Tuesday, January 26, 2010

Macam2 Hal (sorotan isu2 sensasi dlm bulan ini) !!!

Ku mulakan kalamku dgn nama Allah yh Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, serta selawat, keberkatan juga salam keatas Baginda Abal Qasim Sayyidina Muhammad, iaitu insan pilihan pembawa Nur, rahmat dan keselamatan keseluruh jagat... dan tidak lupa juga kepada Ahlil-Bait Rasulillah yg baik lagi suci serta para Sahabat yg menjadi bintang2 penunjuk arah keselamatan beragama buat seluruh ummah..

Dalam diam, kita seringkala tidak menyangka-nyangka dikejutkan dengan perkara yg boleh dikatakan sebagai isu sensitif buat warganegara Malaysia... apalagi kalau bukan isu agama. Semuanya bermula dengan kemunculan akhbar Herald yg pihak mereka membuat tuntutan agar nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian di Malaysia. Apalagi, beranglah seluruh umat Islam di Malaysia. Apa tidaknya, kalimah Allah yg menjadi hak milik ekslusif umat Islam mahu dijaja2 oleh pihak yg tidak sepatutnya.

Sekali lagi, kita dikejutkan yg Mahkamah Tinggi telah meluluskan permintaan pihak Herald utk menggunakan kalimah. Mujur, apabila rakyat menempelak pemimpin kita mula bersuara dan meminta pihak mahkamah mempertimbangkan keputusan tersebut demi menjaga sensitiviti umat Islam khususnya di Malaysia.
Badan2 NGO mula mengadakan rapat, lalu mengeluarkan resolusi menentang penggunaan nama ALLAH bagi org bukan Islam.

Namun, tak kurang juga yg sempat mengambil kesempatan menggunakan isu tersebut buat kepentingan politik (saya tak tuduh mana2 pihak, kalo salah nnti takut jatuh Fitnah pula... Bahaya..Huhuhu). Ada juga yg mengambil jalan mudah meluahkan isi hati dengan cara ekstrim yg jauh sekali tersasar dengan nilai2 murni bagi org yg mengaku diri mereka beragama. Perbuatan membakar Gereja2, bahkan Surau2 juga mula berleluasa.
Tapi akhirnya mereka2 yg durjana ini telah berjaya diberkas oleh pihak polis beberapa hari yg lalu. Syabas buat pihak polis !!! =)



(Surau di Muar & Gereja di Kuala Lumpur dibakar oleh individu yg x bertanggungjawab)


Persoalannya, 

  • Beginikah caranya reaksi kita dalam meluahkan ekspresi & ketidakpuasan hati?
  • Apakah ini amalan org2 yg menganggap dirinya beragama?
  • Adakah kebebasan & keharmonian beragama di Malaysia mula diganggu-gugat?
  • Siapa pula yg patut dipersalahkan?
Kita hayati firman Allah-

“...Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang-orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya...” [TMQ al-Hajj (22):40]

Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.[Al-Quran, Surah At-taubah-ayat 6]

Demikianlah KAMI jadikan kamu ummat yg adil dan moderat (wasathan) supaya kalian menjadi saksi atas manusia (QS 2:143)

Apa yang kita, orang Islam, boleh ambil pengajaran daripadanya. Sudah jelas, terang lagi bersuluh.. kita semua disuruh untuk tidak berlebih-lebihan (bersederhana-wasatha), tidak bersifat ekstrim, memberi layanan yg baik kepada ahlul-zimmah, dan yg paling penting TIDAK MEROSAKKAN APATAH LAGI MEMUSNAHKAN RUMAH2 IBADAH (hatta rumah ibadah org kafir).

Pepatah Melayu ada menyebut
Ular dipalu jgn mati
kayu pemalu jgn patah
tanah pula jgn lembang. 

Situasi/ masalah yg dihadai sekarang bolehlah kita anggap sebagai ular, jalan penyelesaian pula adalah kayu pemalunya, dan seluruh masyarakat pula ialah tanahnya.
Apa yg termuat dalam pepatah tersebut ialah, setiap perkara yg hendak diselesaikan perlulah dikerjakan dengan kebijaksanaan & kebenaran (bertepatan dengan ayat terakhir surah Al-Asr). 

Kita sudah tentunya maklum dengan keadaan msyrkt majmuk yg sudah pastinya berbeza latar belakang budaya, bahasa dan AGAMA. Sudah sekian lama negara kita menjadi contoh buat negara2 lain didunia kerana kemakmuran hidup bermasyarkat yg kita kecapi.

Sekali lagi soalan saya ajukan pada saudara semua.... mahukah keadaan seperti ini hilang???? 
Jawapannya saya serahkan pada anda semua....... =)



Waminallahit-taufiq, Wassalamualaikum...........

No comments:

Post a Comment