Wednesday, July 18, 2012

Ustaz yang Sempoi--- Al-Fadhil Ustaz Kazim

Bismillah, nahmaduhu wanusolli wanusallim 'ala Rasulihil-Karim wa 'ala aalihi wasahbihi ajma'in 
=)
Terasa tangan ni dah tak macam dulu2, dah kurang 'power' utk menulis dlm blog bertuah ni. Maklum saja, dah berbulan2 tak berkesempatan utk mencoretkan segala luahan dan perkongsian. Kenapa? Sibukkah? Atau tiada moodkah? 'Tensionkah'? Wallahu a'lam bisshawab, Dia-lah yg Maha Tahu dgn sesempurna ilmu-Nya. Tapi sekarang, sy dah mula bercuti (selama seminggu..sigh )
seminggu je kot.... xpelah, nikmatinya dgn tenang.. hehe

Jadi, tu yang rasa nak menulis semula. Kali ini, sy nak kongsi sikit berkenaan "Ustaz-Ustaz yang Sempoi" bg pandangan dan hemat hamba yg tak seberapa. Sy pasti, anda juga mesti setuju. Mereka2 inilah yg berjaya menyuburkan ilmu dan kefahaman tentang agama Islam kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukanlah niat sy ini utk mengecil2kan peranan ustaz-ustaz lain, jauh sekali menidakkan sumbangan para Masyaikh yg giat menyuburkan ilmu Allah ini supaya berkembang biak di alam & rantau Nusantara kita ini. Kalau ada masa, insyaAllah, sy akan buat entri pasal peranan mereka ye=)

Tapi untuk kali ini, sy nak perkenalkan 3 tokoh yg sy nobatkan dgn gelaran "Ustaz-Ustaz Sempoi Se-Malaysia!" 

1) Al-Fadhil Ustaz Mohd. Kazim Hj. Elias
2) Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus
3) Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Kali ni sy nak cerita tentang Ustaz Kazim dulu...

1) Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Elias


''Relax la bro.." hehehe-- Ustaz Kazim  
Sy mula diperkenalkan dgn Ustaz ni sewaktu belajar di Matrikulasi dulu. Igt lagi masa tu, tgh2 on9 FB, lepas tu kawan sy, Daniel Asyraff, pegi la surf utube n buka la ceramah Ustaz Kazim. Masa tu mmg tak kenal lnsung, "Sape ni???" huhu... Bila dah tgk video tu, barulah timbul minat utk terus mengikuti pengajian dgn Ustaz Kazim secara VCD n on9 di utube. 

(ni la video yg mula sy tgk ustaz kazim! mmg tak tahan nak gelak...sampai skrg masih menyengat!)

Lepas tu Daniel pun mula lah mainkan segala CD2 ustaz, ada 2 BEG! hahahahaha...Terbaekk la bro...=) Terima kasih sbb memperkenalkan Ustaz Kazim kepadaku. Boleh kata bila bosan2 terutama tgh buat tutorial yg melampuh2 tu... haha.. Kebanyakan isi ceramah Ustaz Kazim disampaikan dgn sempoi, tidak terlal berat, bersahaja, diselangi dgn jenaka (sampai ada org gelar dia Ustaz Raja Lawak!), dan ada kalanya bernada serius. Ada ceramah berunsur motivasi, fiqh, tauhid dan isu-isu remaja terutamanya apabila disampaikan di Universiti2 dlm negara kita antaranya UITM, USM, dan kolej2. 

Ustaz Kazim Elias ni anak kelahiran Batu Kurau, Perak. Lahir pada 28 November 1971. Ustaz Kazim dah lama berkecimpung dlm dunia ceramah dan dakwah dah 20 tahun lebih (Ustaz start berceramah semenjak tahun 90an lg tau). Sekarang Ustaz Kazim dah ada sebuah pusat tahfiz, "Pusat Tahfiz AlBarakah" di Lot 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, 30020 Ipoh, Perak. (sila2lah melawat lawan web Ustaz ye, http://www.albarakah.org). 

