Sunday, August 21, 2011

aL-kISaH- "Bangun Semua, ASSALAMU 'ALAIKUM CIKGUUU!!!"

Ku mulakan kalam ini dgn Basmalah, Hamdalah & Selawat atas Baginda Nabi & Ahli Keluarganya.. (Cewah!..hehe)



"Bangun semuaaaaaa..... Assalamu 'alaikum Cikguuuu!!!", ini lah ucapan yg hari-hari aku dgr pabila masuk saja dalam kelas. Tapi sekarang sudah hilang gemanya. Selepas mendengar sedikit kata-kata peransang & ucapan terima kasih drpd guru besar SK Padang Lebar, Pn Hajjah Mysiah; maka tepat pada tanggal 17 Ogos 2011, perkhidmatanku sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTL)/Guru Ganti ditamatkan.

Sebenarnya, selepas habisnya program matrikulasi, kita semua yg dah sah-sah masuk matrik dulu akan merasai cuti yg sungguh nikmat sekali selama 4 bulan lebih (YA, SUNGGUH NIKMAT KALAU DIISI DGN AKTIVITI BERFAEDAH...KALAU TAK! MATI KUTU LA ANDA!!! NGAHAHAHAH).
Maka aku buatlah keputusan utk mencuba nasib, mohon la jawatan sebagai Guru Ganti ni. Kerja lain tak mahu... almaklumlah, memilih punya budak! (ngahaha... =P).

Rupanya, bukannya mohon-mohon.... Dan-dan saja terus dapat. Nak masuk 3 bulan den tunggu baiii!!! Jadi, apalah yang aku buat sepanjang cuti tu? Seperti biasa online, online & online.. (Internet Addicted???). Main game, layan movie, baca buku & novel-novel Faisal Tehrani. Itu sajalah yang diulang-ulang. Makin lama makin bosan. Nak pergi jalan-jalan duit tak ado pulak. Sabar yo la. Nasib baik jugalah ada menyertai program Kemasukan Pelajar Baru Matrikulasi 2011/2012. Merasa la jadi "Abg Fasi" untuk seminggu & apa yang lebih penting dapatlah menyertai keluarga baru; KELUARGA FASI KMNS. =)

Sewaktu tgh handle program KMNS HOMECOMING DAY dibawah seliaan Persatuan Alumni KMNS, tiba-tiba, dapat la satu panggilan dari org yg tak dikenali. Rupa-rupanya Pegawai PPD (Pejabat Pelajaran Daerah). Aku ditugaska utk mengajar di SK Padang Lebar, Batu Kikir. Sekolahnya tak berapa jauh dari kampung. Jadi, aku duduk kampung saja la sepanjang mengajar di sana.

Hari Isnin, dgn pakai smart2, pakai slack segala aku pergi melapor diri. Sampai saja, aku terus la bertegur sapa dgn cikgu-cikgu yang ada disana. Bak kata org tua-tua, jgn jd kera sumbang, tak pasal-pasal kena umpat dgn rakan-rakan sekerja. Alhamdulillah, aku diterima baik oleh semua cikgu-cikgu disana. Yang buat aku terharu, cikgu-cikgu kat sini suruh panggi diorg 'akak' sahaja, tak payah nak ber'cikgu2' dgn diorg. =')
Cuma guru besar & guru lelaki saja aku panggil gelaran "cikgu". Satu perkara yg unik di sekolah ni, cikgu leaki yg berkhidmat di sini cuma 2 org... YA, 2 ORG! Bila aku datang, cukup la korum jd 3 org.. Ganjil plak tu.. =,='

Aku ditugaskan utk mengajar murid Tahun 1, Tahun 2 & Tahun 4. Subjek utama : BAHASA MELAYU!
"Apo pulak den nak ajar ke' budak-budak ni nanti??? Kok suruh den mengajar Sains & Math ko, tak po la", aku bermonolog dalam hati.. =,='. Takpo2 think positive! hehe.....
Belek jadual mengajar balik... sekali ternampak, Subjek lain : MUZIK!!!! "Wamboi, apo namo eh ni!!!!! waaaaaaa... camno pulak nak mengajar bondo alah ni..... den lagu-lagu ni x roti do....", sekali lagi aku bermonolog sambil meraung-raung dalam hati ni... ='''(((

Jadi, aku terus la masuk dalam kelas, Cikgu Zain (Guru Penolong Kanan Akademik) memperkenalkan aku pada murid Tahun 1...

Cikgu Zain   : Salamu'alaikum murid-murid!
Murid           : Wa'alaikum salam wbt!! Cikgu!!
Cikgu Zain  : Baiklah murid-murid, hari ni, cikgu nak memperkenalkan seorang cikgu baru. Namanya
                    Cikgu Azam, hari ni dia cuma akan relief kelas kamu, sbb cikgu Aishah tak datang harini.
Murid         : Baiiikkk ciikgguuu!!!!

(Tiba-tiba terdengar bunyi semacam budak main game)

Cikgu Zain  : Heii!!!! Ridhuan!!! Apsal kamu main game ni! Cikgu ada kat depan ni ha, hormat sikit. 
                      Cikgu rampas game ni & bagi kat Cikgu Azam. hmmm....
Aku             : Apa pulak la masalah budak ni??? =,=' (Monolog lagi..hehe)

Aku pun terus la buat sesi perkenalan dgn budak-budak tu, tanya dah besar nak jadi apa, suka apa.... dan aku buat la lawak sikit-sikit. Nasib baik gelak! fuuuhhh....
Habis kelas, aku pun bagi la balik game tu kat Ridhuan, kesian.. Tak sampai hati nak rampas. (Baik tak cikgu Azam ni?? hehehe...)

Memang mencabar tugas seorang guru ni. Tak percaya, boleh la apply jadi guru sandaran nnti ye. NAk kawal kelas, nak tanda buku latihan (blm masuk bab tulisan lagi! adehh), nak cari bahan utk mengajar lagi, nak tarik perhatian mereka lagi. Yang paling aku malas sekali, nak buat Laporan Rancangan Pengajaran. Minggu-minggu nak kena hantar, guru besar nak check. Penat wooo..... Lagi satu, tekak pun boleh kering dek menjerit-jerit suruh budak diam. Memang la bertuah punya budak oi.
Kelas yang paling banyak kena denda dengan aku ialah kelas Tahun 4. Kali pertama tak siap, dimaafkan. Kali kedua tak buat, ok... Fine... Aku maafkan lagi. Kali ketiga tak buat, okey... Kita jalankan HUKUMAN. Kita "ketuk ketampi" ramai-ramai ye!!.
Kali keempat....... ARGGHHHH!!!! "Kau org semua nak kena pelempang cikgu ke ha!!!".
Tapi, disebabkan tak sanggup, aku buat hukuman alternatif yakni - LOMPAT KATAK 4 PUSINGAN!
Besok pagi, budak-budak tu mengadu yang kaki masing-masing sakit. "Padan muka", aku cakap kat budak-budak tu. Ngahahahahaha.....

