Sunday, July 24, 2011

Sains Biology ke Sains Pentadbiran??

Bismillahi Taala.
Assalamu 'alaikum warahmatullah buat semua pembaca (kalau ada? huhu)


Rasanya sudah 2 minggu lebih saya tak meng'update' blog bertuah ni. Bukan apa, mungkin nak ambil mood & keadaan saya sekarang yg sudah bergelar org berkerjaya (baca: Cikgu Gnti! wahaha) mungkin menghalang sedikit sebanyak masa untuk mengemaskini entry-entry baru. Kali ni, saya nak mencoretkan sedikit sebanyak tentang keputusan UPU saya yg lalu. Mungkin ada yg rasakan isu ini mungkin sudah basi. Tapi, bagi saya, selagi tak melangkah ke menara gading, selagi itulah juga isu ini sentiasa relevan... hehehe....


Masa nak menyemak keputusan UPU, hati sebenarnya dah terasa lain macam (instinct / firasat ke? wallahua'lam =P). Ah, redah saja lah! hahaha....
Haaaaaaa..... sekali klik, jwpnnya telah terjawab!


TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

KOD PROGRAM: EL04
NAMA PROGRAM PENGAJIAN: SAINS PENTADBIRAN &PENGAJIAN POLISI
IPTA: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UiTM)




Wah!!! Apakah ini! hahaha..... Terdiam juga dibuatnya. Masakan tidak, di Matrikulasi, berhempas pulas belajar subjek Sains, tiba-tiba bertukar haluan pula. Macam mana ni???? Perasaan saya masa tu tak tahu lah nak cakap macam mana. Gembirakah? Suramkah? 'Excited'kah? Takutkah? Enntaahhhhlaaahhhh..... haha... 
Lalu saya 'post'kan keputusan UPU tersebut di 'wall' FB. Semua org mesti komen macam ni....

  • Tahniah YB!
  • Caya lah... mmg jd YB la kau... haha...
  • Den undi kau nnti... wahhaha...

Kau org rasa aku ada tokoh ke nak jadi YB? Kalau ada, saya hargai pandangan semacam itu, dan doakan lah yg terbaik buat saya. ;) Tp saya paling suka komen Kak Chapi, & Kak Nad

  • AZAM...awk tu da dtakdirkan berada dlm bidang pentadbiran...=) awk pasti akn cemerlang..insyaAllah....r​ezeki Tuhan nak bg tu, mungkin itu yg terbaik utk awk...
  • Akk sentiasa doakan kamu.
Terharu saya dibuatnya. Kawan-kawan, sahabat-sahabat semuanya berkeyakinan ttg apa yg saya boleh lakukan utk masa depan saya. Allah akan berkati anda semua. Saya doakan semua sahabat saya. Allah yubarik fikum... =') Mulut korang semua lah yg masin panggil "YB" masa di Matrikulasi dulu..... hahahaha...

Tak dapat saya nafikan, sebenarnya saya suka dgn matapelajaran Biology jika dibandingkan dgn subjek Sains yang lain. Sebab apa? Mungkin saya dapat melihat kebesaran Allah melalui ciptaan-Nya dgn lebih dekat melalui Biology. Saya rasa dekat dgn-Nya bila belajar Biology. huhu.... Tapi Allah lebih mengetahui, takdir saya bukan dlm bidang ini. Wallahu Khairul-Maakiriin.... 
Saya yakin, apa-apa yg saya pelajari ttg Sains dahulu takkan sia-sia begitu sahaja. Mungkin ada gunanya pada masa yang Dia sendiri tentukan. Sekurang-kurangnya, saya bangga pernah menjadi salah seorang ahli dalam dunia Sains sewaktu di sekolah & kolej dahulu. 

Macam mana agaknya berada dlm dunia pentadbiran? hmmm.... Mungkin cabarannya lebih lagi. Menjadi seorang pentadbir mungkin saja memerlukan komitmen dan integriti walaupun rasanya tidaklah seperti profesion kedoktoran (betul tak kak Nad? hehe). Kena sentiasa mengurus apa yg ada dalam sesuatu badan kerajaan, menjadi diplomat, serta menjaga kebajikan anak-anak tadbirnya. Bisa saja org jadi leka dgn jawatan yg besar tanpa sedar yg dia ada tanggungjawab yg sama besar turut serta dgn jawatannya. Allah permudahkan segala urusan kita. Amin...

Tak kisahlah, kita dalam aliran apa pun, insyaAllah ada saja jalan rezekinya. Moga kawan-kawan semua mencapai kejayaan di masa akan datang. Bersama kita SUKSES ya! 

Ni gambar-gambar masa tgh syok belajar Bio dulu... I will never forget such momment...

kesian kat tikus ni masa mula2, last2 habis jgk kena bedah! hahaha
Zoologist wannabe?? 

"apo aluih bona tali porut tikuih ni! jantan ko tino ni? takdo plak testes eh...hahaha"
ni poyo je lebih...
Bio Fair, suka la waktu ni.... ceritakan pengalaman masuk gua n kenalkan species2 serangga kat org ramai.. =)


Macam mana la rupa bila jd pentadbir nnti ye?? hmmmm....

Waminallahit-taufiq, wassalam... 









No comments:

Post a Comment