Wednesday, April 27, 2011

Cepatnya Masa berlalu..... Kenangan di Matrik

Bismillahir-Rahmanir-Rahim.
    Assalamu 'alaikum wbt.

Bak kata pepatah Arab, "Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu". Benar atau tak ungkapan ini? Semestinya. Dalam Surah Al-Asr yg kita dok ulang, ulang & ulang saban masa tapi fahamnya tak juga.. (Saya lah tu.. =P).

Tapi itulah hakikat kehidupan, sentiasa berterusan & tetap berjalan. Pejam celik, pejam celik, sedar2 sudah hampir setahun rupanya. Sedar2 juga, rupa-rupanya program pengajian Matrikulasi pun dah tamat. Ya Tuhan, alangkah..........

Jika dihitung-hitung balik, sudah hampir seminggu saya berada dirumah, setelah selesai menduduki PSPM II yg menandakan tamatnya program Matrikulasi sesi 2010/2011. Bila ada dekat rumah ni, faham-faham saja lah, terbaring, makan, tidur, FB, game, baca buku (yo la tu!), tgk movie, adalah suatu kemestian! hahaha...
Tapi bila terpandang balik buku-buku rujukan, tutorial & nota-nota kuliah, teringat pula dekat kolej.

Banyak sangat kenangan & pengalaman yang dapat saya  timba selama berada di sana. Macam-macam jenis manusia yang sudah saya amati, berbagai-bagai jenis kelakuan yang dapat dilihat & ramai kawan & juga persahabatan yang dapat saya jalinkan. Alhamdulillah, Tuhan mengurniakan rakan-rakan yg baik-baik belaka terutamanya teman se-Praktikum yg saya kasihi (H3P2).

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, teguran dan hormat anda semua kepada saya. Rasanya, masa di sekolah dulu saja orang panggil hamba ini YB. Rupanya bila sampai saja di KMNS, panggilan itu bergema balik. =)
Bukan senang orang nak panggil YB, melainkan dia menang kerusi DUN atau Parlimen, hadoi...hahahahaha.... Kira menang tanpa bertanding lah utk H3P2.
Terima kasih sekali lagi atas penghormatan ini.Akan ku kenang sampai bila-bila.

InsyaAllah, kalau panjang masa serta ada kelapangan kita akan berjumpa kembali. Didoakan agar kita semua akan mendapat keputusan yg cemerlang dlm PSPM & dapat memasuki universiti yang kita idam-idamkan. Begitu juga sahabat yg sedang menduduki Final Exam di UiTM Lendu, Beting, Penang, RCMP, UIA atau mana2 pun, kejayaan buat anda semua dunia & akhirat.

Bergambar lepas last English Class

H3P2 (gambar skema)

Bersama Pn. Yat (mentor)
With Cik Halina, lecturer Mx yg sgt Best!
With Cikgu Azrina, lecturer Biology
 (utk makluman, gambar2 ini diambil sewaktu minggu-minggu terakhir sebelum study week =P )

Rindu H3P2.
Waminallahit-taufiq, Wassalam...

No comments:

Post a Comment