Saturday, February 25, 2012

~Green Zone~ (Film Review)

Assalamu 'alaikum wbt, dari sy buat semua =)

Hari ni, apa kata kita bercerita pasal filem plak, boleh? (dah mcm pengulas filem profesional plak..hehe).
Dalam pukul 11 td, terus la dicapai remote control Astro, channel yang dipilih adalah HBO (411). Filem yang dipaparkan waktu tu agak menarik yakni "Green Zone" ataupun "Kawasan Hijau/Kawasan Selamat" jika diterjemahkan dlm bahasa kita ni.



Apa itu ''Green Zone''???
Sebelum kita menelaah dgn lebih mendalam isi filem ni, apa kata kita tambahkan sikit ilmu berkenaan "Green Zone" yg telah dipilih menjadi tajuk filem berkenaan. Jadi apa sebenarnya Kwsn Hijau ni??? Kawasan berpokok ke? Kawasan bangunannya di cat warna hijau ke? Ke kawasan Parti PAS? (hehehe... maaf ye, tiada sentimen politik yg menghina, sy hormat tau). 
Sudah tentu apa yg dinyatakan sebentar tadi dilihat sbgai out of context
Sebenarnya, Green Zone adalah suatu zon ataupun kawasan yang aman dari sebarang uprising puak2 pemisah di bumi Iraq. Nama lain bg Green Zone ni adalah Iraqi International Zone; dlm kata lain Zon Antarabangsa Iraq. Ia juga dikenali dgn jolokan ''the bubble'' disebabkan ianya merupakan kawasan paling selamat di wilayah bergolak Iraq. Kawasan/zon ini dilengkapi dgn Blast Wall (termasuk T-Wall; sejenis tembok yg telah diperkukuh dgn concrete & besi yg kukuh utk melindungi org2 disebaliknya dr letupan (Blast) bom) & Barbed Wire (kawat berduri) serta pos2 kawalan tentera. Di bawah sy sajikan sedikit gmbr ttg Green Zone a.k.a Kota Baghdad... 

Peta kawasan Green Zone, Baghdad, Iraq.
Istana Republik, Lambang kekuasaan almarhum Presiden Saddam Hussein  suatu ketika dulu. 
Tengah2 Bandaraya Baghdad, cantik kan? 
Gerbang ke Baghdad
Now, we move to the movie itself.... Green Zone pd sy merupakan sebuah filem thrill, berunsurkan global politics & kontroversi. Ceritanya bermula dgn seorang Jeneral Tentera Republik Iraq, Jeneral Mohammed al-Rawi, sedang bersedia utk melarikan diri setelah mengetahui Presiden Saddam Hussein telah melarikan diri sewaktu Penaklukan Amerika keatas Iraq bermula. Kemudian, sekumpulan tentera Amerika, skuad pemusnah WMD (Weapon Of Mass Destruction/Senjata Pemusnah Besar2an) telah menerima maklumat risikan bhwa terdapat senjata pemusnah milik rejim Saddam Hussein di sebuah gudang. Apabila serbuan dibuat, mereka mendapati ianya adalah gudang pembuatan barang2 tandas. Kejadian semacam ini berulang beberapa kali, sehingga membuatkan ketua pasukan pemusnah WMD, Chief Warrant Officer Roy Miller menyuarakan ketidak-puasan hatinya pd Commander nya dalam satu sidang sebelum serbuan mencari WMD dimulakan. Chief Roy Miller menyuarakan terdapat sesuatu yg aneh pd maklumat risikan, kerana ianya tidak konsisten serta palsu. Perkara ini dibantah oleh pegawai tinggi US Army & Commander nya dgn menyatakan maklumat tersebut adalah "reliable & boleh dipercayai".

Chief Warrant Officer Roy Miller lakonan Matt Damon.
Kemudian, dlm sat misi pencarian WMD, muncul seorang warga Iraq bernama Farid/Freddy mendakwa telah terserempak dgn sekumpulan VIP & Pegawai Elit Parti Ba'ath sedang mengadakan perjumpaan tertutup dan ini boleh menimbulkan keraguan. Dengan pantas, Chief Miller dgn beberapa anak buahnya menyusun satu  operasi persendirian utk menangkap Pegawai Elit Ba'ath td. Dalam operasi yg dirancang td, mereka tidak semena-mena telah berjaya mengesan Jeneral Al-Rawi bersama pegawai elit Ba'ath yg lainnya. Mereka berjaya memberkas beberapa pegawai tersebut serta mendapat satu maklumat rahsia berupa buku seakan2 journal milik Jeneral Al-Rawi yg telah berjaya melarikan diri sebelumnya.

