Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Kareem & Fakta2 Menarik ttgnya =)

Salamu'alaikum Warahmatullah pada para pembaca... (kalau ada.. hehe)

Dalam post yg terbaru kali ini, saya nak kongsilah sedikit fakta2 menarik tentang Puasa & Ramadhan hendaknya. Harap2 perkonsian kali ini dapat dimanfaatkan oleh kita Umat Islam dan sesiapa sahaja utk mendapatkan lebih maklumat secara santai & mendalam. 
Insya Allah...
 
Selamat membaca =)

Fakta 1
Tahukah anda, puasa sebenarnya telah disyariatkan oleh Allah pada umat2 terdahulu selain umat Nabi Muhammad SAW. Umat dari agama Masihi/Nasrani (Kristian) & Yahudi juga terkenal dengan ibadah puasanya. Bahkan umat2 lain yg diluar lingkungan agama Abrahamic/Ibrahimiah seperti Hindu, Buddha & Sikh juga mempunyai ibadat puasa walaupun berlainan perlaksanaannya dari cara Islam.

(Semak Al-Baqarah; ayat 183)

Fakta 2
Tahukah anda, sebelum puasa Ramadhan diwajibkan; Rasulullah SAW telah memerintahkan (baca : mewajibkan) umat Islam berpuasa pada bulan Muharram; secara spesifiknya pada 9 & 10 Muharram (hari Tasu'a & Asyura). Apabila ayat berkenaan Ramadhan diturunkan, Rasul SAW telah memberikan kata dua; samada puasa 9 & 10 diteruskan (sunat) atau ditinggalkan. 

(Semak : Sahih Muslim, Kitab Puasa; Hadis 2511)

Fakta 3
Tahukah anda, Ramadhan mempunyai 3 fasa? 
Ya! Fasa pertama ialah Fasa Rahmat, kedua ialah Fasa Maghfirah (Keampunan Allah) & Fasa ketiga iaitu Fasa Itqum-minan-naar (Perlepasan dari api neraka). Marilah kita memanfaatkan masa dgn ibadah ye =P

(Semak : Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Fakta 4
Tahukah anda bahawa Ramadhan adalah bulan yg diturunkan Al-Quran kepada kita? Sebahagian ulama' berpendapat ayat pertama diturunkan adalah ayat 1-5 Surah Al-Alaq manakala sebahagian ulama' pula mengatakan surah Al-Muddatsir. Berkenaan bilakah masanya pada bulan Ramadhan yg wahyu pertama diturunkan, ulama' masih mempunyai perbezaan pendapat. Sebahagian mengatakan pada 17 Ramadhan 13 tahun sblm Hijrah (6 Ogos 610), & sebahagiannya mengatakan pada 24 Ramadhan (13 Ogos 610).
Menariknya, kedua2 tarikh tersebut jatuh pada hari Isnin!

Fakta 5
Tahukah anda, makhluk yg bernama Syaitan dlm keadaan terbelenggu di dalam bulan Ramadhan? Ini telah dinyatakan oleh Rasul yg Mulia SAW, syaitan2 akan dirantai di bulan mulia ini, pintu2 rahmat dibuka dan pintu2 neraka ditutup rapat! Jadi, kenapa kita boleh juga tergoda dgn bermacam2 tarikan dan godaan? Ketahuilah, kita sebenarnya berdepan dgn musuh besar iaitu NAFSU.

(Semak: "Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dirantai". Hadis Riwayat Bukhari, Tirmidzi, Nasai, Malik dll.)

Ramadhan Kareem =')
Bersambung.......

Waminallahit-Taufiq.. Wassalam.

2 comments: