Saturday, July 2, 2011

Yang Mana Satu?? Cuba Pilih... hmmmm

Assalamu 'alaikum wbt...
Bismilllahir-Rahmanir-Rahiim...

Hari ini, saya nak kongsi sedikit cerita (lebih kpd peringatan). Dikatakan bahawa, guru kepada Imam Sibawayh, seorang yg pakar dalam Ilmu Bahasa Arab; pernah berkata:

Ketahuilah, manusia dgn ilmu itu ada 4 pembahagiannya;


  • Pertama, dia seorang yg berpengatahuan (yakni berilmu), & dia tahu tentang apa yg dia ketahui. Maka dia ini adala seorang 'ALIM. Maka ikutilah dia
  • Kedua, dia ini seorang yg berpengetahuan, tetapi dia tidak tahu (tidak sedar) yg dia berpengetahuan. Dia ini ibarat orang yang TIDUR; maka kejutkanlah dia (dgn nasihat)
  • Ketiga, dia seorang yg tidak berpengetahuan & dia tahu (sedar) yg dia ini tidak berpengetahuan. Sesungguhnya inilah orang yang MINTA PETUNJUK/MINTA DIAJARKAN; maka tunjukkanlah kepadanya.
  • Keempat, dia seorang yg tidak berpengetahuan, tetapi dia tidak sedar akan ketidaktahuannya itu. Sesungguhnya dia ini JAHIL sebenar-benarnya. Maka tinggalkanlah dia.

Alim? Tidur? Minta Petunjuk? Jahil???? Yg mana satu aku punya....

No comments:

Post a Comment