Jeneral Mohammed Al-Rawi, pemegang rahsia samada WMD benar2 wujud atau tidak di bumi Iraq?
Secara tiba2, pegawai & commander US Army yg diselia oleh Poundstone mula mengambil perhatian ttg apa yg telah dilakukan oleh kumpulan Chief Miller & telah mengambil alih tawanan & cuba merampas journal rahsia Jeneral Al-Rawi dari tgn Miller.

Poundstone, menyimpan rahsia besar berkenaan perang Iraq.
Kecurigaan Chief Miller mula memuncak apabila dia telah dihubungi oleh Pegawai CIA yg juga cuba membongkar rahsia ttg sumber risikan salah yg sering diterima oleh kumpulan/skuad pemusnah WMD yg diketuai Chief Miller. Pegawai CIA tersebut cuba membuktikan sumber risikan tersebut mungkin telah didalangi oleh ''org dlm'' sdr. Chief Miller juga telah membuat penyelidikan sdr melalui internet berkenaan WMD di Iraq dan menjumpai nama ''Magellan''; individu rahsia yg memainkan peranan penting membongkar rahsia WMD dan perang Iraq-Amerika. Semua maklumat ini diambil dari portal berpengaruh di USA, "Wall Street Journal''.

Lawrie Daine, memperkenalkan watak "Magellan'' melalui ruangan tulisannya di Wall Street Journal.
Pegawai CIA yg cuba membongkar rahsia berkenaan sumber risikan  palsu.
Chief Miller bertambah keliru apabila mendapati, pegawai Ba'ath yg dia sendiri berkas sewaktu serbuan awalnya telah didera dgn teruk oleh kem tahanan serta sempat membisikkan kpd Freddy bhw Pihak US telah ''mencabul perjanjian'' kerana pihaknya telah melakukan segala yg telah termaktub dlm "Perjumpaan Jordan""!
Chief Miller mula bingung dan seakan tidak percaya akan penglibatan US terutamanya pegawai Pentagon (Pentadbiran Tentera Amerika Syarikat) dengan Pegawai Tertinggi Republik Iraq.

Kemuncak kpd filem ini apabila Chief Miller mengetahui yg Magellan yg disebut2 sbg pemberi sumber risikan WMD adalah Jeneral Mohammed Al-Rawi sendiri. Pegawai CIA telah mengarahkan Chief Miller utk bersemuka dgn Jeneral Al-Rawi serta menawarkan perlindungan kdpnya jika sedia berkerjasama utk menyerah diri serta memberikan pendedahan sbnr hubungannya dgn Pentagon dlm ''Perjumpaan Jordan'' yg telah diadakan sebelum Perang Amerika-Iraq berlaku. Poundstone mula tak senang duduk & mahu semua rahsia perjumpaan Jordan td terus ditutup dan mengarahkan Jeneral Al-Rawi dibunuh!

Skuad yg ditugaskan oleh Poundstone utk menjejak & membunuh Al-Rawi.
Al-Rawi telah menculik Chief Miller kerana berasa telah dipermainkan kerana segala rancangan awal di Jordan telah dibubarkan. Al-Rawi mendedahkan yg Pentadbiran Amerika telah menipu dunia dgn menghamburkan fitnah kepada PBB yg Iraq mempunyai WMD, sedangkan dlm perjumpaan Jordan, Al-Rawi telah menyatakan bahawa Iraq telah melupuskan segala senjata pemusnah semenjak tahun 1991 lagi (sejurus dari operasi Desert Storm/Perang Amerika-Iraq yg pertama) & perkara ini turut diakui oleh pemantau PBB.

Dalam filem ini, teori konspirasi yg telah sekian lama berlegar berkenaan isu Penipuan Amerika dlm sebab sebenar penaklukan Iraq menjadi tema yg amat jelas dalam filem ini. Mereka telah mereka-reka cerita untuk memperdaya tentera & masyarakat dunia berkenaan Iraq.
Saya sgt2 berminat dgn filem ini & menyarankan anda semua utk menontonnya... Kalo x silap, filem ni agak baru dikeluarkan, yakni Jun 2010.
Sy sarankan, anda tonton & nilai sendiri. Walaupun watak-watak dalam filem ini adalah rekayasa/rekaan semata-mata, namun cerita ini bersumberkan inspirasi serta tulisan sebuah buku non-fiction yg bertajuk "Imperial Life in The Emerald City" tulisan Rajev Chandrasekaran.

Sekian saja, sehingga bertemu dlm nukilan akan datang.
Wallaahu a'lam, wastaghfiruka wa atubu ilaik.
wassalam. ;)

No comments:

Post a Comment