Pak Cik aku pun pernah kata, selagi tak bagi rotan, tempik & cubitan sayang kat murid-murid, selagi itu la takkan 'passed' utk dapat title 'Cikgu'.
Aku dah lakukan semua tu, jadi... Kira 'passed' la tu.... ;)

Sebenarnya, pengalaman mengajar selama sebulan sememangnya mahal buat aku. Bergelar seorang guru walaupun sebentar merupakan penghormatan yg jarang org-org dapat.
Sampai bila-bila TABIK HORMAT aku buat semua guru yg komited & berdedikasi mendidik anak bangsa kita. Sampai disini saja dulu coretan picisan aku utk buat masa ini. Apa yang berguna; ambillah & amalkan. Kalau ada yang salah, tegurlah & hindari serta jadikan sempadan.

Waminallahit-Taufiq. Wassalam.

*Rindu jgk, nanti ada masa nak jumpa lah anak-anak murid tu.
Cikgu doakan kamu semua berjaya dunia akhirat.
Semua perangai kamu, cikgu dah tak ambil kisah dah, cikgu redhakan semuanya.. =')

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Kareem & Fakta2 Menarik ttgnya =)

Salamu'alaikum Warahmatullah pada para pembaca... (kalau ada.. hehe)

Dalam post yg terbaru kali ini, saya nak kongsilah sedikit fakta2 menarik tentang Puasa & Ramadhan hendaknya. Harap2 perkonsian kali ini dapat dimanfaatkan oleh kita Umat Islam dan sesiapa sahaja utk mendapatkan lebih maklumat secara santai & mendalam. 
Insya Allah...
 
Selamat membaca =)

Fakta 1
Tahukah anda, puasa sebenarnya telah disyariatkan oleh Allah pada umat2 terdahulu selain umat Nabi Muhammad SAW. Umat dari agama Masihi/Nasrani (Kristian) & Yahudi juga terkenal dengan ibadah puasanya. Bahkan umat2 lain yg diluar lingkungan agama Abrahamic/Ibrahimiah seperti Hindu, Buddha & Sikh juga mempunyai ibadat puasa walaupun berlainan perlaksanaannya dari cara Islam.

(Semak Al-Baqarah; ayat 183)

Fakta 2
Tahukah anda, sebelum puasa Ramadhan diwajibkan; Rasulullah SAW telah memerintahkan (baca : mewajibkan) umat Islam berpuasa pada bulan Muharram; secara spesifiknya pada 9 & 10 Muharram (hari Tasu'a & Asyura). Apabila ayat berkenaan Ramadhan diturunkan, Rasul SAW telah memberikan kata dua; samada puasa 9 & 10 diteruskan (sunat) atau ditinggalkan. 

(Semak : Sahih Muslim, Kitab Puasa; Hadis 2511)

Fakta 3
Tahukah anda, Ramadhan mempunyai 3 fasa? 
Ya! Fasa pertama ialah Fasa Rahmat, kedua ialah Fasa Maghfirah (Keampunan Allah) & Fasa ketiga iaitu Fasa Itqum-minan-naar (Perlepasan dari api neraka). Marilah kita memanfaatkan masa dgn ibadah ye =P

(Semak : Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Fakta 4
Tahukah anda bahawa Ramadhan adalah bulan yg diturunkan Al-Quran kepada kita? Sebahagian ulama' berpendapat ayat pertama diturunkan adalah ayat 1-5 Surah Al-Alaq manakala sebahagian ulama' pula mengatakan surah Al-Muddatsir. Berkenaan bilakah masanya pada bulan Ramadhan yg wahyu pertama diturunkan, ulama' masih mempunyai perbezaan pendapat. Sebahagian mengatakan pada 17 Ramadhan 13 tahun sblm Hijrah (6 Ogos 610), & sebahagiannya mengatakan pada 24 Ramadhan (13 Ogos 610).
Menariknya, kedua2 tarikh tersebut jatuh pada hari Isnin!

Fakta 5
Tahukah anda, makhluk yg bernama Syaitan dlm keadaan terbelenggu di dalam bulan Ramadhan? Ini telah dinyatakan oleh Rasul yg Mulia SAW, syaitan2 akan dirantai di bulan mulia ini, pintu2 rahmat dibuka dan pintu2 neraka ditutup rapat! Jadi, kenapa kita boleh juga tergoda dgn bermacam2 tarikan dan godaan? Ketahuilah, kita sebenarnya berdepan dgn musuh besar iaitu NAFSU.

(Semak: "Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dirantai". Hadis Riwayat Bukhari, Tirmidzi, Nasai, Malik dll.)

Ramadhan Kareem =')
Bersambung.......

Waminallahit-Taufiq.. Wassalam.

ni Wordless Wednesday aku! =P

Bismillah & Salam.. 

Memang nak kena la murid2 aku ni!!!! YA ALLAH... sabar2......
habis fadhilat Ramadhan Kareem aku..... haih....

Waminallahit-Taufiq, Wassalam 

Sunday, July 24, 2011

Ingat ini sampai bila-bila ye

Seorang penceramah pernah berkata, " Apa yang kamu suka tak semestinya akan menyukakan hati kamu selama-lamanya"

Sebab apa penceramah tu kata macam tu, Allah Taala beri jawapannya utk kita perhalusi.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

Surah Al-Baqarah, ayat 216

Jgn sedih bila tak dapat apa yg kita nak, mungkin Allah akan gantikan dgn sesuatu yg lebih baik.
Allah tahu apa yg terbaik untuk kita. =')

Waminallahit-taufiq, Wassalam



Sains Biology ke Sains Pentadbiran??

Bismillahi Taala.
Assalamu 'alaikum warahmatullah buat semua pembaca (kalau ada? huhu)


Rasanya sudah 2 minggu lebih saya tak meng'update' blog bertuah ni. Bukan apa, mungkin nak ambil mood & keadaan saya sekarang yg sudah bergelar org berkerjaya (baca: Cikgu Gnti! wahaha) mungkin menghalang sedikit sebanyak masa untuk mengemaskini entry-entry baru. Kali ni, saya nak mencoretkan sedikit sebanyak tentang keputusan UPU saya yg lalu. Mungkin ada yg rasakan isu ini mungkin sudah basi. Tapi, bagi saya, selagi tak melangkah ke menara gading, selagi itulah juga isu ini sentiasa relevan... hehehe....