Ustaz Kazim dah mula memasuki rancangan bercorak agama di TV seperti Forum Perdana Ehwal Islam, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz dan Syahadah). Syabas ustaz. Tp sy sebenarnya sedih jgk, sbb dlm tahun ni ustaz sudah mula menyuarakan utk berhenti  berceramah di negeri2 luar dr Perak bermula pd November 2012. =( Kenapa ya ustaz?? hmmm... Sedih pula rasanya bila ustaz bgtau yg dia dah letih nak berdepan dgn segala tohmahan, kutukan, fitnah, kata nista org2 politik yg menuduh ustaz mcm2 tuduhan. Sy sdr dah tgk, ada blog ni kata ustaz pengampu parti kerajaan sampai dapat tanah utk wat skolah tahfiz, pastu diorg super-imposed gmbr skolah tu smpai nampak skolah Ustaz Kazim ni berbahaya! Sebab apa ye? Sbb diorg tuduh sekolah tu dibina bwh pencawang elektrik! Bukan tu saja, ada yg tuduh dia join parti BN lah, OSTAD UMNO 1M'sia la. Padahal Ustaz xpernah pun ckp dia org UMNO. Ntahlah, manusia ni susah nak ditutup mulutnya. 

Sy senang dgn pendekatan dakwah Ustaz Kazim, apa yg dirasakan salah, dia akan tegur. Tak kisah lah UMNO kah, atau PAS kah, atau PKR kah, apatah lg DAP, MCA, MIC kah.... Ustaz pernah kata dlm ceramahnya, "Sy pernah ditanya oleh AJK PAS Negeri Perak, samada ustaz ni UMNO ke, atau PAS? Sy jawab sy ISLAM." "Ada politician BN pernah ckp kat sy utk teruskan berdakwah mcm ni, xpyh join mana, tegur je dua2 belah pihak". 

Manusia ni apa nak jd tak tahu lah, bila dah berpolitik, tak igt mana tujuan mana pula alat, mana pula matlamat. Mana perginya akhlak kita? hmmm... Cubalah kita cermin diri, apa yg kita ckp seiring tak dgn perbuatan? Sy tuju pada pada mana2 belah sekali pun, UMNO ke, PAS ke, PKR ke... Pikir la dlm2.
Oklah, berhenti cerita2 politik. =P  Sambung balik cerita pasal Ustaz Kazim, lg elok. huhuhu... =)

Tahun lepas Ustaz Kazim telah dinobatkan sbg org ke-9 dlm carian Google selepas Rihanna! Wow! Ustaz Kazim benar2 bersyukur kerana berjaya menaikkan nama org2 agama dlm persada dunia siber. Sekarang kita boleh tgk Ustaz Azhar & Ustaz Don semakin popular, bahkan, mungkin mereka berdua pula yg akan menduduki carta carian Google Top-10. InsyaAllah... Dua2 Ustaz ni mempunyai potensi yg tinggi, ''no doubt about it''.

Apapun, sy mendoakan Ustaz Kazim, Ustaz Azhar & Ustaz Don, bersama2 dgn guru2 agama yg lain agar terus menyuburkan ilmu2 Allah, menjadi daei yg benar2 mendapat keredaan Allah kerana telah membuatkan sy & rakan2 yg lain mengenal Allah & ajarannya. InsyaAllah.


layan dulu satu lg klip ceramah ustaz kazim ye =)

      Sukses selalu Ustaz! 

Waminallahit-taufiq
Wassalam.


Memberi..bukan kerja susah...


Masa berjalan2 dlm ruangan FB sebentar td... terjumpa dgn sikit info berkenaan "MEMBERI"




Tak perlu jadi orang kaya baru boleh jadi penderma yang membantu orang susah.


Bai Fang Li,20 tahun mengayuh beca dan telah menderma sebanyak 350,000 Renminbi (lebih kurang RM 173,429.36 ) untuk membantu lebih daripada 300 orang pelajar yang hidup dalam kemiskinan.


Musim sejuk yang lepas,dia memberi 500Renminbi(RM 247) yang terakhir dan menyatakan ini adalah derma terakhir sebab dia dah tak mampu untuk bekerja.


Bai Fang Li meninggal pada umur 93 tahun.


Busuk touching :'(,what a wonderful man..


via: Malaysia.my
-izat


(terasa plak diri sy ni... duit ada, tp nak menyumbang pada jalan Allah pun susah, pndai memilih2..)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Marilah kita renung2kan sejenak pesanan sahibul fadhilah, Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias :


3 Perkara yang membinasakan
1.Bakhil
2.Nafsu yg diikuti
3.Berbangga dgn pendapat sendiri

Waminallahit-taufiq..
Ma-assalamah..

