Sunday, July 24, 2011

Ingat ini sampai bila-bila ye

Seorang penceramah pernah berkata, " Apa yang kamu suka tak semestinya akan menyukakan hati kamu selama-lamanya"

Sebab apa penceramah tu kata macam tu, Allah Taala beri jawapannya utk kita perhalusi.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

Surah Al-Baqarah, ayat 216

Jgn sedih bila tak dapat apa yg kita nak, mungkin Allah akan gantikan dgn sesuatu yg lebih baik.
Allah tahu apa yg terbaik untuk kita. =')

Waminallahit-taufiq, Wassalam



Sains Biology ke Sains Pentadbiran??

Bismillahi Taala.
Assalamu 'alaikum warahmatullah buat semua pembaca (kalau ada? huhu)


Rasanya sudah 2 minggu lebih saya tak meng'update' blog bertuah ni. Bukan apa, mungkin nak ambil mood & keadaan saya sekarang yg sudah bergelar org berkerjaya (baca: Cikgu Gnti! wahaha) mungkin menghalang sedikit sebanyak masa untuk mengemaskini entry-entry baru. Kali ni, saya nak mencoretkan sedikit sebanyak tentang keputusan UPU saya yg lalu. Mungkin ada yg rasakan isu ini mungkin sudah basi. Tapi, bagi saya, selagi tak melangkah ke menara gading, selagi itulah juga isu ini sentiasa relevan... hehehe....


Masa nak menyemak keputusan UPU, hati sebenarnya dah terasa lain macam (instinct / firasat ke? wallahua'lam =P). Ah, redah saja lah! hahaha....
Haaaaaaa..... sekali klik, jwpnnya telah terjawab!


TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

KOD PROGRAM: EL04
NAMA PROGRAM PENGAJIAN: SAINS PENTADBIRAN &PENGAJIAN POLISI
IPTA: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UiTM)




Wah!!! Apakah ini! hahaha..... Terdiam juga dibuatnya. Masakan tidak, di Matrikulasi, berhempas pulas belajar subjek Sains, tiba-tiba bertukar haluan pula. Macam mana ni???? Perasaan saya masa tu tak tahu lah nak cakap macam mana. Gembirakah? Suramkah? 'Excited'kah? Takutkah? Enntaahhhhlaaahhhh..... haha... 
Lalu saya 'post'kan keputusan UPU tersebut di 'wall' FB. Semua org mesti komen macam ni....

  • Tahniah YB!
  • Caya lah... mmg jd YB la kau... haha...
  • Den undi kau nnti... wahhaha...

Kau org rasa aku ada tokoh ke nak jadi YB? Kalau ada, saya hargai pandangan semacam itu, dan doakan lah yg terbaik buat saya. ;) Tp saya paling suka komen Kak Chapi, & Kak Nad

  • AZAM...awk tu da dtakdirkan berada dlm bidang pentadbiran...=) awk pasti akn cemerlang..insyaAllah....r​ezeki Tuhan nak bg tu, mungkin itu yg terbaik utk awk...
  • Akk sentiasa doakan kamu.
Terharu saya dibuatnya. Kawan-kawan, sahabat-sahabat semuanya berkeyakinan ttg apa yg saya boleh lakukan utk masa depan saya. Allah akan berkati anda semua. Saya doakan semua sahabat saya. Allah yubarik fikum... =') Mulut korang semua lah yg masin panggil "YB" masa di Matrikulasi dulu..... hahahaha...

Tak dapat saya nafikan, sebenarnya saya suka dgn matapelajaran Biology jika dibandingkan dgn subjek Sains yang lain. Sebab apa? Mungkin saya dapat melihat kebesaran Allah melalui ciptaan-Nya dgn lebih dekat melalui Biology. Saya rasa dekat dgn-Nya bila belajar Biology. huhu.... Tapi Allah lebih mengetahui, takdir saya bukan dlm bidang ini. Wallahu Khairul-Maakiriin.... 
Saya yakin, apa-apa yg saya pelajari ttg Sains dahulu takkan sia-sia begitu sahaja. Mungkin ada gunanya pada masa yang Dia sendiri tentukan. Sekurang-kurangnya, saya bangga pernah menjadi salah seorang ahli dalam dunia Sains sewaktu di sekolah & kolej dahulu. 