Masa nak menyemak keputusan UPU, hati sebenarnya dah terasa lain macam (instinct / firasat ke? wallahua'lam =P). Ah, redah saja lah! hahaha....
Haaaaaaa..... sekali klik, jwpnnya telah terjawab!


TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

KOD PROGRAM: EL04
NAMA PROGRAM PENGAJIAN: SAINS PENTADBIRAN &PENGAJIAN POLISI
IPTA: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UiTM)




Wah!!! Apakah ini! hahaha..... Terdiam juga dibuatnya. Masakan tidak, di Matrikulasi, berhempas pulas belajar subjek Sains, tiba-tiba bertukar haluan pula. Macam mana ni???? Perasaan saya masa tu tak tahu lah nak cakap macam mana. Gembirakah? Suramkah? 'Excited'kah? Takutkah? Enntaahhhhlaaahhhh..... haha... 
Lalu saya 'post'kan keputusan UPU tersebut di 'wall' FB. Semua org mesti komen macam ni....

  • Tahniah YB!
  • Caya lah... mmg jd YB la kau... haha...
  • Den undi kau nnti... wahhaha...

Kau org rasa aku ada tokoh ke nak jadi YB? Kalau ada, saya hargai pandangan semacam itu, dan doakan lah yg terbaik buat saya. ;) Tp saya paling suka komen Kak Chapi, & Kak Nad

  • AZAM...awk tu da dtakdirkan berada dlm bidang pentadbiran...=) awk pasti akn cemerlang..insyaAllah....r​ezeki Tuhan nak bg tu, mungkin itu yg terbaik utk awk...
  • Akk sentiasa doakan kamu.
Terharu saya dibuatnya. Kawan-kawan, sahabat-sahabat semuanya berkeyakinan ttg apa yg saya boleh lakukan utk masa depan saya. Allah akan berkati anda semua. Saya doakan semua sahabat saya. Allah yubarik fikum... =') Mulut korang semua lah yg masin panggil "YB" masa di Matrikulasi dulu..... hahahaha...

Tak dapat saya nafikan, sebenarnya saya suka dgn matapelajaran Biology jika dibandingkan dgn subjek Sains yang lain. Sebab apa? Mungkin saya dapat melihat kebesaran Allah melalui ciptaan-Nya dgn lebih dekat melalui Biology. Saya rasa dekat dgn-Nya bila belajar Biology. huhu.... Tapi Allah lebih mengetahui, takdir saya bukan dlm bidang ini. Wallahu Khairul-Maakiriin.... 
Saya yakin, apa-apa yg saya pelajari ttg Sains dahulu takkan sia-sia begitu sahaja. Mungkin ada gunanya pada masa yang Dia sendiri tentukan. Sekurang-kurangnya, saya bangga pernah menjadi salah seorang ahli dalam dunia Sains sewaktu di sekolah & kolej dahulu. 

Macam mana agaknya berada dlm dunia pentadbiran? hmmm.... Mungkin cabarannya lebih lagi. Menjadi seorang pentadbir mungkin saja memerlukan komitmen dan integriti walaupun rasanya tidaklah seperti profesion kedoktoran (betul tak kak Nad? hehe). Kena sentiasa mengurus apa yg ada dalam sesuatu badan kerajaan, menjadi diplomat, serta menjaga kebajikan anak-anak tadbirnya. Bisa saja org jadi leka dgn jawatan yg besar tanpa sedar yg dia ada tanggungjawab yg sama besar turut serta dgn jawatannya. Allah permudahkan segala urusan kita. Amin...

Tak kisahlah, kita dalam aliran apa pun, insyaAllah ada saja jalan rezekinya. Moga kawan-kawan semua mencapai kejayaan di masa akan datang. Bersama kita SUKSES ya! 

Ni gambar-gambar masa tgh syok belajar Bio dulu... I will never forget such momment...

kesian kat tikus ni masa mula2, last2 habis jgk kena bedah! hahaha
Zoologist wannabe?? 

"apo aluih bona tali porut tikuih ni! jantan ko tino ni? takdo plak testes eh...hahaha"
ni poyo je lebih...
Bio Fair, suka la waktu ni.... ceritakan pengalaman masuk gua n kenalkan species2 serangga kat org ramai.. =)


Macam mana la rupa bila jd pentadbir nnti ye?? hmmmm....

Waminallahit-taufiq, wassalam... 









Saturday, July 9, 2011

Update Terkini BERSIH vs PATRIOT !!! (HOT!)



Hari ini, seperti yg kita ketahui telah berlansungnya tunjuk perasaan/perhimpunan 'haram'. Pertembungan antara BERSIH & juga PATRIOT.

Boleh dikatakan, acara ini sebenarnya mmg mendapat sambutan rakyat; baik penyokong pembangkang (berpihak pada BERSIH) mahupun penyokong kerajaan & NGO Perkasa (berpihak kepada PATRIOT)

Utk mengetahui liputan secara lanjut (kerana TV kita tak menunjukkan berita secara penuh), anda semua boleh melayari link

(sila klik)


Poning kepalo den! haih......

*PS: Ya Allah, aman & selamatlah negaraku yg tercinta ini. Letakkanlah keadilan yg sebenar ditempatnya, hindarilah kami dari fitnah, kejian, umpatan & perbalahan sesama agama & bangsa... Amin Ya Mujib as-Sa'ilin.

Thursday, July 7, 2011

Org kita; Pandai atau bodoh?? Pandai lah harapnya.....


Hari ini teringin pula nak 'update' blog bertuah ini. Tiba-tiba terfikir pula ttg keadaan org Melayu kita & org Islam terutamanya. Kadang-kadang, timbul pula rasa hairan kenapa masyarakat Melayu kita yg katanya begitu identik dgn ke-Islamannya boleh senang-senang tergelincir kpd landasan yg salah. Saya bukan bercakap soal moral & akhlak semata-mata; kerana yg lebih saya runsingkan adalah ttg pegangan org kita.

Apa sebenarnya yg saya maksudkan? Ianya berkenaan penyakit yg makin membarah dlm masyarakat kita. Penyakit keilmuan namanya. Ada ke penyakit ni? Semestinya! Bila bicara soal keilmuan, takkan lari dari 2 kondisi; (1)Kepandaian/Kebijaksanaan/Intelligence & (2)Kebodohan/Kejahilan/Ignorance. Siapa yg byk ilmunya, pandailah dia. Siapa yg tiada ilmunya, jahil lah dia. Sudah tentulah dlm budaya Melayu & Islam, soal keilmuan memang jadi nombor 1. Org tua-tua kita ada berpantun (alah pantun masa kita tadika dulu..hehe); 

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

  
Saya x tau, ajarlah...huhuhuhu.....
Nah, tok nenek moyang kita dari dulu dah menurunkan petunjuk & pengajaran dlm bentuk santai tapi mempunyai makna tersirat. Pentingnya seorang yg kurang berilmu itu meminta tunjuk ajar orang yg alim atau lebih mengetahui supaya kita dpt pemahaman yg sebenar. Sebab ada bidalan "malu bertanya sesat jalan" =)
Dalam Quran pun Allah SWT ada menyebut 

"Fas alu ahladzikri, inkuntum la ta'lamun",
 tanya lah org2 yg berpengertahuan, jika kamu tidak mengetahui.

 Jgn jadi org yg berlagak. Nanti buruk padahnya, lebih-lebih lagi dalam soal-soal hukum agama, soal kerjaya, dan soal kehidupan. Salah kefahaman, membawa padah! 

Berkenaan dgn kebodohan atau kejahilan, ada satu lagi pantun yg nak saya kongsikan. Pantun ni pun mesti semuo org tahu punya lah.... (Kocik2 ponah donga ni...hehehe)

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dlm perahu,
Suruh makan engkau makan,
Suruh mengaji engkau tak mahu (tak tahu).

inilah jadinya, bila dah terlalu lama sangat tak mengaji, tak belajar.... bila besar, cmni la jdnya, mengalahkan BERUK MENGAWAN!
 haih.... Astaghfirullah... 

Tgk sahaja gambar diatas tu, kamu semua rasa "malaun" 2 org tu, Bangang ke; Bodoh ke; atau *#%*& ke? Osah gilo eh! 
Ini lah padahnya, bila masa yang ada masa muda-muda dulu, org suruh mengaji/belajar; tapi dia entah kemana. Lari ikut kawan lah, ponteng sekolah lah, mengaji Quran main-main lah. Mereka yg ponteng & lari masa disuruh pergi belajar memang padan lah perangainya setaraf dgn org zaman batu. Tapi, kalau org tu memang jenis mengaji & rajin belajar; tapi perangainya sebegini teruk...... MasyaAllah.... Na'uzubillahi min zalik (Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perkara sebegitu). 
Hinalah tarafnya kita. Bahkan, lebih teruk dari binatang melata. Tak malukah kita???

Jadi, apa yg penting sekarang, belajarlah... Pergilah mengaji; ilmu dunia akhirat. Lengkapkan diri kita semua. Semoga dgn kepandaian dan kebijaksanaan, kita dapat mengelak dari melakukan kemungkaran & maksiat kepada Allah SWT & kepada manusia juga. 

Yg terakhir, fahamkanlah mesej disebalik gmbr dibawah ini.

Seorang yg bodoh adalah seorang yg bijak kepada org bodoh yg lain.

Maka, fahamkanlah.... (termasuklah buat diri saya yg penuh kekurangan ini)

Waminallahit-taufiq,
Wassalam...........................




Saturday, July 2, 2011

Yang Mana Satu?? Cuba Pilih... hmmmm

Assalamu 'alaikum wbt...
Bismilllahir-Rahmanir-Rahiim...

Hari ini, saya nak kongsi sedikit cerita (lebih kpd peringatan). Dikatakan bahawa, guru kepada Imam Sibawayh, seorang yg pakar dalam Ilmu Bahasa Arab; pernah berkata:

Ketahuilah, manusia dgn ilmu itu ada 4 pembahagiannya;


  • Pertama, dia seorang yg berpengatahuan (yakni berilmu), & dia tahu tentang apa yg dia ketahui. Maka dia ini adala seorang 'ALIM. Maka ikutilah dia
  • Kedua, dia ini seorang yg berpengetahuan, tetapi dia tidak tahu (tidak sedar) yg dia berpengetahuan. Dia ini ibarat orang yang TIDUR; maka kejutkanlah dia (dgn nasihat)
  • Ketiga, dia seorang yg tidak berpengetahuan & dia tahu (sedar) yg dia ini tidak berpengetahuan. Sesungguhnya inilah orang yang MINTA PETUNJUK/MINTA DIAJARKAN; maka tunjukkanlah kepadanya.
  • Keempat, dia seorang yg tidak berpengetahuan, tetapi dia tidak sedar akan ketidaktahuannya itu. Sesungguhnya dia ini JAHIL sebenar-benarnya. Maka tinggalkanlah dia.

Alim? Tidur? Minta Petunjuk? Jahil???? Yg mana satu aku punya....

Monday, June 27, 2011

Besarnya Peranan Niat

Pasang niat siap2, sebelum sampai kpd tujuan! "LILLAHI TAALA" sebaik2 niatnya =)

Niat.... Satu lintasan dalam hati yg menunjukkan apakah perbuatan kita ini bersandar pada jalan yg sepatutnya. Peranannya tersangatlah besar, sehinggakan Hadis Rasulullah SAW berkenaan niat diletakkan sebagai Hadis pertama dalam 2 kitab besar iaitu Sahih Bukhari & Matan Arbain (Hadis 40) Imam Nawawi.
Diterimanya amal kita atau tidak, semua berdasarkan apa yg kita niatkan. Semoga segala amal yg kita lakukan baik bersifat duniawi & ukhrawi diterima oleh-Nya.. =)

Renung-renungkanlah, semoga bermanfaat buat diri kita semua. InsyaAllah =)

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar ibnul-Khattab ra. katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
Sesungguhnya setiap amal itu (bergantung) dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang itu dengan apa yg dia niatkan. Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah & Rasul-Nya, maka dia berhijrah kerana Allah & Rasul-Nya.
Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia & segala habuannya, atau kerana perempuan untuk dinikahi; maka hijrahnya kepada apa yg dia hendak berhijrah kepadanya. 

(Hadis Sahih, Muttafaqun 'alaih)

Niat kita, amal kita, semuanya atas kita ! The choice is in our own hand =)



Sunday, June 19, 2011

Perkongsian

Assalamu 'alaikum wbt.
Bismillahir-Rahmanir- Rahim.

Amat lamalah sekali saya tidak meng'update'kan blog yg amat disayangi ini.
Buat masa ini, saya sedang bercuti dlm jangka masa yg agak panjang (sehingga minggu pertama bln September), sementara menunggu panggilan kemasukan ke universiti. Masa yg agak pnjg ini serasanya saya isikan hanya dgn pulang ke kampung halaman, ber"on9", chatting, gaming [but I'm not a serious gamer.. ;)], dan tak lupa juga utk menghabiskan beberapa buah buku yg agak lama tergendala dek kesibukan yg melampau.. (mcm bgus saja kau! wakakakaka)

Perkongsian pertama yg ingin saya lontarkan adalah berkenaan situasi yg boleh juga nak dikatakan hangat jika diberikan sedikit perencah politik, iaitu isu "PILIHANRAYA JWTNKUASA MASJID & SURAU". Mengikut situasi, hanya Pulau Pinang sahaja yg dgn berani memulakan suatu tradisi baru dlm pelantikan sebuah jwtnkuasa institusi agama Islam di Malaysia. Pada saya ianya merupakan suatu cubaan yg berani. Masakan tidak, ahli kariah diberi peluang utk membuat penamaan calon, berkempen & membuat undian. Wah, tak ubah seperti kempen pilihanraya sebenar cuma berskala kecil.