Saturday, February 25, 2012

~Green Zone~ (Film Review)

Assalamu 'alaikum wbt, dari sy buat semua =)

Hari ni, apa kata kita bercerita pasal filem plak, boleh? (dah mcm pengulas filem profesional plak..hehe).
Dalam pukul 11 td, terus la dicapai remote control Astro, channel yang dipilih adalah HBO (411). Filem yang dipaparkan waktu tu agak menarik yakni "Green Zone" ataupun "Kawasan Hijau/Kawasan Selamat" jika diterjemahkan dlm bahasa kita ni.



Apa itu ''Green Zone''???
Sebelum kita menelaah dgn lebih mendalam isi filem ni, apa kata kita tambahkan sikit ilmu berkenaan "Green Zone" yg telah dipilih menjadi tajuk filem berkenaan. Jadi apa sebenarnya Kwsn Hijau ni??? Kawasan berpokok ke? Kawasan bangunannya di cat warna hijau ke? Ke kawasan Parti PAS? (hehehe... maaf ye, tiada sentimen politik yg menghina, sy hormat tau). 
Sudah tentu apa yg dinyatakan sebentar tadi dilihat sbgai out of context
Sebenarnya, Green Zone adalah suatu zon ataupun kawasan yang aman dari sebarang uprising puak2 pemisah di bumi Iraq. Nama lain bg Green Zone ni adalah Iraqi International Zone; dlm kata lain Zon Antarabangsa Iraq. Ia juga dikenali dgn jolokan ''the bubble'' disebabkan ianya merupakan kawasan paling selamat di wilayah bergolak Iraq. Kawasan/zon ini dilengkapi dgn Blast Wall (termasuk T-Wall; sejenis tembok yg telah diperkukuh dgn concrete & besi yg kukuh utk melindungi org2 disebaliknya dr letupan (Blast) bom) & Barbed Wire (kawat berduri) serta pos2 kawalan tentera. Di bawah sy sajikan sedikit gmbr ttg Green Zone a.k.a Kota Baghdad... 

Peta kawasan Green Zone, Baghdad, Iraq.
Istana Republik, Lambang kekuasaan almarhum Presiden Saddam Hussein  suatu ketika dulu. 
Tengah2 Bandaraya Baghdad, cantik kan? 
Gerbang ke Baghdad
Now, we move to the movie itself.... Green Zone pd sy merupakan sebuah filem thrill, berunsurkan global politics & kontroversi. Ceritanya bermula dgn seorang Jeneral Tentera Republik Iraq, Jeneral Mohammed al-Rawi, sedang bersedia utk melarikan diri setelah mengetahui Presiden Saddam Hussein telah melarikan diri sewaktu Penaklukan Amerika keatas Iraq bermula. Kemudian, sekumpulan tentera Amerika, skuad pemusnah WMD (Weapon Of Mass Destruction/Senjata Pemusnah Besar2an) telah menerima maklumat risikan bhwa terdapat senjata pemusnah milik rejim Saddam Hussein di sebuah gudang. Apabila serbuan dibuat, mereka mendapati ianya adalah gudang pembuatan barang2 tandas. Kejadian semacam ini berulang beberapa kali, sehingga membuatkan ketua pasukan pemusnah WMD, Chief Warrant Officer Roy Miller menyuarakan ketidak-puasan hatinya pd Commander nya dalam satu sidang sebelum serbuan mencari WMD dimulakan. Chief Roy Miller menyuarakan terdapat sesuatu yg aneh pd maklumat risikan, kerana ianya tidak konsisten serta palsu. Perkara ini dibantah oleh pegawai tinggi US Army & Commander nya dgn menyatakan maklumat tersebut adalah "reliable & boleh dipercayai".

Chief Warrant Officer Roy Miller lakonan Matt Damon.
Kemudian, dlm sat misi pencarian WMD, muncul seorang warga Iraq bernama Farid/Freddy mendakwa telah terserempak dgn sekumpulan VIP & Pegawai Elit Parti Ba'ath sedang mengadakan perjumpaan tertutup dan ini boleh menimbulkan keraguan. Dengan pantas, Chief Miller dgn beberapa anak buahnya menyusun satu  operasi persendirian utk menangkap Pegawai Elit Ba'ath td. Dalam operasi yg dirancang td, mereka tidak semena-mena telah berjaya mengesan Jeneral Al-Rawi bersama pegawai elit Ba'ath yg lainnya. Mereka berjaya memberkas beberapa pegawai tersebut serta mendapat satu maklumat rahsia berupa buku seakan2 journal milik Jeneral Al-Rawi yg telah berjaya melarikan diri sebelumnya.

