Thursday, January 14, 2010

SELAMAT HARI KEPUTERAAN BUAT TUANKU MUHRIZ



(Tuanku Muhriz sewaktu perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri)


Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan pengukuhan lagi taat setia kebawah Duli Baginda Tuanku, sempena Hari Keputeraan Baginda yg ke-62, pada hari ini.

Semoga Allah lanjutkan usia Baginda Tuanku dalam ketaatan beragama dan diberikan taufiq serta hidayah dalam memimpin Negeri bertuah ini, Negeri Sembilan dengan penuh keadilan berlandaskan hukum Syara' dan kebulatan Adat nan tak lapuk dek hujan, tak lokang dek paneh yakni Adat Perpatih.
Saya juga turut berbangga dgn perlantikan Baginda Tuanku yg dikatakan orang bagai
"Pinang pulang ke tampuk,
 Sirih pulang ke gagang,
 Ayam pulang kepautan."
Seluruh rakyat Negeri Sembilan yakin bahawa dibawah pemerintahan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, seluruh rakyat akan mengecapi kemakmuran dan pelbagai kemudahan kerana Baginda terkenal sebagai seorang raja yang sedar akan tanggungjawab serta kasih akan seluruh rakyat jelata.

Semoga Baginda Tuanku tetap didalam pemerintahan & diberikan perlindungan oleh Allah dalam menjalankan  amanah sebagai payung rakyat di seluruh Alam Negeri Sembilan ini.

DIRGAHAYU TUANKU!!!


No comments:

Post a Comment