Pada mulanya, saya tak mempunyai masalah dalam menyatakan sokongan, tapi bila melihat kepada perincian semula, nampak seperti ada perkara yg kurang elok & agak kurang sesuai dalam perlaksanaannya. Mengapa saya katakan demikian? Kita boleh lihat pada beberapa point penting...
1)Faktor Pencalonan
2)Faktor Ahli Kariah
3)Faktor Masjid sbg Pusat Pertemuan Umat Islam

1)Faktor Pencalonan
Sistem ini kurang elok jika diamalkan jika dilihat dari sudut Pencalonan. Beberapa wakil penyokong akan membuat penamaan kepada calon yg ingin bertanding dlm pilihanraya tersebut. Ok, so far so good... bak kata org putih...huhuhu..... Tapi mari kita sambung lihat dgn lebih dalam, seperti yang kita tahu org2 "dewasa &tua2" ni sudah semestinya akan membuat beberapa kelompok untuk membuat penamaan calon. Sesudah itu, calon-calon bertanding bersama-sama penyokong mereka semestinya akan memulakan proses berkempen dalam ahli kariah. Menyatakan kelebihan masing-masing merupakan kemestian. Apa yg ditakuti adalah dalam menjalankan kempen, sisi gelap calon-calon lain mungkin akan disingkap oleh lawan mereka. Kadang-kadang, kita takut juga jika dakyah politik secara tak sedar diserapkan masuk dalam kempen-kempen mereka. Dan kita tahu juga, org Malaysia kita, khasnya Melayu kita ini memang taksub berpolitik, dan adakala boleh menimbulkan keluarnya hamunan, cakap belakang & mungkin juga perbalahan.

2)Faktor Ahli Kariah
Selesai proses pencalonan dan kempen, kita nak tahu juga, siapa yg layak utk mengundi? Tentulah ahli kariah... betul tak? Pada hemat saya, selaku org yg masih lagi kurang pengalaman dalam kehidupan (sudah tentu!) bilangan ahli kariah ini sukar utk ditentukan, kerana lingkungan penduduk/ahli kariah yg menggunakan masjid yg sama adalah tidak sama. Kita semua sedia maklum, kebanyakan org tidak hanya menggunakan sebuah masjid sahaja utk bersembahyang atau melakukan aktiviti kemasyarakatan. Kadang-kadang mereka akan beralih ke surau yg berdekatan dgn kediaman bila tiba waktu solat fardhu dan akan pergi ke masjid pada waktu-waktu lapang yg lain dan juga sewaktu hari Jumaat. Hal ini tidak dapat dinafikan dalam masyarakat setempat kita, atau paling tidak pun di tempat kediaman saya. Majlis Agama Islam di Pulau Pinang pula hendak menetapkan daftar pengundi di kariah yg tertentu. Sudah tentu ini suatu yang agak janggal. Saya juga dimaklumkan ahli-ahli kariah yg dibenarkan mengundi dibahagikan kepada umur-umur tertentu. Warga emas yg berusia 70 tahun keatas??? (minta sesiapa yg lebih tahu, utk betulkan.) tidak termasuk dalam mereka yg layak mengundi. Mengapa? Kalau begitu, remaja pula bagaimana?

3)Faktor Masjid Sebagai Pusat Pertemuan Umat Islam
Masjid merupakan kata terbitan, berasal dari perkataan sujud/sajida/sajdah yg bererti sujud, bersujud, kadaan sedang bersujud. Jadi Masjid dapatlah diertikan sebagai tempat org2 Islam mengabdi pada Allah (sujud & solat), tmpat perbincangan, tempat ukhuwah & patut disucikan lagi dihormati oleh orang Islam. Sepatutnya, umat Islam dari kalangan ahli kariah mahupun boleh saja menggunakan istitusi masjid demi kemaslahatan bersama. Sesiapa juga dialu-alukan, hatta pada saya, kalau org itu bukan bermazhab sunni misalnya dari kalangan mazhab syiah, kita tidak boleh menidakkan hak mereka untuk menggunakan masjid sebagai tempat ibadah selagi mereka tidak membawa ajaran mereka kpd masyarakat umum. Jadi, ringkasan dari apa yg saya leterkan ini adalah KESATUAN. Ya! Institusi masjid adalah institusi kesatuan. Disinilah umat Islam dapat bersama tanpa berprasangka buruk, tanpa membawa mana-mana identiti politik dan hanya membawa identiti yg tunggal iaitu : KAMI SEMUA ADALAH SAUDARA SEISLAM.
Pilihlah jalan yg lebih selamat utk memilih sesiapa yg layak utk menjadikan masjid tersebut lebih diimarahkan. Gunakanlah cara musyawarah, serta buatlah pertimbangan yg seadilnya dlm memilih ahli jwtnkuasa. Mungkin juga kita boleh membuat kelainan, seperti membuat giliran tugas bilal mahupun imam? Boleh saja tentunya.....

Apa-apa pun, apa yg saya nukilkan cumalah pandangan. Masih ada ruang untuk diperbetulkan. Tp, saya rasa inilah jalan yg sebaiknya.

Ingatlah, org-org diluar sememangnya suka melihat kita bercakaran sesama agama, sesama bangsa. Jd berwaspadalah. Moga Allah melindungi kita semua. InsyaAllah.

Renungan bersama


"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." [At-Taubah: 18]

Al-Imam Hasan ibni Ali juga pernah berkata: 
 "Tiga macam orang yang dibawah lindungan Allah:
  • Seorang yang masuk masjid tidak masuk kecuali untuk Allah. Maka ia sebagai tamu Allah sehingga keluar kembali ke rumahnya. 

  • Dan seorang yang ziarah kepada saudaranya sesama muslim tiada berziarah kecuali karena Allah, maka ia termasuk ziyarah kepada Allah sehingga kembali. 

  • Dan seorang yang berhaji atau umrah tiada bepergian kecuali karena Allah, maka ia sebagai utusan Allah sehingga kembali pulang ke rumahnya.