Jeneral Mohammed Al-Rawi, pemegang rahsia samada WMD benar2 wujud atau tidak di bumi Iraq?
Secara tiba2, pegawai & commander US Army yg diselia oleh Poundstone mula mengambil perhatian ttg apa yg telah dilakukan oleh kumpulan Chief Miller & telah mengambil alih tawanan & cuba merampas journal rahsia Jeneral Al-Rawi dari tgn Miller.

Poundstone, menyimpan rahsia besar berkenaan perang Iraq.
Kecurigaan Chief Miller mula memuncak apabila dia telah dihubungi oleh Pegawai CIA yg juga cuba membongkar rahsia ttg sumber risikan salah yg sering diterima oleh kumpulan/skuad pemusnah WMD yg diketuai Chief Miller. Pegawai CIA tersebut cuba membuktikan sumber risikan tersebut mungkin telah didalangi oleh ''org dlm'' sdr. Chief Miller juga telah membuat penyelidikan sdr melalui internet berkenaan WMD di Iraq dan menjumpai nama ''Magellan''; individu rahsia yg memainkan peranan penting membongkar rahsia WMD dan perang Iraq-Amerika. Semua maklumat ini diambil dari portal berpengaruh di USA, "Wall Street Journal''.

Lawrie Daine, memperkenalkan watak "Magellan'' melalui ruangan tulisannya di Wall Street Journal.
Pegawai CIA yg cuba membongkar rahsia berkenaan sumber risikan  palsu.
Chief Miller bertambah keliru apabila mendapati, pegawai Ba'ath yg dia sendiri berkas sewaktu serbuan awalnya telah didera dgn teruk oleh kem tahanan serta sempat membisikkan kpd Freddy bhw Pihak US telah ''mencabul perjanjian'' kerana pihaknya telah melakukan segala yg telah termaktub dlm "Perjumpaan Jordan""!
Chief Miller mula bingung dan seakan tidak percaya akan penglibatan US terutamanya pegawai Pentagon (Pentadbiran Tentera Amerika Syarikat) dengan Pegawai Tertinggi Republik Iraq.

Kemuncak kpd filem ini apabila Chief Miller mengetahui yg Magellan yg disebut2 sbg pemberi sumber risikan WMD adalah Jeneral Mohammed Al-Rawi sendiri. Pegawai CIA telah mengarahkan Chief Miller utk bersemuka dgn Jeneral Al-Rawi serta menawarkan perlindungan kdpnya jika sedia berkerjasama utk menyerah diri serta memberikan pendedahan sbnr hubungannya dgn Pentagon dlm ''Perjumpaan Jordan'' yg telah diadakan sebelum Perang Amerika-Iraq berlaku. Poundstone mula tak senang duduk & mahu semua rahsia perjumpaan Jordan td terus ditutup dan mengarahkan Jeneral Al-Rawi dibunuh!

Skuad yg ditugaskan oleh Poundstone utk menjejak & membunuh Al-Rawi.
Al-Rawi telah menculik Chief Miller kerana berasa telah dipermainkan kerana segala rancangan awal di Jordan telah dibubarkan. Al-Rawi mendedahkan yg Pentadbiran Amerika telah menipu dunia dgn menghamburkan fitnah kepada PBB yg Iraq mempunyai WMD, sedangkan dlm perjumpaan Jordan, Al-Rawi telah menyatakan bahawa Iraq telah melupuskan segala senjata pemusnah semenjak tahun 1991 lagi (sejurus dari operasi Desert Storm/Perang Amerika-Iraq yg pertama) & perkara ini turut diakui oleh pemantau PBB.

Dalam filem ini, teori konspirasi yg telah sekian lama berlegar berkenaan isu Penipuan Amerika dlm sebab sebenar penaklukan Iraq menjadi tema yg amat jelas dalam filem ini. Mereka telah mereka-reka cerita untuk memperdaya tentera & masyarakat dunia berkenaan Iraq.
Saya sgt2 berminat dgn filem ini & menyarankan anda semua utk menontonnya... Kalo x silap, filem ni agak baru dikeluarkan, yakni Jun 2010.
Sy sarankan, anda tonton & nilai sendiri. Walaupun watak-watak dalam filem ini adalah rekayasa/rekaan semata-mata, namun cerita ini bersumberkan inspirasi serta tulisan sebuah buku non-fiction yg bertajuk "Imperial Life in The Emerald City" tulisan Rajev Chandrasekaran.

