Sunday, January 29, 2012

Menguap vs. Bersin ~~ Dibenci vs. Disukai..

Assalamu 'alaikum wbt. buat semua, moga anda semua berada dlm 'afiat hendaknya.

Alhamdulillah, puji bagi Allah serta syukur yg tak terhingga sebab hamba yg lemah ini diberikan kekuatan oleh Rabbul Jalil utk kembali muncurahkan tinta maya yg hamba rasa tiadalah bernilai ba sebutir mutiara di "lautan elektronik" semacam tulisan para blogger di luar sana. Tapi, peduli apa dgn semua tu, janji kita ikhlas utk mencurahkan segala perkongsian yg sy rasa boleh memberi manfaat buat diri sdr, rakan-rakan, & para pengunjung dr kalangan blogger bahkan sesiapa yg sudi bertandang. Syukran jazilan. Allah berkati anda semua. =)

Sebenarnya, jika dihitung2 boleh lah diagak hampir 5 bulan rasanya sy tak menge'post' apa2 coretan & makalah dalam blog sy yg bertuah ni. Kenapa???

(1) Masuk je tengah bulan 8/2011 yg lepas, semua org dah sibuk nak bersiap2, tingkatkan ibadah Ramadhan (yo2 oo je =P, sebenarnya dah heboh nak beraya!)

(2) Bila masuk plak bulan 9, almaklum saja; HARI RAYA EIDUL_FITRI =)) jd sy beraya sakan, sebelum tiba saat yg paling2 ''dinantikan''.... MASUK IPTA!!

(3) Bila dah bergelar mahasiswa (cewahhh... mcm la hebat bona kau jang oi.! haha), byk komitmen lain yg perlu diutamakan. Masih lg terkapai2 dgn environment studi yg agak baru.

(4) Sebenarnya... hilang punca nak menulis... hmmm... Wallahu a'lam.... mungkin mood swing sikit.

Cemburu jgk bila tgk kawan2 lain dpt update diorg punya blog selalu. Tapi nak buat macam mana, cemburu hanya tinggal nama tanpa sebarang perbuatan lansung... =P Apalah yg aku meraban ni, tajuk entri lain, cerita yg di tulis lain... haihhh... =,="

Baiklah, kita teruskan pd tajuk utama entri ye. =P
Sebenarnya, nak berkongsi sedikit ilmu berkenaan ttg kebaikan bersin & keburukan menguap yg sy baca dr buku "ISLAMIC MEDICINE~Key to a Better Life" karangan Yusuf Al-Hajj Ahmad. Buku ni isinya sangat la bagus sebab memuatkan pelbagai info berkenaan tips2 perubatan, peranan, fungsi serta kelebihan buah-buahan, herba dan makanan tambahan dari perspektif Al-Quran & Sunnah serta pandangan saintifik dari para pengamal perubatan a.k.a para doktor/saintis/dietitian kontemporari. Buku ni maklong yg punya, dia beli masa dia buat haji baru2 ni. =)


Ok... Sy mulakan dulu dgn hadis Nabi Besar kita yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. yg maksudnya lebih kurang begini :
"Allah menyukai orang2 yg bersin serta membenci (tidak menyukai) perbuatan menguap. Jika salah seorang daripada kamu bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah, pentj.), katakanlah padanya "YarhamukAllah". Manakala bagi yang menguap pula, ianya adalah daripada syaitan. Jika diantara kamu (berasa ingin) menguap, hendakalah dia menahannya seboleh mungkin, kerana apabila dia menguap syaitan akan mentertawakannya." 
(Al-Bukhari)

Menurut Ibnu Hajar, Al-Khattabi telah menyatakan bahawa makna perkataan 'menyukai' dan 'dibenci' dalam hadis tersebut adaah seperti berikut:
Menyukai padanya adalah disebabkan tenaga dalaman badan, membuka rongga-ronga dan liang badan serta disebabkan kurangnya makan. Manakala dibencinya pula disebabkan lebihnya makan bertambahnya berat badan. (Seperti banyak makan serta mencampur-adukkan pelbagai jenis makanan~~mcm selalu je aku wat ni?? =,="
Jika sesuatu itu disukai, tentu saja ianya boleh mendatangkan kelegaan dan kelapangan dalam beribadah, memberi tenaga dan sewaktu dgnnya. Manakala perkara yang dibenci boleh mendatangkan benda yg sebaliknya. pikir2kan... huhu ^_^

Jika kita lihat dari segi pandangan saintifik, pelbagai teori serta hipotesis telah diberikan oleh para pengamal perubatan moden berkenaan dgn menguap dan manakah puncanya? Antara teori yg paling masyhur adalah menguap adalah tindak balas biologi yg berlaku apabila otak dan badan manusia kekurangan oksigen, dan oksigen td tidak cukup untuk membekalkan gas2 respiratori yg mencukupi pada bhg2 tertentu badan. Kekurangan oksigen tidak hanya berlaku sewaktu kita mengantuk, tetapi juga ketika tidak bermaya, letih bahkan sebelum berlakunya kematian secara biologi mahupun hakiki... =)

Sistem Pernafasan/Respiratory tract manusia
Perlu diketengahkan bahawa menguap merupakan proses inhalasi (inhalation/sedutan) yg dalam, melalui mulut. Mulut adalah jalan yg tidak natural dlm proses inhalation udara kerana tidak mempunyai mekanisme yg lengkap seperti mucus dan bulu hidung utk menapis bendasing2 yg terdapat di udara kita. Cuba bayangkan, berapa banyak habuk yg kita telan masa kita menguap??? Itu belum lg tengok rupa masing2... Sungguh mengerikan.. hehehe =P

Ngantok bebenor gamaknye adik kite neh...hahaha
Itulah sebabnya, Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita menahan seboleh mungkin, menutup mulut dgn tapak tgn kanan/menutup mulut dgn belakang tangan kiri kita. Inilah adabnya.

Bersin pula adalah perkara yg sebaliknya. Ianya cukup berkuasa, sehinggakan ada fakta menyebut kelajuan angin hembusan bersin td boleh mencapai bermeter2 jauhnya. Hebattt!!! Bersin juga berlaku secara tiba-tiba & mengeluarkan udara secara paksa drpd paru-paru dan trek respitarori manusia tetapi dgn tindak balas natural badan utk menyahkan segala impurities, habuk, mikrob dan lain2 bendasing yg mampu mengganggu kelancaran sistem pernafasan manusia. Hebatnya sistem badan kita berfungsi. Tak perlu kepada servis dgn mekanik mcm kereta2 yg hilang power aircondnye....=) MasyaAllah... =) 

Aaaaa...choww!!!! Jgn lupa sebut Alhamdulillah, kita pulak mendoakan mereka2 yg bersin dgn ucapan YarhamukAllah ;)

Selamat beramal semua... daaaaa..... wassalam





5 comments:

  1. hahaha.... tq sbb bg galakan..=)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dh cuba praktikkan tp kadang2 terlupa jugak nk tahan menguap nih..aisey..

    ReplyDelete
  3. dah lame ko tak post pape... harap dpt tulis bnyk2 lg..

    http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/sumpahan-kum-kum.html

    ReplyDelete
  4. eszyamin: sama la kita... kadang2 tu mmg terlalu feel sgt bbila menguap...xpe2, kita saling igt2

    faizul: insyaAllah.. =)

    ReplyDelete