Macam mana agaknya berada dlm dunia pentadbiran? hmmm.... Mungkin cabarannya lebih lagi. Menjadi seorang pentadbir mungkin saja memerlukan komitmen dan integriti walaupun rasanya tidaklah seperti profesion kedoktoran (betul tak kak Nad? hehe). Kena sentiasa mengurus apa yg ada dalam sesuatu badan kerajaan, menjadi diplomat, serta menjaga kebajikan anak-anak tadbirnya. Bisa saja org jadi leka dgn jawatan yg besar tanpa sedar yg dia ada tanggungjawab yg sama besar turut serta dgn jawatannya. Allah permudahkan segala urusan kita. Amin...

Tak kisahlah, kita dalam aliran apa pun, insyaAllah ada saja jalan rezekinya. Moga kawan-kawan semua mencapai kejayaan di masa akan datang. Bersama kita SUKSES ya! 

Ni gambar-gambar masa tgh syok belajar Bio dulu... I will never forget such momment...

kesian kat tikus ni masa mula2, last2 habis jgk kena bedah! hahaha
Zoologist wannabe?? 

"apo aluih bona tali porut tikuih ni! jantan ko tino ni? takdo plak testes eh...hahaha"
ni poyo je lebih...
Bio Fair, suka la waktu ni.... ceritakan pengalaman masuk gua n kenalkan species2 serangga kat org ramai.. =)


Macam mana la rupa bila jd pentadbir nnti ye?? hmmmm....

Waminallahit-taufiq, wassalam... 









Saturday, July 9, 2011

Update Terkini BERSIH vs PATRIOT !!! (HOT!)



Hari ini, seperti yg kita ketahui telah berlansungnya tunjuk perasaan/perhimpunan 'haram'. Pertembungan antara BERSIH & juga PATRIOT.

Boleh dikatakan, acara ini sebenarnya mmg mendapat sambutan rakyat; baik penyokong pembangkang (berpihak pada BERSIH) mahupun penyokong kerajaan & NGO Perkasa (berpihak kepada PATRIOT)

Utk mengetahui liputan secara lanjut (kerana TV kita tak menunjukkan berita secara penuh), anda semua boleh melayari link

(sila klik)


Poning kepalo den! haih......

*PS: Ya Allah, aman & selamatlah negaraku yg tercinta ini. Letakkanlah keadilan yg sebenar ditempatnya, hindarilah kami dari fitnah, kejian, umpatan & perbalahan sesama agama & bangsa... Amin Ya Mujib as-Sa'ilin.

Thursday, July 7, 2011

Org kita; Pandai atau bodoh?? Pandai lah harapnya.....


Hari ini teringin pula nak 'update' blog bertuah ini. Tiba-tiba terfikir pula ttg keadaan org Melayu kita & org Islam terutamanya. Kadang-kadang, timbul pula rasa hairan kenapa masyarakat Melayu kita yg katanya begitu identik dgn ke-Islamannya boleh senang-senang tergelincir kpd landasan yg salah. Saya bukan bercakap soal moral & akhlak semata-mata; kerana yg lebih saya runsingkan adalah ttg pegangan org kita.

Apa sebenarnya yg saya maksudkan? Ianya berkenaan penyakit yg makin membarah dlm masyarakat kita. Penyakit keilmuan namanya. Ada ke penyakit ni? Semestinya! Bila bicara soal keilmuan, takkan lari dari 2 kondisi; (1)Kepandaian/Kebijaksanaan/Intelligence & (2)Kebodohan/Kejahilan/Ignorance. Siapa yg byk ilmunya, pandailah dia. Siapa yg tiada ilmunya, jahil lah dia. Sudah tentulah dlm budaya Melayu & Islam, soal keilmuan memang jadi nombor 1. Org tua-tua kita ada berpantun (alah pantun masa kita tadika dulu..hehe); 

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

  
Saya x tau, ajarlah...huhuhuhu.....
Nah, tok nenek moyang kita dari dulu dah menurunkan petunjuk & pengajaran dlm bentuk santai tapi mempunyai makna tersirat. Pentingnya seorang yg kurang berilmu itu meminta tunjuk ajar orang yg alim atau lebih mengetahui supaya kita dpt pemahaman yg sebenar. Sebab ada bidalan "malu bertanya sesat jalan" =)
Dalam Quran pun Allah SWT ada menyebut 

"Fas alu ahladzikri, inkuntum la ta'lamun",
 tanya lah org2 yg berpengertahuan, jika kamu tidak mengetahui.

 Jgn jadi org yg berlagak. Nanti buruk padahnya, lebih-lebih lagi dalam soal-soal hukum agama, soal kerjaya, dan soal kehidupan. Salah kefahaman, membawa padah! 

Berkenaan dgn kebodohan atau kejahilan, ada satu lagi pantun yg nak saya kongsikan. Pantun ni pun mesti semuo org tahu punya lah.... (Kocik2 ponah donga ni...hehehe)

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dlm perahu,
Suruh makan engkau makan,
Suruh mengaji engkau tak mahu (tak tahu).

inilah jadinya, bila dah terlalu lama sangat tak mengaji, tak belajar.... bila besar, cmni la jdnya, mengalahkan BERUK MENGAWAN!
 haih.... Astaghfirullah... 

Tgk sahaja gambar diatas tu, kamu semua rasa "malaun" 2 org tu, Bangang ke; Bodoh ke; atau *#%*& ke? Osah gilo eh! 
Ini lah padahnya, bila masa yang ada masa muda-muda dulu, org suruh mengaji/belajar; tapi dia entah kemana. Lari ikut kawan lah, ponteng sekolah lah, mengaji Quran main-main lah. Mereka yg ponteng & lari masa disuruh pergi belajar memang padan lah perangainya setaraf dgn org zaman batu. Tapi, kalau org tu memang jenis mengaji & rajin belajar; tapi perangainya sebegini teruk...... MasyaAllah.... Na'uzubillahi min zalik (Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perkara sebegitu). 
Hinalah tarafnya kita. Bahkan, lebih teruk dari binatang melata. Tak malukah kita???

Jadi, apa yg penting sekarang, belajarlah... Pergilah mengaji; ilmu dunia akhirat. Lengkapkan diri kita semua. Semoga dgn kepandaian dan kebijaksanaan, kita dapat mengelak dari melakukan kemungkaran & maksiat kepada Allah SWT & kepada manusia juga. 

Yg terakhir, fahamkanlah mesej disebalik gmbr dibawah ini.

Seorang yg bodoh adalah seorang yg bijak kepada org bodoh yg lain.

Maka, fahamkanlah.... (termasuklah buat diri saya yg penuh kekurangan ini)

Waminallahit-taufiq,
Wassalam...........................




Saturday, July 2, 2011

Yang Mana Satu?? Cuba Pilih... hmmmm

Assalamu 'alaikum wbt...
Bismilllahir-Rahmanir-Rahiim...

Hari ini, saya nak kongsi sedikit cerita (lebih kpd peringatan). Dikatakan bahawa, guru kepada Imam Sibawayh, seorang yg pakar dalam Ilmu Bahasa Arab; pernah berkata:

Ketahuilah, manusia dgn ilmu itu ada 4 pembahagiannya;


  • Pertama, dia seorang yg berpengatahuan (yakni berilmu), & dia tahu tentang apa yg dia ketahui. Maka dia ini adala seorang 'ALIM. Maka ikutilah dia
  • Kedua, dia ini seorang yg berpengetahuan, tetapi dia tidak tahu (tidak sedar) yg dia berpengetahuan. Dia ini ibarat orang yang TIDUR; maka kejutkanlah dia (dgn nasihat)
  • Ketiga, dia seorang yg tidak berpengetahuan & dia tahu (sedar) yg dia ini tidak berpengetahuan. Sesungguhnya inilah orang yang MINTA PETUNJUK/MINTA DIAJARKAN; maka tunjukkanlah kepadanya.
  • Keempat, dia seorang yg tidak berpengetahuan, tetapi dia tidak sedar akan ketidaktahuannya itu. Sesungguhnya dia ini JAHIL sebenar-benarnya. Maka tinggalkanlah dia.

Alim? Tidur? Minta Petunjuk? Jahil???? Yg mana satu aku punya....