Sekian saja, sehingga bertemu dlm nukilan akan datang.
Wallaahu a'lam, wastaghfiruka wa atubu ilaik.
wassalam. ;)

Thursday, February 16, 2012

Ceramah Sana Sini... =)

Salamu 'alaikum wbt buat para penatap blog sy yg amat disayangi. =)

Bertemu lagi dlm coretan yg tak seberapa ini. Sepanjang Rabiul-Awwal bersamaan Februari 2012 ni, seperti yg sy sedia maklumi, para pelajar Degree di mana2 universiti seluruh tanah air tgh bercuti. Tp buat masa sekarang ni, yg menjuarai cuti semester terpanjang adalah UITM le... hehehe... Org lain semuanya tgh bersiap2 packing barang sbb ah nak blk ke sarang masing2... huhuhu...
Jadi manfaatkanlah saki-baki cuti anda dgn sebaiknya...hehehee.... (apasal la aku tergelak2 je ni)

Dalam entri yg baru ini, nak la berkongsi sikit aktiviti yg sy gemari utk diisi masa cuti ni iaitu..... DGR CERAMAH!!! haha... (wat the????? ceramah pun best ke?).
(Peduli apa aku ngan semua tu, janji aku senang hati.)
ni ceramah GALUS time matrik dulu, tp aku x pegi la! hahaha...
Bagi sy yg bru setahun jagung ni, aktiviti mendengar ceramah merupakan satu medium yg agak berkesan utk kita semua meresap info-info berguna. Ilmu tu, bgus kalo kita rajin hadir dlm program-program ceramah ni. Bukankah Baginda Nabi SAW pernah bersabda dlm hadis yg mksudnya lebih kurang begini

 "Jadilah kamu org-org yg 'alim(org berilmu) , atau org-org yg muta'allim (penuntut ilmu), atau org-org yg mendengarkan (akan ilmu-ilmu), ataupun org-org yg mencintai (akan ilmu)... tetapi jgn jd org yg ke-5, nescaya kamu binasa!" 

Wal'iyazubillah, harap-harap Allah jauhkan kita dr digolongkan dlm kelompok No.5 tersebut. Ke neraka la jawabnye kita semua ni, sedara-sedara sekelian.

Ok, bila disebut pasal ceramah ni, menjadi satu kelaziman bg kita menanggapi ceramah sbg. suatu yg membosankan, terutamanya golongan muda mcm sy nih..haha.. Sebenarnya, ceramah bukanlah suatu perkara yg membosankan, persepsi minda & pemikiran masa kini harus diubah sepaya mahu menerima sesuatu yg baru.

Sy teringat kepada kata-kata al-Fadhil Ustaz Kazim Elias al-Hafiz berkenaan ceramah ni. Kata beliau "kita kene jdkan ceramah sbg hiburan"
ni la Ustaz tersayang sy, Ustaz Kazim Elias, ceramah dia best.. Tak rugi saudara2 sume dgr, byk input & senang difahami.. Ce cari kat Youtube, byk je video dia =)
 Jelas, tanggapan peribadi kita ttg sesuatu perkara perlu berubah supaya kita boleh beradaptasi dgnnya. Begitu jgk dgn ceramah, tak kisah la ceramah apa pun, semacam
(a) ceramah agama
(b) ceramah politik
(c)ceramah umum bersifat akademik
Jd, cubalah kita mula berdampingan dgn majlis-majlis begini. InsyaAllah, kita akan dapat byk input terutama dalam hal-hal agama kita, isu-isu semasa, dan ilmu-ilmu bermanfaat yg boleh kita aplikasikan dlm kehidupan seharian. Perlulah sy igtkan, penilaian yg kritis adalah perlu dlm memilih input-input yg bersesuaian dlm ceramah-ceramah tersebut. Bkn semua yg boleh kita hadam sepenuhnya. Mcm makanan jgk, ada yg diserap nutrientnya, ada pula yg bertukar menjadi hampas lalu keluar dari dubur ke lubang tandas. (Sekadar analogi shj) 

