Monday, June 27, 2011

Besarnya Peranan Niat

Pasang niat siap2, sebelum sampai kpd tujuan! "LILLAHI TAALA" sebaik2 niatnya =)

Niat.... Satu lintasan dalam hati yg menunjukkan apakah perbuatan kita ini bersandar pada jalan yg sepatutnya. Peranannya tersangatlah besar, sehinggakan Hadis Rasulullah SAW berkenaan niat diletakkan sebagai Hadis pertama dalam 2 kitab besar iaitu Sahih Bukhari & Matan Arbain (Hadis 40) Imam Nawawi.
Diterimanya amal kita atau tidak, semua berdasarkan apa yg kita niatkan. Semoga segala amal yg kita lakukan baik bersifat duniawi & ukhrawi diterima oleh-Nya.. =)

Renung-renungkanlah, semoga bermanfaat buat diri kita semua. InsyaAllah =)

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar ibnul-Khattab ra. katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
Sesungguhnya setiap amal itu (bergantung) dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang itu dengan apa yg dia niatkan. Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah & Rasul-Nya, maka dia berhijrah kerana Allah & Rasul-Nya.
Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia & segala habuannya, atau kerana perempuan untuk dinikahi; maka hijrahnya kepada apa yg dia hendak berhijrah kepadanya. 

(Hadis Sahih, Muttafaqun 'alaih)

Niat kita, amal kita, semuanya atas kita ! The choice is in our own hand =)



No comments:

Post a Comment