Wednesday, July 28, 2010

Lawatan Hormat.. =)

Bismihi Ta'ala..

Sejak sekian lama x berada di alam blog ni, buat julung kalinya hamba melakukan lawatan kerja n kunjungan hormat ke blog yg bertuah ini. Agaknya, dah hampir 3 bln tak usik2.... ntah2 dah naik selawah....hahahah.. Mana tak nya, tau2 dah dpt panggilan masuk PLKN, punya la geram!!!!
Tapi Allah lebih tau apa yang terbaik buat diri ini. Mula2 masuk je, dah dpt rasa dah aura yg amat menyakitkan hati.... Namun, lama2 hilang jgk, sbb dapat ramai kawan kat sana... Kebanyakannya berasal dari Malaysia Timur. =)

Apa yg dapat aku pelajari semasa berada di sini pertamanya ialah erti kesabaran. Mmg tak dpt dinafikan, jiwa ragaku terseksa disana... hahahaha... Elok2 tgh syok2 mandi n pakai sabun, tiba2 air nak bilas badan tak ada. ARRGGGGHHH!!!! angin satu badan dibuatnya. Nasib baiklah air tu muncul balik, kalau tak... Bau sabun Protex la aku sepanjang hari. =)
Lepas tu, hari-hari nak berkawad saja, nak pergi makan pun kawad, nak pergi solat subuh pun kawad, nak pergi kelas pun kawad.... NAK TIDO PUN KAWAD!!!!
Nasib baiklah nak pergi jamban tak payah kawad, kalau tak, mau saja aku terajang kem komandan tu....hahahaha... Hai... Mcm2 lagi lah.....

Lagi satu, dalam kem ni lah, aku dapat bergaul dgn pelbagai kaum.. Tak kira Cina, India, Iban, Kadazan, Bugis, Sungai dan mcm2 lagi lah.... Melayu apatah lagi. Malaysia mmg kaya dgn pelbagai budaya dan latar belakang. Aku bangga. Sekurang-kurangnya, aspirasi negara untuk melahirkan integrasi kaum dapat dilihat melalui pelbagai aktiviti dalam kem ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yg perlu diambil kira serta dibuat penambah-baikan.

Setelah sebulan berada di kem, aku dapat tahu yang aku terpilih masuk ke program Matrikulasi. Mulalah pening.... Tak pasti sama ada nak masuk atau tak. Lama juga untuk nak buat keputusan. Tak lama lepas tu, aku dapat tau yang aku ditawarkan program diploma uitm... Fuh... Lagi pening!!!
Akhirnya, setelah puas berdoa, minta pandangan kawan2 dan guru2... Here I am....















At KMNS!!!!!
Memang, itulah pilihan aku, walaupun mmg agak berat pada mulanya. Namun, Allah lebih mengetahui yang terbaik buat diriku.
Memang terasa susah belajar kat sini, terutamanya Chemistry.. hmm...
Tapi, aku akan cuba yg termampu... "Faiza azamta, fatawakkal 'alAllah".
Memang tak sangka, pejam celik.. pejam celik... dah 3 bln belajar kat Matrikulasi. Tinggal lagi 7-8 bulan saja lagi utk aku menapak di sini.
Sekarang sebenarnya, aku tengah bercuti... Cuti Mid-Sem... Tp sebelum tu, ada UPS... bagi sahabat2 yg mengikuti program Matrik.. tentu anda semua tahu kan??? hehehehe...
Harap2 dapat result yang baik la... Tp serius, byk yang masih belum aku kuasai....

YA ALLAH, permudahkanlah jalanku ini, hapuskanlah kedukaan dan tambahkan lagi kepadaku ilmu yg bermanfaat, begitu juga buat sahabatku serta sesiapa yg sudi membaca blog ini...
Amin

Together, We Can Fly & Succeed.. =)

Waminallahit-Taufiq wal hidayah.... Assalamu 'Alaikum wrt.


No comments:

Post a Comment