Sekarang sy nak kongsi pula antara ceramah-ceramah yg telah sy hadiri sepanjang bulan Februari ni. Jika dihitung-hitung, ada jgk la 4 ceramah. Ada ceramah agama, ada juga yg bersifat akademik & bersifat semasa & ada juga bebau politik (hehehe... nape? org muda macam sy pun nak jgk tau pasal politik, kalo nak tau berat ke arah mana.. tanya sdr sama sy ea.... hehe).

ceramah politik yg telah sy hadiri telah disampaikan oleh pemilik gmbr diatas ini? ada kenai ka??? haha
Ceramah yg paling best dpt sy hadiri adalah ceramah "PEMURNIAN AQIDAH UMMAH" yg disampaikan oleh Dato' Dr. Hasan Ali, baru sahaja ptg td =))
Dato' Dr. Hasan Ali, Mantan Exco Negeri Selangor, Dato' kata dia suka mkn Gulai Daging Salai Kualo Pilah..hahaha... terbaikkk Dato'! haha
Ceramah beliau mmg tiptop la, byk mengungkap ttg masalah keruntuhan aqidah ummah serta bahaya kristianisasi di Malaysia. Apa yg telah disampaikan oleh Dato' mmg boleh membuka mata ramai org betapa parahnya situasi masyarakat hari ini. Mungkin satu masa nnti akan sy muatkan isi kandungan ceramah beliau. 

Dan yg terakhir, insyaAllah, sy dah berazam utk menghadiri satu lagi ceramah di Masjid Al-Firdaus, Melang, Kuala Pilah, N9 tercinta... pada 17 Februari ini. Ianya akan disampaikan oleh seorang ulama' yg saya kasihi Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, berkenaan dgn Mawlid Nabi Besar kita (SAW).
Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, moga Allah memelihara tuan Syeikh... =)


Waminallahit-taufiq... Maas-salamah.. =)


 

Sunday, January 29, 2012

Menguap vs. Bersin ~~ Dibenci vs. Disukai..

Assalamu 'alaikum wbt. buat semua, moga anda semua berada dlm 'afiat hendaknya.

Alhamdulillah, puji bagi Allah serta syukur yg tak terhingga sebab hamba yg lemah ini diberikan kekuatan oleh Rabbul Jalil utk kembali muncurahkan tinta maya yg hamba rasa tiadalah bernilai ba sebutir mutiara di "lautan elektronik" semacam tulisan para blogger di luar sana. Tapi, peduli apa dgn semua tu, janji kita ikhlas utk mencurahkan segala perkongsian yg sy rasa boleh memberi manfaat buat diri sdr, rakan-rakan, & para pengunjung dr kalangan blogger bahkan sesiapa yg sudi bertandang. Syukran jazilan. Allah berkati anda semua. =)

Sebenarnya, jika dihitung2 boleh lah diagak hampir 5 bulan rasanya sy tak menge'post' apa2 coretan & makalah dalam blog sy yg bertuah ni. Kenapa???

(1) Masuk je tengah bulan 8/2011 yg lepas, semua org dah sibuk nak bersiap2, tingkatkan ibadah Ramadhan (yo2 oo je =P, sebenarnya dah heboh nak beraya!)

(2) Bila masuk plak bulan 9, almaklum saja; HARI RAYA EIDUL_FITRI =)) jd sy beraya sakan, sebelum tiba saat yg paling2 ''dinantikan''.... MASUK IPTA!!

(3) Bila dah bergelar mahasiswa (cewahhh... mcm la hebat bona kau jang oi.! haha), byk komitmen lain yg perlu diutamakan. Masih lg terkapai2 dgn environment studi yg agak baru.

(4) Sebenarnya... hilang punca nak menulis... hmmm... Wallahu a'lam.... mungkin mood swing sikit.

