Saturday, February 27, 2010

Mawlid di Seluruh Dunia



Gambar2 sambutan Mawlid diseluruh dunia

Baginda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bersama2 dlm perarakan Sambutan Mawlid di Negeri Sembilan, Malaysia


Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dlm 
majlis Mawlid "Dzikir Akbar Majelis Rasulullah SAW Berdoa Untuk Bangsa"  di Jakarta, Indonesia


26th Annual Mawlid Conference, Anjuran Minhajul Quran.
Pimpinan As-Syeikh Dr. Tahirul-Qadri, di Pakistan.


Sambutan Mevlid Syerif di Turki

Friday, February 26, 2010

Salam Mawlidur-Rasul..... Ya Qurrata a'yunina... Ya Muhammad SAW


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dalam banyak2 kurniaan yg Allah SWT berikan kepada kita... Satu2nya kurniaan terbesar yg tidak ada tolok bandingnya ialah Sayyidina Wa Mawlana Muhammad SAW.Sesuai dengan firman Allah yg bermaksud

dan tidak Kami utus kamu (Wahai Muhammad), melainkan sebagai Rahmat buat sekalian Alam
(Surah Al-Anbiya'; 107)
Dengan lahirnya Junjungan Besar kita, Muhammad SAW, maka berseri-serilah seluruh kehidupan didunia kerana diwarnai dgn kegembiraan & keberkatan dari Allah. Kerana itulah, Baginda digelarkan sebagai Nabiyur-Rahmah ( Nabi Pembawa Rahmat). Melalui Baginda jualah agama Islam disampaikan buat segenap umat manusia, yg membuahkan nikmat iman & Islam sehingga ke hari ini. Alhamdulillahi Rabbil-Alamiin.....


Mesej Sambutan Mawlid Baginda Muhammad Al-Mustafa

Mesej sebenar dalam kita merayakan Mawlid As-Syarif ini ialah untuk menterjemahkan manifestasi cinta kita kepada Nabi SAW. Kerana, cinta kepada Allah tidak akan sempurna selagi kita tidak mencintai Nabi SAW.
Perkara inilah yg sebenarnya menjadi intipati kepada hari besar Mawlid. Tanpanya, segala sambutan yg dibuat seperti perarakan sbg contoh adalah sia2 belaka.
Ikutilah perintah Allah & Rasul, perbaikilah segala amalan kita, contohilah akhlak Rasulillah & jalankanlah sunnahnya.
Hayatilah sirah perjalanan serta perjuangan dakwah Baginda SAW, yg mengajak para Musyrikin Makkah yg hidup dalam kegelapan, menuju kearah cahaya keimanan yg menyinar kedalam sanubari.


Selawat tanda Pengikat

Pengikat apa?? pengikat kita agar sentiasa berada dekat dgn Rasulullah SAW.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 56;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

Oleh itu, marilah kita sama2 melantunkan selawat & salam ke atas Baginda kerana tiada amalan yg lebih mulia daripadanya kerana Allah & para Malaikatnya sendiri turut berselawat membesarkan Baginda SAW, lebih2 lagi pada hari yg penuh barakah ini serta dalam bulan yg penuh mulia ini.



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Selawat dan Salam keatas Nabi Junjungan kita, Penyejuk Hati, Nuril-Hadi, al-Mustafa
MUHAMMAD SAW.
tidak lupa juga kepada Ahlil-Baitnya yg baik lagi suci, para Sahabat yg byk berjuang dalam menegakkan agama, & para pengikutnya sehingga ke akhir zaman... Insya Allah



Waminallahit-taufiq, Assalamu 'alaikum wbt.

Wednesday, February 24, 2010

Keramat "CINTA" Lombok

Bismillahi Ta'ala..


Dah lama NA_SR tak update blog ni.... mana tak nya, sibuk memanjang lebih2 lagi nak ikuti kelas memandu yg sungguh memenatkan {nak tercabut tgn dek memuleh2 steering kereta... =) } 
Ni dah dapat seru agar meng'update' blog yg bertuah ni.. huhuhu


Pagi ni, mcm biasa... selak surat khabar dulu, tiba2 muka depan terpampang cerita pasal cinta terlarang gadis2 kita dgn pemuda dari Lombok... hmmm.... Tak tau lah nak cakap mcm mana lagi..
Kenapa lah anak2 kita ni senang saja terjerat dalam perkara2 macam ni.... Allahu Allah
  
Yang lebih membimbangkan, kebanyakan yg terjebak dalam hal ini terdiri dari gadis belasan tahun yg NA_SR rasakan mempunyai masa depan yg cerah dan masih ada banyak lagi perkara yg perlu ditempuh. Bukan begini caranya kalau hendak bercinta... bila dah feel sgt, kawin lari... Pindah Indonesia..... Haih!!!
NA_SR sendiri sebagai salah seorang remaja yg masih muda, bak kata pepatah umur eh baru setahun jagung, darah eh bolun satampuk pinang (umurnya baru setahun jagung, darahnya belum setampuk pinang), boleh dikatakan baru nak belajar erti hidup... Baru lagi dalam mengenal selok-belok & liku2 hidup...