  • Masjid Besi, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin IV di Putrajaya. Cantik kan? =)

    Wednesday, April 27, 2011

    Cepatnya Masa berlalu..... Kenangan di Matrik

    Bismillahir-Rahmanir-Rahim.
        Assalamu 'alaikum wbt.

    Bak kata pepatah Arab, "Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu". Benar atau tak ungkapan ini? Semestinya. Dalam Surah Al-Asr yg kita dok ulang, ulang & ulang saban masa tapi fahamnya tak juga.. (Saya lah tu.. =P).

    Tapi itulah hakikat kehidupan, sentiasa berterusan & tetap berjalan. Pejam celik, pejam celik, sedar2 sudah hampir setahun rupanya. Sedar2 juga, rupa-rupanya program pengajian Matrikulasi pun dah tamat. Ya Tuhan, alangkah..........

    Jika dihitung-hitung balik, sudah hampir seminggu saya berada dirumah, setelah selesai menduduki PSPM II yg menandakan tamatnya program Matrikulasi sesi 2010/2011. Bila ada dekat rumah ni, faham-faham saja lah, terbaring, makan, tidur, FB, game, baca buku (yo la tu!), tgk movie, adalah suatu kemestian! hahaha...
    Tapi bila terpandang balik buku-buku rujukan, tutorial & nota-nota kuliah, teringat pula dekat kolej.

    Banyak sangat kenangan & pengalaman yang dapat saya  timba selama berada di sana. Macam-macam jenis manusia yang sudah saya amati, berbagai-bagai jenis kelakuan yang dapat dilihat & ramai kawan & juga persahabatan yang dapat saya jalinkan. Alhamdulillah, Tuhan mengurniakan rakan-rakan yg baik-baik belaka terutamanya teman se-Praktikum yg saya kasihi (H3P2).

    Terima kasih atas segala tunjuk ajar, teguran dan hormat anda semua kepada saya. Rasanya, masa di sekolah dulu saja orang panggil hamba ini YB. Rupanya bila sampai saja di KMNS, panggilan itu bergema balik. =)
    Bukan senang orang nak panggil YB, melainkan dia menang kerusi DUN atau Parlimen, hadoi...hahahahaha.... Kira menang tanpa bertanding lah utk H3P2.
    Terima kasih sekali lagi atas penghormatan ini.Akan ku kenang sampai bila-bila.

    InsyaAllah, kalau panjang masa serta ada kelapangan kita akan berjumpa kembali. Didoakan agar kita semua akan mendapat keputusan yg cemerlang dlm PSPM & dapat memasuki universiti yang kita idam-idamkan. Begitu juga sahabat yg sedang menduduki Final Exam di UiTM Lendu, Beting, Penang, RCMP, UIA atau mana2 pun, kejayaan buat anda semua dunia & akhirat.

    Bergambar lepas last English Class

    H3P2 (gambar skema)

    Bersama Pn. Yat (mentor)
    With Cik Halina, lecturer Mx yg sgt Best!
    With Cikgu Azrina, lecturer Biology
     (utk makluman, gambar2 ini diambil sewaktu minggu-minggu terakhir sebelum study week =P )

    Rindu H3P2.
    Waminallahit-taufiq, Wassalam...

    Sunday, February 13, 2011

    Kisah malam2 Sebelum Lahirnya Sayyidul-Anam

    Bismillahir-Rahmanir-Rahim
    Assalamu 'alaikum warahmatullah wabarakatuh...

    Cerita ni saya jumpa dalam Profile Haqqani Maulid Ensemble, salah satu kumpulan Maulid yg saya minati, kalau siapa yang perasan, kumpulan ini pernah membuat persembahan di rancangan Al-Kuliyyah.
    Walau apa pun, back to the point. Kisah kelahiran Baginda Muhammad SAW ini memang membuatkan hati terasa sangat-sangat GEMBIRA....  Selawat dan Salam ke atas Baginda & Ahli Keluarganya.

    Enjoy Reading It  =)

    Diriwayatkan dari Imam Shihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami Asy-syafi’i di dalam kitabnya “An-ni’matul Kubraa’alal Aalam” di halaman 61.

    Telah disebutkan bahwa sesungguhnya pada bulan ke sembilan kehamilan Sayyidah Aminah (Rabiul Awwal) saat hari-hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw sudah semakin mendekati, Allah swt semakin melimpahkan bermacam anugerahNya kepada keada Sayyidah Aminah mulai tanggal 1 hingga malam tanggal 12 Rabiul Awwal malam kelahiran Al-Musthofa Muhammad saw.

    Pada Malam Pertama (ke 1) :
    Allah swt melimpahkan segala kedamaian dan ketentraman yang luar biasa sehingga beliau (ibunda Nabi Muhammad saw), Sayyidah Aminah merasakan ketenangan dan kesejukan jiwa yang belum pernah dirasakan sebelumnya.
    Pada malam ke 2 :
    Datang seruan berita gembira kepada ibunda Nabi Muhammad saw yang menyatakan dirinya akan mendapati anugerah yang luar biasa dari Allah swt.
    Pada malam ke 3 :
    Datang seruan memanggil “Wahai Aminah… sudah dekat saat engkau melahirkan Nabi yang agung dan mulia, Muhammad Rasulullah saw yang senantiasa memuji dan bersyukur kepada Allah swt.”
    Pada malam ke 4 :
    Sayyidah Aminah mendengar seruan beraneka ragam tasbih para malaikat secara nyata dan jelas.
    Pada malam ke 5 :
    Sayyidah Aminah bermimpi dengan Nabi Allah Ibrahim as.
    Pada malam ke 6 :
    Sayyidah Aminah melihat cahaya Nabi Muhammad saw memenuhi alam semesta.
    Pada malam ke 7 :
    Sayyidah Aminah melihat para malaikat silih berganti saling berdatangan mengunjungi kediamannya membawa kabar gembira sehingga kebahagiaan dan kedamaian semakin memuncak.
    Pada malam ke 8 :
    Sayyidah Aminah mendengar seruan memanggil dimana-mana, suara tersebut terdengar dengan jelas mengumandangkan “Bahagialah wahai seluruh penghuni alam semesta, telah dekat kelahiran Nabi agung, Kekasih Allah swt Pencipta Alam Semesta.”
    Pada malam ke 9 :
    Allah swt semakin mencurahkan rahmat belas kasih sayang kepada Sayyidah Aminah sehingga tidak ada sedikitpun rasa sedih, susah, sakit, dalam jiwa Sayyidah Aminah.
    Pada malam ke 10 :
    Sayyidah Aminah melihat tanah Tho’if dan Mina ikut bergembira menyambut kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw.
    Pada malam ke 11 :
    Sayyidah Aminah melihat seluruh penghuni langit dan bumi ikut bersuka cita menyongsong kelahiran Sayyidina Muhammad saw.