Cemburu jgk bila tgk kawan2 lain dpt update diorg punya blog selalu. Tapi nak buat macam mana, cemburu hanya tinggal nama tanpa sebarang perbuatan lansung... =P Apalah yg aku meraban ni, tajuk entri lain, cerita yg di tulis lain... haihhh... =,="

Baiklah, kita teruskan pd tajuk utama entri ye. =P
Sebenarnya, nak berkongsi sedikit ilmu berkenaan ttg kebaikan bersin & keburukan menguap yg sy baca dr buku "ISLAMIC MEDICINE~Key to a Better Life" karangan Yusuf Al-Hajj Ahmad. Buku ni isinya sangat la bagus sebab memuatkan pelbagai info berkenaan tips2 perubatan, peranan, fungsi serta kelebihan buah-buahan, herba dan makanan tambahan dari perspektif Al-Quran & Sunnah serta pandangan saintifik dari para pengamal perubatan a.k.a para doktor/saintis/dietitian kontemporari. Buku ni maklong yg punya, dia beli masa dia buat haji baru2 ni. =)


Ok... Sy mulakan dulu dgn hadis Nabi Besar kita yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. yg maksudnya lebih kurang begini :
"Allah menyukai orang2 yg bersin serta membenci (tidak menyukai) perbuatan menguap. Jika salah seorang daripada kamu bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah, pentj.), katakanlah padanya "YarhamukAllah". Manakala bagi yang menguap pula, ianya adalah daripada syaitan. Jika diantara kamu (berasa ingin) menguap, hendakalah dia menahannya seboleh mungkin, kerana apabila dia menguap syaitan akan mentertawakannya." 
(Al-Bukhari)

Menurut Ibnu Hajar, Al-Khattabi telah menyatakan bahawa makna perkataan 'menyukai' dan 'dibenci' dalam hadis tersebut adaah seperti berikut:
Menyukai padanya adalah disebabkan tenaga dalaman badan, membuka rongga-ronga dan liang badan serta disebabkan kurangnya makan. Manakala dibencinya pula disebabkan lebihnya makan bertambahnya berat badan. (Seperti banyak makan serta mencampur-adukkan pelbagai jenis makanan~~mcm selalu je aku wat ni?? =,="
Jika sesuatu itu disukai, tentu saja ianya boleh mendatangkan kelegaan dan kelapangan dalam beribadah, memberi tenaga dan sewaktu dgnnya. Manakala perkara yang dibenci boleh mendatangkan benda yg sebaliknya. pikir2kan... huhu ^_^

Jika kita lihat dari segi pandangan saintifik, pelbagai teori serta hipotesis telah diberikan oleh para pengamal perubatan moden berkenaan dgn menguap dan manakah puncanya? Antara teori yg paling masyhur adalah menguap adalah tindak balas biologi yg berlaku apabila otak dan badan manusia kekurangan oksigen, dan oksigen td tidak cukup untuk membekalkan gas2 respiratori yg mencukupi pada bhg2 tertentu badan. Kekurangan oksigen tidak hanya berlaku sewaktu kita mengantuk, tetapi juga ketika tidak bermaya, letih bahkan sebelum berlakunya kematian secara biologi mahupun hakiki... =)

Sistem Pernafasan/Respiratory tract manusia
Perlu diketengahkan bahawa menguap merupakan proses inhalasi (inhalation/sedutan) yg dalam, melalui mulut. Mulut adalah jalan yg tidak natural dlm proses inhalation udara kerana tidak mempunyai mekanisme yg lengkap seperti mucus dan bulu hidung utk menapis bendasing2 yg terdapat di udara kita. Cuba bayangkan, berapa banyak habuk yg kita telan masa kita menguap??? Itu belum lg tengok rupa masing2... Sungguh mengerikan.. hehehe =P

Ngantok bebenor gamaknye adik kite neh...hahaha
Itulah sebabnya, Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita menahan seboleh mungkin, menutup mulut dgn tapak tgn kanan/menutup mulut dgn belakang tangan kiri kita. Inilah adabnya.

Bersin pula adalah perkara yg sebaliknya. Ianya cukup berkuasa, sehinggakan ada fakta menyebut kelajuan angin hembusan bersin td boleh mencapai bermeter2 jauhnya. Hebattt!!! Bersin juga berlaku secara tiba-tiba & mengeluarkan udara secara paksa drpd paru-paru dan trek respitarori manusia tetapi dgn tindak balas natural badan utk menyahkan segala impurities, habuk, mikrob dan lain2 bendasing yg mampu mengganggu kelancaran sistem pernafasan manusia. Hebatnya sistem badan kita berfungsi. Tak perlu kepada servis dgn mekanik mcm kereta2 yg hilang power aircondnye....=) MasyaAllah... =) 

Aaaaa...choww!!!! Jgn lupa sebut Alhamdulillah, kita pulak mendoakan mereka2 yg bersin dgn ucapan YarhamukAllah ;)

Selamat beramal semua... daaaaa..... wassalam