumah ibadah org kafir).

Pepatah Melayu ada menyebut
Ular dipalu jgn mati
kayu pemalu jgn patah
tanah pula jgn lembang. 

Situasi/ masalah yg dihadai sekarang bolehlah kita anggap sebagai ular, jalan penyelesaian pula adalah kayu pemalunya, dan seluruh masyarakat pula ialah tanahnya.
Apa yg termuat dalam pepatah tersebut ialah, setiap perkara yg hendak diselesaikan perlulah dikerjakan dengan kebijaksanaan & kebenaran (bertepatan dengan ayat terakhir surah Al-Asr). 

Kita sudah tentunya maklum dengan keadaan msyrkt majmuk yg sudah pastinya berbeza latar belakang budaya, bahasa dan AGAMA. Sudah sekian lama negara kita menjadi contoh buat negara2 lain didunia kerana kemakmuran hidup bermasyarkat yg kita kecapi.

Sekali lagi soalan saya ajukan pada saudara semua.... mahukah keadaan seperti ini hilang???? 
Jawapannya saya serahkan pada anda semua....... =)



Waminallahit-taufiq, Wassalamualaikum...........

Thursday, January 14, 2010

SELAMAT HARI KEPUTERAAN BUAT TUANKU MUHRIZ



(Tuanku Muhriz sewaktu perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri)


Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan pengukuhan lagi taat setia kebawah Duli Baginda Tuanku, sempena Hari Keputeraan Baginda yg ke-62, pada hari ini.

Semoga Allah lanjutkan usia Baginda Tuanku dalam ketaatan beragama dan diberikan taufiq serta hidayah dalam memimpin Negeri bertuah ini, Negeri Sembilan dengan penuh keadilan berlandaskan hukum Syara' dan kebulatan Adat nan tak lapuk dek hujan, tak lokang dek paneh yakni Adat Perpatih.
Saya juga turut berbangga dgn perlantikan Baginda Tuanku yg dikatakan orang bagai
"Pinang pulang ke tampuk,
 Sirih pulang ke gagang,
 Ayam pulang kepautan."
Seluruh rakyat Negeri Sembilan yakin bahawa dibawah pemerintahan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, seluruh rakyat akan mengecapi kemakmuran dan pelbagai kemudahan kerana Baginda terkenal sebagai seorang raja yang sedar akan tanggungjawab serta kasih akan seluruh rakyat jelata.

Semoga Baginda Tuanku tetap didalam pemerintahan & diberikan perlindungan oleh Allah dalam menjalankan  amanah sebagai payung rakyat di seluruh Alam Negeri Sembilan ini.

DIRGAHAYU TUANKU!!!