Thursday, February 16, 2012

Ceramah Sana Sini... =)

Salamu 'alaikum wbt buat para penatap blog sy yg amat disayangi. =)

Bertemu lagi dlm coretan yg tak seberapa ini. Sepanjang Rabiul-Awwal bersamaan Februari 2012 ni, seperti yg sy sedia maklumi, para pelajar Degree di mana2 universiti seluruh tanah air tgh bercuti. Tp buat masa sekarang ni, yg menjuarai cuti semester terpanjang adalah UITM le... hehehe... Org lain semuanya tgh bersiap2 packing barang sbb ah nak blk ke sarang masing2... huhuhu...
Jadi manfaatkanlah saki-baki cuti anda dgn sebaiknya...hehehee.... (apasal la aku tergelak2 je ni)

Dalam entri yg baru ini, nak la berkongsi sikit aktiviti yg sy gemari utk diisi masa cuti ni iaitu..... DGR CERAMAH!!! haha... (wat the????? ceramah pun best ke?).
(Peduli apa aku ngan semua tu, janji aku senang hati.)
ni ceramah GALUS time matrik dulu, tp aku x pegi la! hahaha...
Bagi sy yg bru setahun jagung ni, aktiviti mendengar ceramah merupakan satu medium yg agak berkesan utk kita semua meresap info-info berguna. Ilmu tu, bgus kalo kita rajin hadir dlm program-program ceramah ni. Bukankah Baginda Nabi SAW pernah bersabda dlm hadis yg mksudnya lebih kurang begini

 "Jadilah kamu org-org yg 'alim(org berilmu) , atau org-org yg muta'allim (penuntut ilmu), atau org-org yg mendengarkan (akan ilmu-ilmu), ataupun org-org yg mencintai (akan ilmu)... tetapi jgn jd org yg ke-5, nescaya kamu binasa!" 

Wal'iyazubillah, harap-harap Allah jauhkan kita dr digolongkan dlm kelompok No.5 tersebut. Ke neraka la jawabnye kita semua ni, sedara-sedara sekelian.

Ok, bila disebut pasal ceramah ni, menjadi satu kelaziman bg kita menanggapi ceramah sbg. suatu yg membosankan, terutamanya golongan muda mcm sy nih..haha.. Sebenarnya, ceramah bukanlah suatu perkara yg membosankan, persepsi minda & pemikiran masa kini harus diubah sepaya mahu menerima sesuatu yg baru.

Sy teringat kepada kata-kata al-Fadhil Ustaz Kazim Elias al-Hafiz berkenaan ceramah ni. Kata beliau "kita kene jdkan ceramah sbg hiburan"
ni la Ustaz tersayang sy, Ustaz Kazim Elias, ceramah dia best.. Tak rugi saudara2 sume dgr, byk input & senang difahami.. Ce cari kat Youtube, byk je video dia =)
 Jelas, tanggapan peribadi kita ttg sesuatu perkara perlu berubah supaya kita boleh beradaptasi dgnnya. Begitu jgk dgn ceramah, tak kisah la ceramah apa pun, semacam
(a) ceramah agama
(b) ceramah politik
(c)ceramah umum bersifat akademik
Jd, cubalah kita mula berdampingan dgn majlis-majlis begini. InsyaAllah, kita akan dapat byk input terutama dalam hal-hal agama kita, isu-isu semasa, dan ilmu-ilmu bermanfaat yg boleh kita aplikasikan dlm kehidupan seharian. Perlulah sy igtkan, penilaian yg kritis adalah perlu dlm memilih input-input yg bersesuaian dlm ceramah-ceramah tersebut. Bkn semua yg boleh kita hadam sepenuhnya. Mcm makanan jgk, ada yg diserap nutrientnya, ada pula yg bertukar menjadi hampas lalu keluar dari dubur ke lubang tandas. (Sekadar analogi shj) 

Sekarang sy nak kongsi pula antara ceramah-ceramah yg telah sy hadiri sepanjang bulan Februari ni. Jika dihitung-hitung, ada jgk la 4 ceramah. Ada ceramah agama, ada juga yg bersifat akademik & bersifat semasa & ada juga bebau politik (hehehe... nape? org muda macam sy pun nak jgk tau pasal politik, kalo nak tau berat ke arah mana.. tanya sdr sama sy ea.... hehe).

ceramah politik yg telah sy hadiri telah disampaikan oleh pemilik gmbr diatas ini? ada kenai ka??? haha
Ceramah yg paling best dpt sy hadiri adalah ceramah "PEMURNIAN AQIDAH UMMAH" yg disampaikan oleh Dato' Dr. Hasan Ali, baru sahaja ptg td =))
Dato' Dr. Hasan Ali, Mantan Exco Negeri Selangor, Dato' kata dia suka mkn Gulai Daging Salai Kualo Pilah..hahaha... terbaikkk Dato'! haha
Ceramah beliau mmg tiptop la, byk mengungkap ttg masalah keruntuhan aqidah ummah serta bahaya kristianisasi di Malaysia. Apa yg telah disampaikan oleh Dato' mmg boleh membuka mata ramai org betapa parahnya situasi masyarakat hari ini. Mungkin satu masa nnti akan sy muatkan isi kandungan ceramah beliau. 

Dan yg terakhir, insyaAllah, sy dah berazam utk menghadiri satu lagi ceramah di Masjid Al-Firdaus, Melang, Kuala Pilah, N9 tercinta... pada 17 Februari ini. Ianya akan disampaikan oleh seorang ulama' yg saya kasihi Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, berkenaan dgn Mawlid Nabi Besar kita (SAW).
Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, moga Allah memelihara tuan Syeikh... =)


Waminallahit-taufiq... Maas-salamah.. =)


 

1 comment: