Thursday, January 24, 2013

Mawlid Datang Lagi =)


Bismillah, Nahmaduhu wa Nusolli wa Nusallim 'ala Rasulihil-Karim.

--Perutusan Sambutan Mawlidur-Rasul SAW--



Selamat Menyambut Mawlidur-Rasul SAW utk sahabat2 yg saya sayangi. =) 

Semoga sambutan mawlid seperti ini akan berterusan disambut sepanjang tahun, & bukan dijadikan acara 'tahunan' & kemudiaannya dilupakan begitu shj.
Amalkan Sunnah Baginda SAW, kalau x nak amalkan sikit... amalkan byk2..hehe (bak kata TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki) 
sbg contoh, xperlu kita nak terus buat sunnah yg berat2 dahulu... amalkan seringkas2 Sunnah seperti SENYUM, SALAM, BELANJA KWN MAKAN & MINUM, BERWANGI2AN (utk lelaki), SISIR RAMBUT DGN RAPI & DIMINYAKKAN, MAKAN BUAH & BENDA2 MANIS... DLL (asalkan semua amalan td diniatkan utk ittiba'/mengikuti Nabi SAW..kalau x, sia2 je la...hehe)

Baca & kenalilah diri Baginda, Zahiran wa Bathinan (Luaran & Dalamannya), xsusah utk kita cari kitab/buku2 yg bermutu tulisan 'Ulama'2 terbilang seperti Syamail Muhammadiyah karangan Imam Tirmizi Rahimahullah. Pergi saja MPH ke, Popular ke, Kinokunya ke (kalo ada la..haha). Pilih satu yang berkenan di hati, kemudian kita beli utk bacaan dimasa lapang. Apalah salahnya kita berkorban barang RM 20-30 utk 1 atau 2 buah buku berkenaan Nabi SAW. Kalau handphone 2-3 bijik bersilih ganti, tp buku pasal Nabi pun kita x beli. Miskin namanya tu.... Miskin....

Marilah juga kita sama2 memperbanyakkan amalan Salawat kepada Nabi SAW daripada saat Mawlid ini, sampai bila2. Mana ada ayat suruhan/perintah dalam Al-Quran; sbg cntoh: perintah solat, puasa, haji, zakat, jihad dll nya; yg bilamana diperintahkan kita mengerjakan ibadah tersebut, Allah turut sama2 buat ibadah tu. xda. KECUALI SATU PERINTAH shj yakni SALAWAT ATAS NABI MUHAMMAD SAW!

"SESUNGGUHNYA ALLAH & PARA MALAIKAT BERSALAWAT {memberi segala penghormatan & kebaikan} kpd Nabi. Wahai orang2 beriman! bersalawatlah kamu kpdnya serta ucapkanlah Salam sejahtera dgn penghormatan yg sepenuhnya" (Surah Al-Ahzab:56)

igt lg Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ada bercerita pasal hadis org2 yg didoakan celaka apabila disebut nama Nabi SAW, tp syg seribu kali sayang, dia lupa nak bersalawat. Selisih malaikat 44, x mau aku kene timpa celaka! Na'uzubillah min dzalik! Lgpun, x susah nak salawat.. Hanya sekadar mengucap                 صل الله عليه و سلم pun dah memadai. Lagi bagus kalo nak baca Salawat Ibrahimiyah, Selawat Syifa' n mcm2 lg lah.... terpulang..pilihlah yg senang n lapang utk kita. Agama x susah, kita shj yg buatkan dia nmpak susah. dan agama ini mudah, tp kita pulak yg saja2 ambil mudah dgnnya.

Itu shjlah perkongsian dpd sy hamba yg hina dina ini, yg Faqir dihadapan Allah yg Maha Kaya.
Semoga kita sama2 dpt muhasabah, n dok peringat dgn keluarga, sahabat, & siapa shj. Bhgialah org2 yg mengikuti petunjuk Tuhan Semesta Alam. 

*p/s: Pedulikan org yg kata sape smbut mawlid tu org yg memandai2 dlm agama & bawak bid'ah. Katanya, amalan kita ni xde time Nabi dulu. Korang bls je kat dia, "Ko tu la bid'ah, zaman Nabi dulu ko mana ada, sekarang je bru ada! hahaha....

Waminallahit-taufiq.
Wassalam Wbt.