    Malam detik-detik kelahiran Rasulullah, tepat tanggal 12 Rabiul Awwal jam 2 pagi. Di malam ke 12 ini langit dalam keadaan cerah tanpa ada mendung sedikitpun. Saat itu Sayyid Abdul Mutholib (bapa saudara Nabi Muhammad saw) sedang bermunajat kepada Allah swt di sekitar Ka’bah. Sayyid Aminah sendiri di rumah tanpa ada seorangpun yang menemaninya.
    Tiba-tiba beliau, Sayyidah Aminah melihat tiang rumahnya terbelah dan perlahan-lahan muncul 4 wanita yang sangat anggun, cantik, dan jelita diliputi dengan cahaya yang memancar berkemilau serta semerbak harum memenuhi seluruh ruangan.

    Wanita pertama datang berkata,”Sungguh berbahagialah engkau wahai Aminah, sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi yang agung, junjungan semesta alam. Beliaulah Nabi Muhammad saw. Kenalilah aku, bahwa aku adalah istri Nabi Allah Adam as, ibunda seluruh uamt manusia., aku diperintahakan Allah untuk menemanimu.”
    Kemudian datanglah wanita kedua yang menyampaiakan kabar gembira,

    “Aku adalah istri Nabi Allah Ibrahim as diperintahkan Allah swt untuk menemanimu.”

    Begitu pula menghampiri wanita yang ketiga,
    Aku adalah Asiyah binti Muzahim, diperintahkan Allah untuk menemanimu.”
    Datanglah wanita ke empat,
    ”Aku adalah Maryam, ibunda Isa as menyambut kehadiran putramu Muhammad Rasulullah.”
    Sehingga semakin memuncak rasa kedamaian dan kebahagiaan ibunda Nabi Muhammad saw yang tidak bisa terlukiskan dengan kata-kata. Keajaiban berikutnya Sayyidah Aminah melihat sekelompok demi sekelompok manusia bercahaya berdatangan silih berganti memasuki ruangan Sayyidah Aminah dan mereka memanjatkan puji-pujian kepada Allah swt dengan berbagai macam bahasa yang berbeda.

    Detik berikutnya Sayyidah Aminah melihat atap rumahnya terbuka dan terlihat oleh beliau bermacam-macam bintang di angkasa yang sangat indah berkilau saling beterbangan.
    .
    Detik berikutnya Allah bangun dari singasanaNya dan memerintahkan kepada Malaikat Ridwan agar mengetuai seluruh bidadari syurga agar berdandan cantik dan rapih, memakai segala macam bentuk perhiasan kain sutra dengan bermahkota emas, intan permata yang bergemerlapan, dan menebarkan wangi-wangian syurga yang harum semerbak ke segala arah. lalu  bidadari itu dibawa ke alam dunia oleh Malaikat Ridwan, terlihat wajah bidadari itu gembira.

    Lalu Allah swt memanggil : “Yaa Jibril… serukanlah kepada seluruh arwah para nabi, para rasul, para wali agar berkumpul, berbaris , bahwa sesungguhnya Kekasihku cahaya di atas cahaya, agar disambut dengan baik dan suruhlah mereka menyambut kedatangan Nabi Muhammad saw.
    Yaa Jibril… perintahkanlah kepada Malaikat Malik agar menutup pintu-pintu neraka dan perintahakan kepada Malaikat Ridwan untuk membuka pintu-pintu syurga dan bersoleklah engkau denagn sebaik-baiknya keindahan demi menyambut kekasihKu Nabi Muhammad saw....
    Yaa Jibril… bawalah  malaikat yang ada di langit, turunlah ke bumi, ketahuilah KekasihKu Muhammad saw telah siap untuk dilahirkan dan sekarang tiba saatnya Nabi Akhiruzzaman.”

    Dan turunlah semua malaikat, maka penuhlah isi bumi ini dengan  malaikat. Lalu ibunda Rasulullah saw di bumi, beliau melihat malaikat itupun berdatangan membawa kayu-kayu gahru yang wangi dan memenuhi seluruh jagat raya. Pada saat itu pula mereka semua berdzikir, bertasbih, bertahmid, dan pada saat itu pula datanglah burung putih berkilau cahaya mendekati Sayyidah Aminah dan mengusapkan sayapnya pada Sayyidah Aminah, maka pada saat itu pula lahirlah Muhammad Rasulullah saw dan tidaklah Sayyidah Aminah melihat kecuali cahaya, tak lama kemudian terlihatlah jari-jari Nabi Muhammad saw bersujud kepada Allah seraya mengucapkan,
    Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Walhamdulillahi katsiro, wasubhanallahibukrotan wa asiilaa.”

    Semakin memuncaklah kegembiraan seluruh alam dunia dan semesta dan terucaplah “Yaa Nabi Salam Alaika… Yaa Rasul Salam Alaika… Yaa Habib Salam Alaika… Sholawatullah Alaika.. ”

    Matanya bagaikan telah dipakaikan sifat mata, senyum indah terpancar dari wajahnya dan hancurlah berhala-berhala dan bergembiralah semua alam semesta menyambut kelahiran Nabi yang mulia…


     

    Thursday, February 10, 2011

    Sambut & Sahutlah =)

    Bismillahir-Rahmanir-Rahim....

    Allah berfirman didalam Al-Quran, Surah Al-Anfal;24,

     يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَجِيبُواْ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا يُحۡيِيڪُمۡ‌ۖ
    (Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna..........)

    Ya Allah, jadikanlah ungkapan ini sentiasa bersemi dihatiku. Tetapkan aku atas landasan Agama-Mu, yg diturunkan melalui Lidah Suci Nabi-Mu.
    Perkuatkanlah azam kami dalam mentaati perintah-Mu & Rasul SAW, yg mana perintah dan seruan yg tiada lain hanyalah utk menghidupkan (Zahir & Batin Kami)
    Jadikan kami ummat yg istiqamah dlm menjalani Sunnah2 Nabi SAW, kerana disebalik sunnah adanya hikmah dan disebalik hikmah adanya pula Rahmat Allah.
    Dan hindarilah kami dari meninggalkan apa yg kami serukan kpd org ramai, Amat besarlah kebencian Engkau akan kelakuan itu. 
    Amin... Amin.... Amin.... Ya Rabbal-'Alamin....