Allah SWT berfirman dalam Quran yg Mulia "Kami ciptakan manusia ni sebaik2 kejadian". 
Jadi pandai2 lah kita semua nak gunakan hati nurani & akal yg dikurniakan. Kalau bercinta tu, biar berpada.... seelok2nya dielakkan dulu... kalau masih sekolah, eloklah belajar saja dahulu.. & kalo yg dah abis tu, mcm yg NA_SR kata tadi la.... Berpada2....
Sememangnya manusia ni fitrahnya condong utk berpasang-pasangan... Memang itulah fitrah yg Allah jadikan buat manusia.. Sesungguhnya, CINTA itu indah... Tanpa cinta, maka tiadalah kehidupan dialam ini...


CINTA yg sebenar2nya adalah CINTA & TUNDUK KEPADA SANG PEMILIK CINTA... Itulah cinta sejati, yg menjadikan manusia itu SEBAIK2 CIPTAAN. Jadi utk menunjukkan jalan cinta yg sebenar, maka diutus kepada kita Nur & Rahmatan lil Alamin.. tak lain tak bukan Sayyidil Wujudi Muhammad SAW.
Jadi igtlah... dengan mengikut jalan ini... baru lah cinta kita kepada yg lain menjadi cinta diberkati... Bukan sekadar nafsu kotor!!


Apakan tidaknya.. demi kekasih.... sanggup anak2 gadis kita lari dari rumah... kerana nak ikut buah hati... Adoi... mmg PANDIR!!!!
Di rumah, semuanya cukup... kasih syg ibu bapa & keluarga, ada perlindungan, ada makan & tmpat tinggal, cukup pelajarannya...... Apa lagi yg mereka nak sebenarnya????
Lari plak ke negara org, hidup bukan tambah senang... tp BERTAMBAH PARAH.... Kadang2, rasa nak marah pun ada.... tapi NA_SR pasti.... ini bukan kesalahan satu pihak sahaja..


 Sepatutnya, para pekerja asing yg datang ke negara ini harus sedar dgn norma & cara hidup msykt sekeliling. NA_SR difahamkan yg adat istiadat msykt dari Lombok mmg berbeza... Bagi msykt Lombok (terdiri dari kaum Sasak) apabila mereka berkenan dengan seorang gadis & berniat utk mengahwaninya, gadis tadi akan dibawa lari..... Haaaa.... jgn terkejut... Mmg begitulah adat mereka. Selepas dibawa lari, beberapa hari selepas itu barulah rombongan meminang dari keluarga lelaki akan dtg ke rumah keluarga perempuan...


Kenal tak gadis yg ditengah2 tu? Kalo nak tau, dia ni la artis muda, Salsabila Yunan (NA_SR mula2 x kenal pun dia ni siapa..kahkahkah). Baru berusia 15 tahun, tapi lari ke Lombok bersama kekasih... dah kahwin pun...
Aih... parah betul....
Nasib baiklah dia dpt pulang dgn selamat ke Malaysia.. Sebab sebelum tu, dia hampir2 ditangkap oleh pihak Kepolisian Indonesia atas dakwaan memasuki Indonesia secara haram...




Yg si comel lote ni pula, Noorlaili Afizah namanya... bru 19 tahun.... Dia ni pun hampir2 nak lari ke Indonesia kerana nak ikut buah hatinya, Abg Sarjo... Pulang ke tanah Lombok... 
Tp Alhamdulillah, dia pulang kerumah dan menyesal atas perbuatannya itu... 


Bukan mereka berdua saja, byk lagi gadis2 lain yg lari ke Lombok.., ada yg dah pulang.... dan ada juga yg masih tinggal di Seberang sana.... Ntah mcm mana la nasib mereka... Moga2 takde lah perkara yg buruk berlaku pada mereka.... Amin


Wallahu a'lam... waminallahit-taufiq...


Assalamu 'alaikum wbt....

Friday, February 12, 2010

..Cinta..

Renungan buat kita semua, adakah benar atau tidak.. Fikir2kan lah... Semoga Allah Merahmati Anda semua..


~CINTA~

cinta itu bisa mensucikan akal, mengenyahkan kekhawatiran, mendorong untuk berpakaian yang rapi, makan yang baik-baik, memelihara akhlak yang mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, menjaga adab dan kepribadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang shalih dan cobaan bagi ahli ibadah~ibnu Qayyim~

Firman Allah
" Qul inkuntum tuhibbunallah, fattabi'uni yuhbibkumullah"
-Dan jika kamu mencintai Allah, ikutilah (ittiba') aku (Yakni Muhammad SAW), Allah akan mencintaimu-


Waminallahit-taufiq, Wassalamu 'alaikum...