Friday, November 19, 2010

Korban oh Korban...

Bismillahi.. Salam.. =)

Hari ni kita buka satu cerita, cerita pasal korban. Saban tahun, kita akan menyambut 2 hari raya, Raya Eidul Fitri pada 1 Syawal & Raya Eidul Adha pada 10 Zulhijjah.

Kita tgk ramai org akan beraya sakan bila Eidul Fitri, tapi bila raya Eidul Adha, senyap je masjid... Tak lah pulak berlambak orang solat. Kata orang, ''raya haji JE (bak kata En. Mohd, ckgu Kemahiran Dinamika SEM1 =).... utk org yg dah pegi haji la.. org2 tue..." wakakakaka.... Apa lah punya konsep.
Sepatutnya, raya korban ni patut diambil pengajaran oleh semua org, especially org2 muda & tak terkecuali org tua.
Kenapa???

Konsep korban sentiasa berlegar dalam kehidupan seharian kita, terutamanya bagi org2 yg mengaku dirinya ber"ISLAM" & ber"IMAN". Kita mesti faham yg setiap sesuatu yg tinggi nilainya dan susah untuk digapai amat perlukan pengorbanan.

Cuba buka Al-Quran, Surah As-Saffat ayat 102-107. Kisah tentang bapa kita Nabi Ibrahim Khalilullah bersama  Nabi Ismail as. Baginda diberi tugasan yang amat berat sekali, MENYEMBELIH ANAK SENDIRI, yang mana Nabi Ismail merupakan satu-satunya anak Baginda sebelum lahirnya Nabi Ishak. Tatkala nak menyembelih anak, Allah pun berfirman yg Dia hanya memberikan cubaan buat Ibrahim & ahli keluarganya serta Allah telah pun menerima korbannya. Maka diberikanlah penghormatan buat Nabi Ibrahim serta ahli keluarganya sehingga keturunan itu lahirlah Nabi Junjungan kita SAW.

Kisah tu mungkin dah biasa didengar org, tapi apa pula signifikannya dalam hidup kita??? Hidup aku terutamanya???

Apabila difikirkan balik, terlalu banyak ujian yg Allah bagi. Kadang2 diri ni terfikir nak menyerah sahaja. Betul, itulah yang aku selalu fikir. Tapi, aku masih ingat lagi dgn nasihat sahabat2 yg amat aku sayang selepas Allah, Rasul serta ahli keluargaku. KAU HEBAT, BLEH PUNYA.....AKU TAU KO BLEH.....=)
Terima kasih buat semua ibu yg sentiasa mendoakan aku.
Terima kasih juga buat sahabat yg sentiasa bagi semangat kat aku, tak keterlaluan juga kalau aku umpamakan semuanya spt. Nabi Ismail yg sentiasa mendorong ayahnya utk melaksana perintah korban tu.

Memang benar, aku & sahabat2 sedang menempuh jalan ini, JALAN PENGORBANAN. Serius, sebelum masuk Matrikulasi, aku tak pernah pun nak berkorban masa utk nak siapkan kerja Add Max, apa tak nya.. kalau tak tahu jawab..... Tutup buku terus tidur.... hahahahaha
Tapi kat Matrik cubalah buat macam tu, nak kena terajang dgn lecturer la jawabnya. Bersengkang matalah jawabnya. =P....Tgk tu, menuntut ilmu juga suatu pengorbanan, yg bukan semua org boleh laksanakan melainkan dia adalah seorang PELAJAR/MAHASISWA/PENUNTUT....apa2 saja lah gelarannya.

Kena korbankan masa, senang-lenang tgk tv, jalan2 dgn kawan2..... Macam2 lagi lah.... Ni sekarang bdk2 UITM dah start cuti.... best betul!!!  Dapat ke tak nak join dgn dia org semua? Wallahu a'lam.... Kalau ada rezeki adalah... Kalau tak, mungkin ada masa yang lain. Yang penting aku tak lupakan semua org....

Semoga segala yang kita lakukan ini diterima disisi Allah dan Rasulnya sebagai pengganti binatang korban yg  tak mampu utk kami mendapatkannya... InsyaAllah....

 Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya (Al-Hajj; 37)

Ya Allah jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa bersabar dalam segala ujian,
Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat
&
Sentiasa tunduk merendahkan hati serta tawadhuk dalam setiap tempat dan keadaan,
Amin.

         Waminallihitt-taufiq... Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha & hari2 Tasyrik..... Wassalam =)


Monday, November 1, 2010

Sejarah.... Ilmu Kemanusiaan yang Kian dilupakan

Bismillahi Taala...


Situasi biasa masa kita di sekolah menengah dulu, Betul tak???
"Sejarah??? Boringnye, malas la nak bace citer pnjg2 cmni!!!''
''Arrgghh!!! sejarah, bnyk nak baca, pi mampuslah" 
Itulah dia nilai sejarah, pada kita yang masih tertutup minda.

Kenal lagi tak dengan buku bertuah ni??? huhuhu

 Sejarah, suatu ilmu kemanusiaan yang amat penting dalam pembentukan jati diri suatu bangsa. Dengannya seseorang bisa sahaja mengenal siapakah diri kita sebenarnya, siapa pula pembela, & siapa pula petualang bangsa. Dengan sejarah jualah, kita dapat mengenal asal-usul, titik tolak permulaan terbinanya tamadun, zaman keemasan, hinggalah kepada kehancuran/kejatuhannya.

Tapi apa sudah jadi dgn anak-anak muda Malaysia sekarang ni. Habis semuanya dilupakan.. Dek terlalu mengejarkan apa yang dinamakan KEMAJUAN/KEMODENAN/PEMBAHARUAN, dan lain2 istilah yg sama makna dengannya.
Istilah-istilah yang saya sebutkan diatas adalah sesuatu yang amat dituntut, apatah lagi kita sekarang berada diera yang serba-serbi memerlukan penambahbaikan dari sisi akademiknya (terutama dalam bidang Sains & Teknologi), politiknya serta materialismenya (ekonomi, perindustrian & kewangan).

Sedarlah wahai anak-anak muda Malaysia, kemajuan teknologi yang dicapai, ekonomi yang kian mencambah keuntungannya, tidak akan membawa apa2 makna sekiranya sikap kecintaan kepada AGAMA, BANGSA & TANAH AIR hilang entah kemana.
Untuk apakah kekayaan, ilmu, pengaruh serta kedudukan dicari jika ianya lahir dari jiwa yang tidak lansung mengenal siapakah dirinya yang sebenar serta asal-usulnya.
Takut-takut nanti, kepandaian yang ada pada diri digunakan untuk merosakkan bangsa. Mahukah kita?????

Saya sendiri masih teringat, ketika menuntut di salah sebuah SBP yang terkenal di ibu negara, kedengaran kata-kata "buat apa kita nak blaja sejarah, sedangkan kita aim nak amik bidang kedoktoran ngan engineering, btul x??? Buang masa je blaja.."
Alahai, terkilan amatlah saya mendengarnya, anak Melayu kita kian lupa akan sejarah bangsanya. Dikatakan mempelajari sejarah adalah membuang masa, lebih menguntungkan jika belajar subjek sains yang sudah tentu mendatangkan pulangan dlm bentuk kerjaya bertaraf profesional.(Tahukah kita maksud sebenar profesional?)

Tetapi ingatlah
"Roh bagi maju mundurnya suatu bangsa adalah SEJARAHnya"
kerana
"sekiranya kita tidak mempelajari sejarah, kita diingatkan bahawa bangsa kita akan dihukum untuk mengulanginya. Bekalan sejarah bijak dapat kita bawakan melalui masa depan yang masih belum terpakaiyang masih boleh kita rebutkan untuk Malaysia, untuk sastera kita."
(Muhammad Haji Saleh, Sasterawan)

"Siapa yang tidak tahu akan sejarah pasti akan mengulanginya"
(Tun Mahathir Mohammad, Mantan PM)


mahukah kita dihukum sebegitu rupa, Mengulang.... Mengulang...... Mengulang kembali kesilapan yg dilakukan oleh org2 terdahulu..
Inilah dia kepentingan sejarah. 
Kalau ada yang mengatakan dalam Islam tak ada pun sejarah2 ni, yang ada cuma menuju kemajuan...
Lihatlah, Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, Surah Hud, ayat 120

''Dan kesemua kisah dari Rasul-Rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu, dan dalam surah ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran & peringatan bagi orang-orang yang beriman"
(Maha Benarlah kalimah-kalimah Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung)
Nah, tengoklah sendiri, Al-Quran terang-terang mengungkap tentang pentingnya kisah-kisah terdahulu (ie sejarah) dalam pembangunan ummah. Mengapa kita mahu menafikan lagi peranan sejarah dalam pembinaan karakter & jati diri bangsa???? Persoalan itu saya serahkan kepada anda untuk menjawabnya.. =)
Saya pasti, anda akan mendapatkan jawapan yang sama dgn yang saya fikirkan. InsyaAllah...

(akan bersambung...)
Wallahu a'lam, Waminallahit-taufiq wal hidayah... Wassalam

Tahukah anda asal-usul bangsa melayu???
Sejarah Melayu/Sulalatus-Salatin, darinyalah, bangsa asing mengenal ketamadunan Melayu, bkn dari kelapa sawit & getah2 yg ditanam. Fikir2kan lah. (Afala tatafakkarun??)