    Waminallahit-taufiq
    Wassalam... =)


    Sunday, February 6, 2011

    Cuti-Cuti Matrikulasi... =)

    Bismillahir-Rahmanir-Rahim
    Assalamu 'alaikum buat para pembaca sekalian {kalau ada la, sbb rasanya mcm tak ada}


    Tajuk posting kali nih tak ada niat sama sekali utk mempromosikan Cuti yg akan anda nikmati apabila memasuki program Matrikulasi KPM. Simpan jauh2 la angan2 seperti itu, kerana masuk saja ke program tu, anda akan ''DILAYAN TERBAIK PUNYEEE!!!'' Kerana andalah permata harapan bangsa.. Get it??? (Permata/berlian terbentuk dari unsur Carbon yg diberikan tekanan yg hebat selama jutaan tahun, jd falsafah td digunapakai dlm membentuk peribadi manusia..... Wallahua'lam  bisshawab) hahaha.......

    Tapi, apa yg nak ditulis ni sebenarnya tentang pengalaman cuti Tahun Baru Cina. Boleh dikatakan antara cuti2 yg agak best semenjak aku mengikuti program nih.
    Sehabisnya kelas petang selasa lepas, terus kebilik & mulalah berkemas2 & memunggah baju2 kotor yg perlu dibasuh, maklumlah, 3 hari hujan tak berhenti.. leceh nak basuh baju. Kain yg sebelum2 ni pun tak kering2. Jadi, basuh baju di rumah dgn bantuan mesin basuh merupakan solusi yg terbaik!!!  Tak boleh bla..... hahahaha...

    Sampai saja rumah, terus basuh baju, sementara tu sempat la tgk tv. Sebelum tu, ada lah seorang sahabat aku yg comel (klik sini) mempelawa aku pergi jalan2 dekat Seremban. Idea bagus, sebab dah lama tak "hang out" dgn kawan2 sekolah dulu & sekolah jiran... =p.... Aku pun ok saja la.... yg tak bestnya, aku jgk lah yang kena sediakan transport adeh...... hahahaha..... Nasib baik dapat buat 'reservation' dgn ayah tersayang.
    Petang tu jgk aku terus keluar pergi gunting rambut, kasi 'SMART' sikit. -LOL- (perasan amek la kau azam oi!!)

    Nak dijadikan cerita, aku & rakan2 pun berangkatlah ke Seremban. Kami semua ber-6. Sampai Jaya Jusco Seremban2, terus tempah tiket wayang; cerita KHURAFAT. (1st time tgk cerita hantu kat wayang.. ngee...)
    Aku pun ok saja la. Walaupun agak tertanya2 apakah reaksi pabila menonton nanti, menjeritkah? atau menggigilkah???  hahahahaha..... Wayang mula pukul 4 ptg, maka aku dengan Kurt Physicit pergi la jenguk2 Popular Bookstore & yg perempuan pula mulalah nak bershopping2 (part yg malas nak join, mmg dasar perempuan..hahaha)
    Bila perut dah lapar, semua menghala ke FOOD-COURT. Usai makan, kami berbual2 tentang mcm2 hal, pasal U masing2, pasal sekolah & kawan lama, mengutuk orang pun ada juga.... Astaghfirullah.... haha....

    Paling best, bila tgk wayang.....org menjerit2 masa hantu menjelma. Aku pun terkejut2 jgk la, nasib baik jantung masih tiptop. Mmg tak boleh blah btul!!!! Tapi mmg happening. Best.. =)
     Habis tgk wayang, kaum hawa sambung aktiviti shopping lagi sekali.... Ya Allah.... Tak faham aku, dah la cina2 tu nak tutup kedai sebab diorg nak pegi makan besar Tahun Baru Cina, tapi mcm la bdk2 perempuan tu peduli... =)
    Kami semua balik ke sarang masing2 {ie. rumah} pukul 7.35 mcm tu la. Itupun ada yg abah dia dah telefon tanya kenapa tak balik2. Sampai aku pula yang naik risau. huhu...
    But, so far so good. Alhamdulillah.
    Lepas hantar kawan2 balik ke rumah masing2, aku terus balik kampung. But the worse is coming. time for me to do some Mathematics!!!!!! #$$%&^&^((*() Bepinau2 mata nak menyiapkannya.... hahaha
    Lepas ni Biology!!! apasal lah byk sangat????? Esok dah nak balik kolej pulak! Adoih!!!

    Apa-apa pun, cuti TERBAEK lah!! Thanks because spending some time with me. Lepas ni tak ada lagi cuti panjang, adoi! Tunggu la sampai habis Program Matrikulasi. Harap2 dapat skor yg terbaik dlm PSPM II ni & dapat pointer yg bagus moga dpt U & kursus pengajian yg baik =) Doakan ya, Ibu ayah, kawan2, Sahabat2.... 

    Waminallahit-taufiq
    Wassalam....

    Friday, January 28, 2011

    Bicara Mathnawi

    Assalamu 'alaikum...

    Sedang2 melakukan blog walking... maklumlah, baru lepas habis kelas biology tutorial..hahaha.. Terjumpa dgn satu posting yg boleh dikatakan agak lama juga aku tak mendalaminya... Berkenaan Tasawwuf ataupun Sufism menurut istilah Inggerisnya...

    Sebuah puisi yg terhimpun dlm kitab "MATHNAWI" karangan Mawlana Syeikh Jalaluddin Ar-Rumi. Kenal tak siapa Mawlana Ar-Rumi? =) Beliau mmg seorang yg Superb la dlm bidang2 kerohanian & teologi ni. Mungkin kalau ada masa akan aku buat satu posting ttg Mawlana Ar-Rumi.

    Balik kepada tujuan asal, aku nak share satu puisi karangan Mawlana Ar-Rumi, maknanya sungguh mendalam... Yang aku sdr pun belum mampu utk merungkai maksud sebenarnya.... Daripada terus merapu tak tentu pasal, baik aku terus share sahaja puisi tu..


    Bicara Mathnawi:

    Hari ini kulihat Sang Tercinta, seri semarak segala perkara itu; Ia lepas menuju ke langit bagai ruh Mustafa.

    Karena wajah-Nya, matahari menjadi malu, daerah langit terharu-biru sekacau kalbu; lantaran cerlangnya, air dan tanah lempung lebih bercahaya dari api menyala.

    Aku berkata, “Berikan padaku tangga, agar aku dapat naik ke langit pula.” Jawab-Nya, “kepalamu ialah tangga; purukkan kepalamu lebih rendah dari kakimu.”

    Bila kautempatkan kakimu lebih tinggi dari kepalamu, maka kakimu akan berada di atas kepala bintang-bintang; bila kau menyibak angkasa, injakkan kakimu di angkasa, nah, mulailah!

    Seratus jalan ke angkasa—langit pun menjadi jelas bagimu; membubunglah kau di setiap samar fajar ke langit raya, bagai sebuah doa.






    - Syaikh Jalaludin al Rumi-