Friday, February 26, 2010

Salam Mawlidur-Rasul..... Ya Qurrata a'yunina... Ya Muhammad SAW


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dalam banyak2 kurniaan yg Allah SWT berikan kepada kita... Satu2nya kurniaan terbesar yg tidak ada tolok bandingnya ialah Sayyidina Wa Mawlana Muhammad SAW.Sesuai dengan firman Allah yg bermaksud

dan tidak Kami utus kamu (Wahai Muhammad), melainkan sebagai Rahmat buat sekalian Alam
(Surah Al-Anbiya'; 107)
Dengan lahirnya Junjungan Besar kita, Muhammad SAW, maka berseri-serilah seluruh kehidupan didunia kerana diwarnai dgn kegembiraan & keberkatan dari Allah. Kerana itulah, Baginda digelarkan sebagai Nabiyur-Rahmah ( Nabi Pembawa Rahmat). Melalui Baginda jualah agama Islam disampaikan buat segenap umat manusia, yg membuahkan nikmat iman & Islam sehingga ke hari ini. Alhamdulillahi Rabbil-Alamiin.....


Mesej Sambutan Mawlid Baginda Muhammad Al-Mustafa

Mesej sebenar dalam kita merayakan Mawlid As-Syarif ini ialah untuk menterjemahkan manifestasi cinta kita kepada Nabi SAW. Kerana, cinta kepada Allah tidak akan sempurna selagi kita tidak mencintai Nabi SAW.
Perkara inilah yg sebenarnya menjadi intipati kepada hari besar Mawlid. Tanpanya, segala sambutan yg dibuat seperti perarakan sbg contoh adalah sia2 belaka.
Ikutilah perintah Allah & Rasul, perbaikilah segala amalan kita, contohilah akhlak Rasulillah & jalankanlah sunnahnya.
Hayatilah sirah perjalanan serta perjuangan dakwah Baginda SAW, yg mengajak para Musyrikin Makkah yg hidup dalam kegelapan, menuju kearah cahaya keimanan yg menyinar kedalam sanubari.


Selawat tanda Pengikat

Pengikat apa?? pengikat kita agar sentiasa berada dekat dgn Rasulullah SAW.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 56;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

Oleh itu, marilah kita sama2 melantunkan selawat & salam ke atas Baginda kerana tiada amalan yg lebih mulia daripadanya kerana Allah & para Malaikatnya sendiri turut berselawat membesarkan Baginda SAW, lebih2 lagi pada hari yg penuh barakah ini serta dalam bulan yg penuh mulia ini.



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Selawat dan Salam keatas Nabi Junjungan kita, Penyejuk Hati, Nuril-Hadi, al-Mustafa
MUHAMMAD SAW.
tidak lupa juga kepada Ahlil-Baitnya yg baik lagi suci, para Sahabat yg byk berjuang dalam menegakkan agama, & para pengikutnya sehingga ke akhir zaman... Insya Allah



Waminallahit-taufiq, Assalamu 'alaikum wbt.

No comments:

Post a Comment