Sunday, June 19, 2011

Perkongsian

Assalamu 'alaikum wbt.
Bismillahir-Rahmanir- Rahim.

Amat lamalah sekali saya tidak meng'update'kan blog yg amat disayangi ini.
Buat masa ini, saya sedang bercuti dlm jangka masa yg agak panjang (sehingga minggu pertama bln September), sementara menunggu panggilan kemasukan ke universiti. Masa yg agak pnjg ini serasanya saya isikan hanya dgn pulang ke kampung halaman, ber"on9", chatting, gaming [but I'm not a serious gamer.. ;)], dan tak lupa juga utk menghabiskan beberapa buah buku yg agak lama tergendala dek kesibukan yg melampau.. (mcm bgus saja kau! wakakakaka)

Perkongsian pertama yg ingin saya lontarkan adalah berkenaan situasi yg boleh juga nak dikatakan hangat jika diberikan sedikit perencah politik, iaitu isu "PILIHANRAYA JWTNKUASA MASJID & SURAU". Mengikut situasi, hanya Pulau Pinang sahaja yg dgn berani memulakan suatu tradisi baru dlm pelantikan sebuah jwtnkuasa institusi agama Islam di Malaysia. Pada saya ianya merupakan suatu cubaan yg berani. Masakan tidak, ahli kariah diberi peluang utk membuat penamaan calon, berkempen & membuat undian. Wah, tak ubah seperti kempen pilihanraya sebenar cuma berskala kecil.

Pada mulanya, saya tak mempunyai masalah dalam menyatakan sokongan, tapi bila melihat kepada perincian semula, nampak seperti ada perkara yg kurang elok & agak kurang sesuai dalam perlaksanaannya. Mengapa saya katakan demikian? Kita boleh lihat pada beberapa point penting...
1)Faktor Pencalonan
2)Faktor Ahli Kariah
3)Faktor Masjid sbg Pusat Pertemuan Umat Islam

1)Faktor Pencalonan
Sistem ini kurang elok jika diamalkan jika dilihat dari sudut Pencalonan. Beberapa wakil penyokong akan membuat penamaan kepada calon yg ingin bertanding dlm pilihanraya tersebut. Ok, so far so good... bak kata org putih...huhuhu..... Tapi mari kita sambung lihat dgn lebih dalam, seperti yang kita tahu org2 "dewasa &tua2" ni sudah semestinya akan membuat beberapa kelompok untuk membuat penamaan calon. Sesudah itu, calon-calon bertanding bersama-sama penyokong mereka semestinya akan memulakan proses berkempen dalam ahli kariah. Menyatakan kelebihan masing-masing merupakan kemestian. Apa yg ditakuti adalah dalam menjalankan kempen, sisi gelap calon-calon lain mungkin akan disingkap oleh lawan mereka. Kadang-kadang, kita takut juga jika dakyah politik secara tak sedar diserapkan masuk dalam kempen-kempen mereka. Dan kita tahu juga, org Malaysia kita, khasnya Melayu kita ini memang taksub berpolitik, dan adakala boleh menimbulkan keluarnya hamunan, cakap belakang & mungkin juga perbalahan.

2)Faktor Ahli Kariah
Selesai proses pencalonan dan kempen, kita nak tahu juga, siapa yg layak utk mengundi? Tentulah ahli kariah... betul tak? Pada hemat saya, selaku org yg masih lagi kurang pengalaman dalam kehidupan (sudah tentu!) bilangan ahli kariah ini sukar utk ditentukan, kerana lingkungan penduduk/ahli kariah yg menggunakan masjid yg sama adalah tidak sama. Kita semua sedia maklum, kebanyakan org tidak hanya menggunakan sebuah masjid sahaja utk bersembahyang atau melakukan aktiviti kemasyarakatan. Kadang-kadang mereka akan beralih ke surau yg berdekatan dgn kediaman bila tiba waktu solat fardhu dan akan pergi ke masjid pada waktu-waktu lapang yg lain dan juga sewaktu hari Jumaat. Hal ini tidak dapat dinafikan dalam masyarakat setempat kita, atau paling tidak pun di tempat kediaman saya. Majlis Agama Islam di Pulau Pinang pula hendak menetapkan daftar pengundi di kariah yg tertentu. Sudah tentu ini suatu yang agak janggal. Saya juga dimaklumkan ahli-ahli kariah yg dibenarkan mengundi dibahagikan kepada umur-umur tertentu. Warga emas yg berusia 70 tahun keatas??? (minta sesiapa yg lebih tahu, utk betulkan.) tidak termasuk dalam mereka yg layak mengundi. Mengapa? Kalau begitu, remaja pula bagaimana?

3)Faktor Masjid Sebagai Pusat Pertemuan Umat Islam
Masjid merupakan kata terbitan, berasal dari perkataan sujud/sajida/sajdah yg bererti sujud, bersujud, kadaan sedang bersujud. Jadi Masjid dapatlah diertikan sebagai tempat org2 Islam mengabdi pada Allah (sujud & solat), tmpat perbincangan, tempat ukhuwah & patut disucikan lagi dihormati oleh orang Islam. Sepatutnya, umat Islam dari kalangan ahli kariah mahupun boleh saja menggunakan istitusi masjid demi kemaslahatan bersama. Sesiapa juga dialu-alukan, hatta pada saya, kalau org itu bukan bermazhab sunni misalnya dari kalangan mazhab syiah, kita tidak boleh menidakkan hak mereka untuk menggunakan masjid sebagai tempat ibadah selagi mereka tidak membawa ajaran mereka kpd masyarakat umum. Jadi, ringkasan dari apa yg saya leterkan ini adalah KESATUAN. Ya! Institusi masjid adalah institusi kesatuan. Disinilah umat Islam dapat bersama tanpa berprasangka buruk, tanpa membawa mana-mana identiti politik dan hanya membawa identiti yg tunggal iaitu : KAMI SEMUA ADALAH SAUDARA SEISLAM.
Pilihlah jalan yg lebih selamat utk memilih sesiapa yg layak utk menjadikan masjid tersebut lebih diimarahkan. Gunakanlah cara musyawarah, serta buatlah pertimbangan yg seadilnya dlm memilih ahli jwtnkuasa. Mungkin juga kita boleh membuat kelainan, seperti membuat giliran tugas bilal mahupun imam? Boleh saja tentunya.....

Apa-apa pun, apa yg saya nukilkan cumalah pandangan. Masih ada ruang untuk diperbetulkan. Tp, saya rasa inilah jalan yg sebaiknya.

Ingatlah, org-org diluar sememangnya suka melihat kita bercakaran sesama agama, sesama bangsa. Jd berwaspadalah. Moga Allah melindungi kita semua. InsyaAllah.

Renungan bersama


"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." [At-Taubah: 18]

Al-Imam Hasan ibni Ali juga pernah berkata: 
 "Tiga macam orang yang dibawah lindungan Allah:
  • Seorang yang masuk masjid tidak masuk kecuali untuk Allah. Maka ia sebagai tamu Allah sehingga keluar kembali ke rumahnya. 

  • Dan seorang yang ziarah kepada saudaranya sesama muslim tiada berziarah kecuali karena Allah, maka ia termasuk ziyarah kepada Allah sehingga kembali. 

  • Dan seorang yang berhaji atau umrah tiada bepergian kecuali karena Allah, maka ia sebagai utusan Allah sehingga kembali pulang ke rumahnya.





  • Masjid Besi, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin IV di Putrajaya. Cantik kan? =)

    No comments:

    Post a Comment